![]() |
Sumber dari Google |
Putrajaya: Sijil Halal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd ditarik balik selepas didapati melanggar manual prosedur pensijilan halal yang membabitkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Pengarah Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk. "Penarikan balik sijil halal itu sudah berkuatkuasa sejak 7 Mei lalu. JAKIM sudah memanggil syarikat berkenaan dan mereka sudah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan itu sehingga mengakibatkan sijil pengesahan halal ditarik balik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Hakimah berkata, bagaimanapun penarikan balik itu tidak menghalang syarikat itu memohon semula sijil halal selepas pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia
Sedikit perkongsian dari laman web rasmi JAKIM di SINI tentang Prosedur Permohonan Sijil HALAL... untuk pengetahuan umum kita semua...
Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:
- pengeluar/pengilang produk (manufacturer/producer);
- pengedar/penjual (distributor/trader);
- pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
- pembungkusan semula (repacking);
- premis makanan (food premise); dan
- rumah sembelih (abattoir/slaughter house)
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara atas talian.
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.
Permohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berikut:
- Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal'
- Produk yang tidak halal;
- Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemprosesan;
- Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
- Pewarna rambut (hair color / hair dye);
- Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;
- Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh dan sebagainya;
- Baja dan makanan haiwan.
Pemohon perlu mengisi borang yang bersesuaian:
- Produk / Barangan Gunaan
- Premis Makanan
- Rumah Sembelih
Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara atas talian dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan seperti:
- Profil syarikat;
- Pendaftaran syarikat/perniagaan;
- Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;
- Bahan ramuan yang digunakan;
- Nama dan alamat pengeluar/pembekal ramuan;
- Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);
- Proses dan prosedur pengeluaran;
- Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (jika ada); dan
- Peta lokasi premis/kilang.
Nak bercerita tentang GMP ni nanti panjang pula...ecehwahh, mentang-mentang dah hadiri induksi ringkas tentang GMP, konon-konon faham sangat lettew...Muahahaha.... "No lah, I am not the right person"....
lepas ni dah tak boleh makan kat sini lagi..apela diorang ni.. tak pasal² je kan kena macam ni
ReplyDeleteBila kebersihan tk terjaga dgn baik inilah jdnyer..Semoga peniaga2 diluar sana lbh alert mengenai tahap kebersihan dlm penyediaan produk mereka..Nice sharing farah
ReplyDeletebaru tahu jugak pasal nie..dah la tempat favorite farah nie akak..Uwaaaaa!
ReplyDeletegiler lama x pi SR
ReplyDeletepas ni nk mkn kek buat sendiri mcm iiols ni ha hahaha
hari tu br singgah SR tp sy x suka sgt mkn kek dia
ReplyDeletesalam singgah...silent reader sesekala tinggalkan jejak tanda ingatan...tapi xtau nak komen apa.hihi.
ReplyDeletealamak
ReplyDeleteBagus la, penguatkuasaan tu ada... Terjamin status halal tu...
ReplyDeleteLama dah tak makan Secret Recipe. Huhu
ReplyDeleteAssalammuaalaikum... farah,
ReplyDeletedah lama tak makan secret recipe nie... alhamdulilah penguatkuasaan JAKIM cepat kesan...
mselim3
huisy, macam main tarik2 tali ek :-(( tq farah info yang baik ni!
ReplyDeleteAlhamdulillah..sekurang kurangnya tiada keraguan statusnya bila dah di warwarkan..nak cari yang halalan thoiyyiban sangat sukar..
ReplyDeletekene cari yang halal je lepas ni..
ReplyDeletexpe byk lg kek yg halal yg sodap2 belaka.. =)
ReplyDeletebila Allah nak tunjuk rezeki tu sekelip mata je boleh ditarik. Segah mana pun bisness tu, kalau tak jaga, lingkup juga.
ReplyDeleteCuma isu kebersihan saja rupanya..
ReplyDeletetak bersih rupanya..
ReplyDeleteingatkan atas sebab apa...
ReplyDelete