Sushi King, Sakae Sushi Dan Pepero Tidak Memiliki Sijil Halal...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari SINI
Isu HALAL lagi... Bukannya sengaja Farah mahu bikin entri panas ataupun bikin panas tetapi Farah terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang satu artikel ataupun berita yang Farah terbaca daripada sumber di SINI. Bermakna bukan Farah yang pandai-pandai mengarang entri untuk tarik perhatian pembaca yer... Jangan fikir Farah hanya mahu menarik trafik dengan berkongsi tentang berita ini... Isu HALAL dan TIDAK HALAL ini bagi Farah penting untuk diwar-warkan kepada semua...Artikel ini bertarikh 29 Mei 2015...

Menurut sumber... 

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui interaksi di laman Facebook dengan pengguna mengesahkan bahawa Sushi King, Sakae Sushi dan stik bersalut coklat jenama Pepero tidak memiliki sijil halal. Menurut JAKIM, syarikat Sushi King tidak pernah membuat permohonan sijil halal setakat ini.
Soalan mengenai status halal restoran terkemuka itu dibangkitkan pelayar di Twitter mengguna akaun, iFaraAidi kepada JAKIM menerusi laman Twitter rasmi jabatan itu. "Bagaimana dengan sijil halal Sushi King? Halal atau tidak ya? Mohon pencerahan. Terima kasih," tulisnya baru-baru ini. Soalan itu kemudian dijawab JAKIM dan mengesahkan restoran itu masih tiada status halal setakat ini.
 Persoalan berkaitan Sushi King terus dibangkitkan pelayar lain yang menggunakan akaun Nik Amirul. "Kenapa Sushi King masih tidak dikeluarkan sijil halal? Apa nasib kami Melayu Muslim yang sudah lama makan di situ?"
"...sushi lebih kepada seafood, sayur dan nasi. So In Shaa Allah tak ada hal, cuma aku musykil kenapa si JAKIM tak nak iktiraf halal," tanyanya.
JAKIM membalas, "Tiada permohonan diterima setakat ini. Makanan Sushi biasanya melibatkan penggunaan mirin dan sake (sejenis minuman beralkohol)".
Sementara itu, melalui akaun Facebook seorang pelayar yang mengguna akaun Ahmad Zaril, pagi tadi membangkitkan pula soal status halal satu lagi restoran sushi terkenal, Sakae Sushi. "Salam nak tanya, Sakae Sushi ada sijil halal tak? Mohon respons ya..." tulisnya. 
JAKIM melalui akaun Bahagian Hab Halalnya menjawab, "tidak ada". Perkara sama turut dijawab JAKIM mengenai status halal stik bersalut coklat jenama Pepero.
Begitulah ceritanya...Farah secara peribadinya memang tidak pernah melangkah masuk ke Sushi King, Sakae Sushi... melintas depan pernah, sebab "I am not a sushi lover and I can't eat sushi"... Tengok jer tekak "I is" dah semacam kembangnya... Tapi tak pernah pula menghalang sesiapa yang nak makan depan Farah...Menghormati selera orang lain kann???  Selera masing-masing... Cumanya bukanlah Farah ingin mengatakan sesuatu yang negatif tentang penggemar sushi ataupun yang pernah makan sushi... Farah cuma berkongsi informasi dan selebihnya terpulang kepada individu.... 

*Pssttt...Farah bukan menyebar berita tak benar yer... Farah berdasarkan sumber yang dibaca... Cuma menyampaikan informasi buat pengetahuan semua... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Xleh terima sushi gakkk.. heeee..

    ReplyDelete
  2. tu lah k. fara. sekarang ni kejap kata halal. kejap kata tak. konpiuss nak makan kat mana-mana. masak sendiri lah jawab dia

    ReplyDelete
  3. Tq Share ..Lepas ni kena buat sushi sendiri kat rumahlah jawabnya

    ReplyDelete
  4. Tapi.. mknn ni yg rajin muslim amik n mkn. Huhu

    ReplyDelete
  5. Hmm...sy pun tak kan masuk kedai yg ragu2 cmtu..

    ReplyDelete
  6. emmmmmm.... bagi onie lak,kalau rasa was-was tak perlu pegi makan dan makan....isu ni dah lamakan :(

    ReplyDelete
  7. Kini hadir box untuk sushi cek di sini Greenpack

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !