Rambut Gugur Selepas Bersalin???

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Rambut gugur selepas bersalin??? Ramai kot yang Farah dengar selepas sahaja dari melahirkan anak, ramai ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut. Kalau ikut kata mak-mak kita lah atau makcik-makcik ke, nenek nenek kita ke... yang Farah biasa dengar...Sebab urat-urat banyak putus semasa bersalin... #ehhh ada kena mengena ke ni? Ke fakta salah ni? Muahahaha...Tak  berapa nak pasti, tetapi itulah yang lebih kurang Farah dengar.... Sebab tu, ibu-ibu yang baru sahaja selamat melahirkan dan kemudiannya sepanjang proses pembesaran anak mengalami masalah keguguran rambut yang boleh dikatakan agak kronik... Lebih-lebih lagi kalau ikut cakap-cakap, bila mana anak kecil anda sukaaaa sangat... 

Sumber dari Google
Brrrr....brrrrr....brrrrr... main air liur!!! #ehhh yang bercerita ni tak gugur ke rambut tu??? Gugurlah juga tetapi tak adalah segumpal-segumpal bila dikumpul-kumpulkan bila kemas rumah, ada rasalah yang rambut tu dah kurang sikit dari ketebalan sebelumnya...Sebelum ni kalau pergi mana-mana "saloon"... memang berpeluh "hairstylist" nak mengerjakan rambut "I is"... tapi sekarang ni, taklah susah mana, komen mereka, "Eh, rambut "you" banyak ooo"...Ha ha ha... Alhamdulillah, tak ada masalah keguguran rambut yang kronik... Kalau betullah kerana main air liur ni rambut boleh gugur banyak...Huwaaaa, macam takut jer, macam takut jer...Sebab sekarang Ash suka buat bunyi brrrr brrrr brrrrr bila nampak "tractor"... Kena sorok "tractor" dari pandangan dia ni...Ha ha ha.... 

Sebenarnya masalah rambut bukan sekadar dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin, orang-orang yang lebih berusia tetapi juga turut dialami oleh golongan yang muda-muda. Bagi wanita selepas bersalin masalah keguguran rambut ni memang kerap dialami. Menurut sumber di SINI, punca-punca keguguran rambut selepas bersalin adalah disebabkan oleh....

Perubahan Hormon
Sepanjgan tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihata lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi 3 hingga 4 bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang. Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani. Kena dahhh pergi Yun Nam.... 

Berusia dan Memiliki Ramai Anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari 3 kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang memiliki bilangan anak yang sedikit. Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak. Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul. 

Pola Pemakanan Tidak Sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Seperti yang diketahui, kebanyakkan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh. Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam. Kalangan lelaki, merekayang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama. Bezanya wanita, tempoh 2 hingga 3 tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihata botak kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

Faktor Usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat. Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi. yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.

Dan sedikit panduan dari sumber di SINI tentang tips mengelakkan rambut gugur selepas bersalin untuk informasi bersama... 

Elak Ikat Rambut Terlalu Ketat
Perasan ke tak? Jika rambut kita ni panjang, suka ikat rambut ketat-ketat, tarik rambut kuat-kuat, ini akan mengakibatkan lebih banyak rambut gugur terutamanya sewaktu tempoh selepas 3,4 bulan kita melahirkan anak. Ha ha ha, disebabkan itu, "I is" potong pendek atas permintaan Abah Ash pada waktu dan ketika itu.... Pendek tak pendeklah... "bob hair" katanya... Dahlah masa tu memang fasa rambut sedang gugur, ditambah pula kita tarik dan ikat rambut sampai terik kulit kepala, lagilah banyak yang gugur.

Amalkan Pemakanan Seimbang
Nak seimbang ni yang kadang-kadang terkandas ni yer tak??? Masa berpantang, ramai lagi ibu-ibu yang ‘menyekat’ makanan..memang mengikut tradisi orang zaman dahulu, air tak boleh minum banyak, buah tak boleh makan, sayur pun kena pilih-pilih..sudahnya ibu makan nasik putih dengan ikan bakar je selama 40 hari. Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan nutrisi ye..bukan sahaja mengganggu penyusuan, malah mengganggu proses baik luka, sistem badan dan keguguran rambut tadi. Amalkan makan lebih banyak buah dan sayur kerana ianya mempunyai flavinoid dan antioksidan yang membantu kesihatan folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Pengambilan Vitamin
Tubuh kita memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menjalankan sistem badan yang optimum. Pastikan kita mengambil vitamin B, C dan E serta zink bagi menjamin kekuatan dan kesihatan rambut kita.

Pemilihan Syampu
Pilih syampu dengan kandungan bebas kimia dan bahan-bahan yang berkualiti seperti biotin yang menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Sikat / Berus Rambut
Gunakan sikat yang jarang dan tidak terlalu rapat bagi mengelakkan ianya menarik rambut kita. Atau lebih baik gunakan berus rambut yang lembut. 
Elakkan Penggunaan Alatan Penggayaan Rambut
Alat seperti "hair dryer", "curling iron", "hot rollers" itu semua boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Sebolehnya, biarkan rambut kering secara semulajadi.
Gunting Rambut
Jika ada rambut bercabang, "trim" hujung rambut untuk membuang rambut bercabang yang tidak sihat. Rambut yang tidak sihat menghalang pertumbuhan rambut.
Elak Stress
Stress boleh menyebabkan keguguran rambut. Jadi, ceriakan diri dan amalkan pengambilan Vitamin B Kompleks untuk elak stress. 
Rambut yang gugur walaupun sedikit boleh membimbangkan... Hu hu hu... Selagi boleh dicegah, selagi boleh dirawat, jomlah kita sama-sama mengawal agar tidak berlaku keguguran kronik. Errrr... Ashhh.... (dalam nada suara yang mengada-ngada)...boleh berhenti brrrr brrrr brrr tak??? Ekekekeke.... *_^ 



Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nani yang tak beranak ni pun ada masalah rambut gugur T.T

    ReplyDelete
  2. tu la kan..kalau org tua nmapak mesti ckp..hbis la rambut mak ko..hehehe

    ReplyDelete
  3. huwaaa..tgh alami..br minggu lps potong rambut..harap2 ade la perubahan sket..
    tq kak farah for t tips..

    ReplyDelete
  4. Thanks sharing..nanti boleh digunapakai :)

    ReplyDelete
  5. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !