![]() |
Sumber dari SINI |
Allahu, pagi Jumaat dikejutkan dengan berita gempa bumi yang berlaku di Sabah dengan skala 6.0 Richter di Ranau. Agak kuat ni... Dan sebelum ini rasanya Malaysia belum pernah berlaku gegaran atau gempa bumi sekuat ini... Errrr...gempa bumi kebiasaannya kita di Malaysia rasa tempias jer kann??? Sepanjang sejarah hidup ini yang serius yang pernah Farah dengari, ataupun Farah ada terlepas pandang mana-mana berita tentang gempa bumi yang serius di Malaysia selama ini??? Dapat tahu pun baru sekejap tadi ni dari pembacaan di blog Kakak MV yang sememangnya tinggal di Sabah dan juga Hanim Hashim yang bekerja di Jabatan Meteorologi Malaysia. Kira-kiranya dari sumber yang sahih dan boleh dipercayailah kann???
Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia di SINI
Menurut petikan berita di SINI
KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.17 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Difahamkan, beberapa jenis premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.
![]() |
Sumber dari SINI |
Teringat juga pada blogger Mia Kassim dan keluarga... Semoga rakan-rakan blogger berserta keluarga yang tinggal di Sabah berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya dan semoga tidak berlaku apa-apa kemalangan jiwa...
Penyebab Terjadinya Gempa Bumi?
Melalui sumber di SINI, faktor penyebab terjadinya gempa bumi adalah adanya retakan dan pelepasan sistem di suatu tempat yang kemudian bergerak dan berubah demikian cepat sebagai akibat desakan tenaga dari dalam bumi (endogen) mahupun dari luar bumi (eksogen)
Di bawah ini adalah 2 video yang Farah lampirkan untuk menerangkan bagaimana proses terjadinya gempa bumi buat pengetahuan kita semua bersama-sama:
Yang terjadi pagi ini di bumi Sabah, puncanya dan penyebabnya masih belum dapat Farah baca di mana-mana sumber...Akan tetapi, marilah kita sama-sama berdoa untuk rakan-rakan kita di Sabah semoga mereka tenang dan kuat menghadapi apa yang berlaku pagi ini dan semoga ianya tidak berulang lagi hendaknya... In Shaa Allah, Amin...
dunia akhir zaman semuanya kuasa allah swt..mehh kita bnyk2 beramal jom..:)
ReplyDeletemarilah kita bersama-sama....
DeleteNangis dpt berita ni.. teringat keluarga d Ranau.. huhu..
ReplyDeletemoon dah telefon keluarga di Ranau ke belum?
DeleteYe,Ros baru juga dapat tahu bila scroll newfeed di fb tadi..
ReplyDeletememang pagi-pagi tadi terkejut baca berita ni...
Delete