![]() |
Sumber dari Google |
Hidup kita di muka bumi Allah SWT ni, sememangnya penuh dengan adab dan berbincang tentang adab ini, Farah tertarik untuk berkongsi dengan semua tentang adab ketika menghidangkan makanan dan minuman. Bukannya hanya ada adab makan tetapi kita juga mempunyai adab menghidangkan makanan dan juga minuman.
Firman Allah SWT telah mengingatkan:
Makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh (al-Mu'mimm:51
Cara Menghidang Makanan Di Rumah:
- menghulurkan makanan dan minuman dengan kedua belah tangan.
- keutamaan kepada yang lebih berusia.
Adab Menghidang Makanan dan Minuman Mengikut Syarak:
- Mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan.
- Menggunakan pinggan mangkuk yang berada di dalam keadaan baik dan juga bersih. Tidak sumbing ataupun retak.
- Menyusun hidangan dengan kemas.
- Menyediakan keperluan yang cukup seperti air basuh tangan, tuala dan tisu.
Kelengkapan Yang Perlu Disediakan:
- Kain hamparan.
- Air basuh tangan.
- Kain lap.
Adab Orang Yang Menghidangkan Makanan:
- Menutup aurat.
- Menyegarakan penyediaan makanan.
- Menyediakan makanan yang mencukupi.
- Menyediakan makanan yang terbaik.
- Tidak mengangkat makanan sehingga selesai makan.
- Sentiasa ceria semasa menghidangkan makanan.
- Menghulurkan makanan dan minuman dengan kedua belah tangan.
- Keutamaan kepada yang lebih berusia.
Faedah Beradab Ketika Menghidang Makanan dan Minuman:
- Dirahmati Allah SWT.
- Dipandang mulia dan disayangi.
- Dihindari penyakit.
- Kenteteraman hidup.
- Kemas dan teratur.
Farah akui ada yang perlu Farah perbaiki bagi diri sendiri, he he he... iaitu, menghulurkan makanan dan minuman dengan kedua belah tangan... Selalunya, Farah suka sangattt hulurkan dengan sebelah tangan sahaja... Ya ampunnn... Itu memang kelemahan Farah...Tak apalah...disebabkan diri sendiri dah peringat diri sendiri...In Shaa Allah, Farah akan cuba perbaiki diri...
dulu yoorin study perhotelan.. so adab-adab hotelier ni memg leceh gilakkk.. hahhaa.. susun atur pinggan sudu pon nak kena hafal.. Tp, x kira lah dimana anda berada.. beradab lah ketika makan...
ReplyDeleteNice sharing kak...
ReplyDeletesaya pun mcm tu jg... adezzzzz... kena byk belajar lg ni...
ReplyDeletenice sharing :D
ReplyDeleteinfoyang bagus ni..tq, bnyk nak kena blajar, sama la, dieyana pun selalu hulur mknn tgn sebelah...;-))
ReplyDelete