Masih ingat tak Farah pernah
berkongsi tentang satu berita di mana seorang jutawan telah menawarkan sebanyak
RM 1,000,000 semata-mata hanya kerana hendak memperolehi hak cipta resipi telur
goreng yang dikatakan mempunyai bahan rahsia??? Dan Farah sendiri telah
menyertai satu piket untuk menentang tindakan jutawan tersebut di sebuah ibu
pejabat media terkemuka tanah air kerana jika jutawan tersebut memperolehi hak
cipta resipi telur goreng itu bermakna kita semua sudah tidak dapat lagi
menggoreng telur sebagai juadah harian kita. Huh!!! Dan sepertimana yang Farah
maklumkan di dalam entri sebelum ini, pengumuman keputusan permohonan jutawan
yang terbabit untuk memperoleh hak cipta resipi telur goreng yang bernilai SEJUTA
RINGGIT tersebut telahpun diumumkan pada 15
Mei 2015 di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.
Bagi anda yang terlepas entri
Farah berkenaan dengan perkara ini, bolehlah merujuk kepada entri Farah yang
bertajuk Jangan Ambil Hak Kami UntukMenggoreng Telur!!! Resipi Telur Goreng Adalah Hak Semua!!!
***********************************
Rahsia kini telahpun
terbongkar!!! Resipi Telur Goreng yang direbutkan oleh jutawan tersebut
rupa-rupanya adalah Telur Goreng Planta.
Ya, resipi #telurgorengplanta. Ianya semata-mata kerana aroma dan rasanya
yang begitu lazat dan telah disediakan oleh ibunya sewaktu beliau kecil yang
menjadikan beliau menginginkannya!!! Jutawan tersebut ingin memiliki hak cipta
Telur Goreng Planta. Namun, hasrat tersebut berjaya dihalang oleh pihak Planta
~ Hurmm… Telur Goreng Planta sememangnya enak… Siapa yang dapat menafikan
tentang perkara itu??? Sekiranya anda tidak percaya atau tidak pernah mencuba
menggoreng telur dengan Planta…Cubalah sekali, pasti anda tertawan serta
terpikat dengan rasanya… Percayalah…Ini kerana… Telur Goreng Planta memang
menjadi pilihan isi rumah Farah sendiri dan juga merupakan kegemaran anak kecil
Farah iaitu Ash.
Bagi Farah sebagai seorang ibu,
Telur Goreng Planta adalah untuk si Manja Hebat!!!
“Semua orang boleh menggoreng
telur. Telur goreng adalah salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk
disediakan – jadi kenapa memilih telur goreng berminyak, kurang garing tanpa
keenakan yang dikehendaki??? Hanya dengan satu sudu Planta, Planta telah
membuktikan keenakkan telur goreng boleh diubah serta-merta apabila dimasak
dengan marjerin Planta yang harum aromanya. Planta bukan sahaja mempunyai rasa
yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang
menyelerakan. Hasilnya - telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan
minyak yang berlebihan dan penuh kelazatan!!!”, kata Joel Lim, Pengurus Jenama,
Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.
Bertempat di 1 Utama Shopping
Centre pada 15 Mei 2015, permohonan
jutawan tersebut untuk memperoleh hak cipta Telur Goreng Planta telah GAGAL!!!
Gembiranya hati Farah dan juga ibu-ibu yang lain bila mendapat perkhabaran
mengenai berita ini!!! Yang lebih gembira lagi tentunya Ash! Anak kesayangan
Farah ini sekarang boleh makan telur goreng Planta bila-bila masa...
Pada acara yang berlangsung di pusat membeli-belah
terkemuka, 1 Utama, orang awam juga telah diberi peluang untuk menyertai Perang
“Resipi Telur Goreng”. Orang awam dan pihak media diberi peluang merasa dan meneka
perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan
minyak masak melalui ujian rasa itu. Selepas itu, mereka telah diberi peluang
untuk mengundi resipi pilhan mereka. Ini termasuklah Farah sendiri.
Pemenangnya, tanpa sebarang
ragu-ragu lagi, pastinya Planta!!! Kan dah cakap #telurgorengplanta memang
sedap! Terliur tak?
Pelakon dan ibu kepada dua orang
anak, Sharifah Sofia, juga turut serta dalam demonstrasi memasak telur goreng
dan “Perang” Resipi Telur Goreng. Sharifah juga telah berkongsi pengalaman
menambah telur goreng sebagai cara supaya anak sulungnya, Sharifah Ariana,
berumur 4 tahun untuk menjamah nasi dan sandwich. Beliau mengakui keenakan
telur goreng yang dimasak dengan Planta bakal menjadi resipi kesukaan ramai.
“Pengalaman hari ini membuktikan bahawa Telur Goreng Planta
mempunyai rasa yang enak, lebih beraroma dengan tekstur warna yang
menyelerakan, serta nampak menarik apabila dihidang. Kaum ibu yang menggunakan
Planta untuk memasak telur goreng pastinya akan setuju bahawa resipi ini adalah
mudah dan pastinya akan digemari oleh anak-anak mereka,” tambah Joel.
Untuk maklumat lanjut tentang Planta atau
resipi telur goreng Planta, sila layari laman sosial Facebook Planta di www.facebook.com/PlantaMalaysia
atau saluran Youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.
Jangan lupa
mencuba #telurgorengplanta di rumah,
ye! Pasti jadi kegemaran si manja…
Marjerin
Planta kini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga
runcit sebanyak RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm. Semua harga yang
dipaparkan adalah termasuk GST.
Mengenai Planta
Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah
satu daripada jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah
yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan kek dan biskut, juga sebagai
sapuan dan memasak selama lebih daripada 80 tahun.
Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama
yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Wall’s dan
Planta, barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy,
Fair & Lovely dan Rexona serta barangan penjagaan isirumah seperti Breeze. Kebanyakan
jenama ini merupakan peneraju dalam kategori masing-masing.
macam2 skrg org nak hak cipta dia...
ReplyDeletePadahal semua ini Ciptaan Allah jua..
Wajib cuba resipi planta ni. Ihiksss :D
ReplyDeletelaaaa pasal ni ke,ma kat kg memang selalu goreng ngan planta
ReplyDeleteterbaik la
ReplyDeletememang selalu guna planta.. sedap je bau dia.
ReplyDeleteBagus piket tempoh hari u olls buat...rupanya ada rahsia tesembunyi dari Planta hehehhehe...mmg jutawan tu tak menang la...menang lg jutawan ibu2 yg buat resepi telur goreng guna planta...pasni nak cuba.
ReplyDeleteaha dah pernah try wt pakai plantan mmg sedap dan gebu je kan... buat nasi goreng guna plantan lg sedap..
ReplyDeleteBuh planta? Oh takpernah try. Bolehla cuba lepas ni.
ReplyDeleteowh. telur goreng planta yer. Hehehehhe
ReplyDeleteoooo..hihiih..
ReplyDeleteeh, sdp eh #telurgorengplanta, kena cuba nih, tq planta ;-))
boleh try nti masak telur goreng planta
ReplyDeleteHi memang suspen
ReplyDeleterujuk ulasan saya disini.
http://norunnuha.blogspot.com/2015/05/resepi-telur-goreng.html
The truth is, akk x pernah try walhal.ada jer stok kat rumah. Nnt akak try okeh
ReplyDeletebaruuu la sodap pakai planta!
ReplyDeleteNak kena cuba nih...anak-anak saya suka makan telur goreng >..<
ReplyDelete