Dah setahun lebih dah buai ni berkhidmat pada Ash... Pada asalnya memang tak nak beli dan tak nak ajar Ash tidur berbuai... Tapi dalam keras-keras hati Mommy tak nak beli dan tak nak ajar buai, akhirnya terjebak juga membeli buai bilamana ada cerita sebaliknya yang boleh rujuk di entri Baby Cot Spring for Ash!!! dan juga di atas permintaan Nek Ma Ash kerana Nek Ma Ash kata, bila tidur buaian, bayi atau anak kecil akan tidur lebih lama dari tidur di bawah dan lebih mudah Nek Ma Ash nak lakukan kerja-kerja lain di rumah. Dalam "contemplating - contemplating" tu, akhirnya dibelikan juga.
Gambar Iman Ash sewaktu pertama kali ditidurkan di dalam buai. Tetapi memang betul punn... apa yang Nek Ma Ash cakap... Ash tidur lama bila ditidurkan di dalam buai. Dari sekecil ini, sehinggalah sekarang ni... Hu hu hu, sehinggakan PUTUS / PATAH lah spring buaian itu malam dulu semalam sewaktu tengah enjut buaian tu untuk tidurkan Ash. Ash sebenarnya tidur buai siang hari jer...malam sebenarnya tidur bawah, tetapi pada waktu dan ketika itu Mommy dia nak basuh pinggan di dapur yang dah melambak, Nek Ma tidurkan dia dalam buai... Kussss semangatttt... Nasib baik Nek Ma cepat sambut... Perghhh... lembut besinya ek??? Ha ha ha...Ke dah lebih muatan sebenarnya??? Sebab dah besar kannn??? 5 spring boleh putus??? Apakah...Badan kecil molek jer...
![]() |
Sumber dari Google |
Pakai yang manual ajer, tak beli yang elektrik punn... sebab Ash cuma perlu dienjut ketika hendak tidur, dah tidur biar jerlah, kadang-kadang angkat letakkan di atas tilam... Nak biasa-biasakan tidur bawah dan tak perlu buaian dah... Yerlah buaian jenis "portable" macam tu, berapa lama sangatlah tahan yer tak??? Sampai masa kena berara dah dari guna buaian Ashhhh oiiii.... Ha ha ha... Lainlah kalau macam stail dulu-dulu, buaian pakukan pada pintu bilik ke apa ke...Ha itu memang tahan lama... Tapi, Alhamdulillah-lah, kalau berjalan ke mana-mana setakat ini tak pernah lagi sampai tahap perlu mengangkut buaian...Ash boleh tidur jer kalau dah nak tidur...
Sudahnya semalam Atuk dia dok belikan spring baru...Hamikkk... Macam ni rupa gayanya...
![]() |
Sumber dari Google |
7 sekali spring-nya... Oklah tu, bolehlah tahan sementara dan tak payah lama-lama sangat tidur buai Ash??? La la la la...Dah mula tiba masa dah tidur di atas tilam jer...Siang semalam buai tak ada pun, tidur atas tilam kan??? Apa-apa pun terima kasih pada Atuk Ash kerana tolong belikan...Hu hu hu...Mommy tak minta punnn... Tapi Atuk yang belikan semalam... Adehh.... Tak payahlah kan patutnya... Apa-apa pun terima kasih pada Atuk Ash sekali lagi...Harap-harapnya tiada lagi insiden spring putus ataupun patah... Dah pesan pada Nek Ma Ash, cuba jangan beri dia tidur buai di siang hari... Dan biarkan dia tidur di atas tilam... Macam waktu malam...Malam sekarang dah tak perlu buaikan dahulu..Janji Mommy ada menempek kat sebelah dia... Dan dia dapat pegang tangan Mommy...Sebelah lagi Mommy tepuk dia... Tak sampai 15 minit, tidurlah dia... Hu hu hu... Lepas tu barulah boleh buat segala benda bagai....
Setuju baby tidur buai lebih nyenyak. Anak-anak kakak dulu semuanya berbuai tapi spring dulu tahan lama Farah. Kakak beli utk anak sulung sampai yg bongsu (3 org anak) masih boleh pakai. Kakak masih simpan tau dgn buai besi dan kainnya juga sampai sekarang..
ReplyDeletemak aihh dhystnye cmne blh putus ye.....mujur la nenek ada, kalo x bedebuk dh ash jatuh...
ReplyDeleteirine kat rumah tak berbuai kecuali kat rumah bs.. pernah jugak spring putus.. dah kena ganti...dia tido lasak kot..berguling2 dalam tuu.. kat rumah fully directfeed kengkadang sampai sejam ngempeng,..terseksa rasanya..
ReplyDeletebahay tue
ReplyDeleteuitt sethn dh elok tdo kat bwh
ReplyDeleteAlhamdulillah ash tak cedera..wah spring buai baru ye..
ReplyDeleteHehe putus sdahh..Tp mmg btol klau spring jnis kt ats tu yg lima ataupon tga mmg cpt rosak sbb spring dia jenis lembut ..huhuhu..
ReplyDeleteberat sangat dah tu...hahahaha...
ReplyDeleteOk la Ash boleh berbuai. Qaisara dulu x boleh..masuk je buai, enjut2..Muntah..Terus fobia nk kasi naik buai.. 7 Spring tu.. Padan la dgn berat Ash skrg..huhu
ReplyDelete