Susahnya Nak Tukar Lampin!!!! Ash "Stay Put"!!!

Farah Waheda Wahid
9


Antara perkembangan lain Iman Ash... (dari pagi tadi sempat mengomel kisah dia jer ni...belum lagi kisah-kisah lain....ha ha ha...sabar na sabar... "one by one"... semua dah siap berada di dalam draf... Cuma tunggu masa untuk "publish" jer...)... sekarang ini Ash di dalam fasa yang sangat susah nak tukar lampin pakai buang dia!!! Ha ha ha, itu biasalah kannn??? Bila anak sudah dapat kaki, bila ada sudah mula panjang akalnya, bila anak sudah bereksplorasi dengan lebih giat dan aktif...memang perkara-perkara seperti ini tidak dapat dielakkan... #ehhh bagaimana Farah boleh katakan biasa...sedangkan anak baru seorang...Muahahaha...Ini semua hasil pemerhatian ke atas anak-anak sedara yang Nek Ma Ash jaga sewaktu Farah di zaman persekolahan dahulu. Makanya, telah biasa memerhati...kanak-kanak memang sampai di satu tahap dia akan mula susah nak duduk diam bila kita tukarkan lampin mereka. 

Ash suka main-mainkan Mommy dia tau!!! Huwaaaa... Bila selesai membuang air besar di tandas atau bila lampin pakai buang perlu ditukar setelah selesai upacara basuh membasuh dan pembersihan... Mula-mula elok jer dia baring nak pakai lampin pakai buang. Mommy dia pergi jer ambil lampin pakai buang dia, bila balik ke tempat Ash diletakkan, tengok dia dah mencangkung "standby" nak bangun dan lari... Bila Mommy dia dekat... Dia lari-lari sambil gelak-gelak... Dah sudahhh, kena main kejar-kejar pula, lagi dikejar lagi dia seronok... Amboiii menyakat Mommy tak hingat!!! Tu yang kadang-kadang rasa geram jer tengok budak ni... Bila dapat tangkap, siap dia, kena geletek sampai merayu-rayu kata... "dahhh...dahhh...dahhh..."...Ha ha ha... rasakan dia, suka sakat Mommy ek? Mommy geletek jer dia... Tau merayu kata "dahh..."... 

Farah percaya bukan Ash seorang sahaja yang berkelakuan begini, mungkin ada kanak-kanak lain di luar sana pun lebih kurang sama jer... Mana nak larinya kanak-kanak dengan sikap mereka ketika perkembangan...Mungkin berbeza-beza tetapi mungkin juga hampir serupa. Yer tak??? Tapiii, bila setiap kali salin atau tukar lampin pakai buang setiap kali juga kena main kejar-kejar...Kira cuba kira...Satu hari berapa kali tukar... Ha ha ha... Semputtttt.... Makanya, kenalah fikir-fikirkan kaedah atau cara untuk bagi dia duduk setempat...atau duduk diam sehingga selesai yer tak??? Apa yang Farah lakukan??? Nak bagi diri sendiri tak terasa semput sangat kannn??? 

Berhubung Dengan Ash
Bukan berhubung "as in using telephone" yer??? Muahahaha... Anak-anak kecil ni, biasanya dia akan lebih mudah bekerjasama kalau kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa yang terlebih dahulu membina "connection" dengan mereka. Tarik nafas panjang-panjang. Perlahan-lahan buat-buat berminat apa yang dia buat. Lepas tu, tunjukkan pada dia yang lampin pakai buang dia tu basah. Tanya dia, rasa basah tak? Lepas tu beri dia peluang untuk periksa tubuh badan dia sendiri. Dengan cara ni, anak tu tak rasa terpaksa. Ha ha ha...Ash bila tanya "do you feel wet???"... Pegang-pegang lampin pakai buang dia. Terus nak buka seluar. 

Beri Peluang Ash Belajar Buka Seluar Sendiri Dan Beri Peluang Ash Belajar Buka Lampin Pakai Buang Sendiri
Ini bukan kejammmm!!! Ini secara perlahan-lahan nak mengajar dia. Hu hu hu... Tapi kena sabar ek mak mak... Beri anak-anak masa...kena layanlah, kena layan... Agak-agaklah dalam 5 minit ke...Lepas tu, perlahan-lahan beritahu... "Meh, Mommy tolong meh...Macam ni... First you open this... Then you open this... Tadaaa... Your diaper opened already..."... Lembut yer... Anak-anak ni kalau kita kasar lagi dia memberontak... Kata kunci...Sabar.... 

Beri Alat Permainan Atau Buka Kartun Kegemaran
Fuhhh...inilah cabaran Farah sekarang ni...Muahahahaha... Nak bagi dia duduk diam... Selalunya umpan dengan alat permainan dan buka kartun kegemaran dia. Phewww... Yang dapat menarik perhatian dia tu, diamlah dia, yang mana keinginan dia kuat sangat nak berlari-lari tidak berlampin tu.... Memang apa pun tak boleh buat... 

Bila dah selesai pakaikan lega rasanya... Ada artikel yang Farah pernah baca, mengatakan bahawasanya bila anak sudah mula susah untuk memakai lampin atau lampin pakai buang, itu tandanya mereka memang telah betul-betul bersedia untuk "potty training"... Tak apa, kita pelan-pelan kayuh yer "potty training" tu... In Shaa Allah, Mommy cuba yang terbaik... ^_^... Ngeee.... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tu...lagi la umur2 macm ash dan awfiyah ni..memang payah sangat nak tukar lampin...mesti nak ada sesuatu untuk dipegang..kalau tak memang tak reti dok diam

    ReplyDelete
  2. irine pon..pakai diapers kat dia kadang macam nak bergaduh.. huhu

    ReplyDelete
  3. Kakak boleh senyum sendiri baca gelagat Ash buli mommy dia :)
    Semakin besar semakin cerdik dan berakal nak main dgn mommy sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. hehehe ash dh pndi berjalan ye sis?? pndi plak dia main2 kan mommy dia ye..

    ReplyDelete
  5. kanak-kanak memang biasa begitu..cabaran untuk ibu bapa

    ReplyDelete
  6. Dah merasa gak fasa ni dulu... nak bg pakai lampin kena bergaduh dulu... hahaha

    ReplyDelete
  7. Biasa laa anak2 hehe..kita llak letih duk mengejar kan farah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !