Pilih Yang "Cool" Ajer...

Farah Waheda Wahid
8

Cerita imbauan dan nostalgia zaman persekolahan pulalah yer hari ni... Sebelum bercerita perkara-perkara lain terasa nak bercerita tentang zaman persekolahan pula... Ha ha ha, rindu sekolah lettew...

Dulu-dulu masa sekolah kan semua orang diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu unit beruniform??? Ada macam-macam yang boleh pilih...Pilih jer, pilih jer nak masuk Persatuan Bulan Sabit Merah atau lebih dikenali sebagai PBSM? nak masuk Persatuan Puteri Islam? Nak masuk Kadet Remaja? Nak masuk Renjer Puteri? Ikut suka hatilah yang mana satu jadi pilihan hati yer tak? Janji ada satu unit beruniform yang disertai untuk melengkapkan aktiviti ko-kurikulum... 

Masa zaman-zaman sekolah dulu, Farah tak berapa gemar nak menyertai kelab-kelab sukan sebab sejujurnya "I am not a sports person yeah?"... Yang kulakukan adalah...ha ha ha... jadi "cheerleader" di atas padang setiap kali hari sukan sekolah dan juga pernah terlibat sebagai "cheerleader" untuk pasukan hoki dari Kanada semasa SUKOM pada tahun 1998 tak silap... 


Tempek sikit video... Ni kalau Ash pun minat menari-nari ni, dah tau sangat dah turun dari siapa...Ha ha ha, tapi taklah kot nak bagi dia masuk "cheerleading" jadi "cheerleader boy" lepas tu tolong angkat-angkat anak dara orang dan lambung-lambung anak dara orang... Ya ampunnn... Memang taklah nak bagi...Wakakakaka... Kalau nak masuk kumpulan tarian lain yang sihat macam "Peanut Butter" ke... 


Itu mungkin boleh dipertimbangkanlah kannn??? Ha ha ha, tengok jenisnya juga... #ehhh... apasal panjang pula cerita tentang ni...Ok sambung pada intipati entri ini... Unit beruniform yang Farah sertai sewaktu di sekolah rendah adalah Pengakap. Ha ha ha, sila percaya yer... Pengakap...Walaupun tidak selasak atau se-ekstrem mana... Tetap masuk Pengakap. Rasa macam "cool" lah Pengakap tu masa sekolah rendah. Siapa yang masuk Pengakap tu kira macam dalam golongan "cool" di sekolah... Muahahaha.... 

Itu cerita sekolah rendah... Dah masuk sekolah menengah... "no more" Pengakap. Sebabnya dah masuk sekolah semua perempuan... bukannya sekolah "co-ed" lagi... Yang ada masa tu, Pandu Puteri kemudian namanya ditukar kepada Renjer Puteri..."girl scouts" gitchewss... Taklah pula teringin nak masuk Kadet Remaja sebab terasa diri ini ibarat... "I don't belong to that crowd"...Wakakakaka... Dah kata "cheerleader", kebanyakkan dari "cheerleader" sertai kumpulan "it's a girl kind of things" macam tu, dan sememangnya kami berkumpul di dalam Renjer Puteri. Ha ha ha... Tapi tak pakai pun uniform lengkap... Masuk tu syarat masuk jer sebenarnya... Teruk kan??? Sebab sebenarnya tak berminat tapi disebabkan wajib... Masuklah juga...Jarang-jarang juga hadir perjumpaan sebab sibuk dengan "cheer practice"...Gitchewsss.... Kira ada alasanlah kann??? 

Selain "cheer" dan juga Renjer Puteri... Farah juga terlibat secara langsung dengan kumpulan Editorial Majalah Sekolah...Masa tu Farah adalah salah seorang editor Bahasa Melayu bagi majalah dan juga "newsletter" sekolah... Tapi tulah, bukan nak cerita sangat tentang Farah sewaktu zaman persekolahan... Tetapi sebenarnya, motifnya... betul tak? Setuju tak? Masa zaman sekolah dulu kita memilih untuk masuk persatuan mana? kelab apa? berdasarkan rasa "belonging to a group", minat dan juga tengok kawan-kawan juga sebenarnya...Ekekekeke... Dan satu perkara yang Farah terperasan... gila ko rasa diri ko "cool"... bha ha ha...pilih yang "cool" ajer, nak masuk yang "cool" ajer... SEBENARNYA BUKAN PERASAN DIRI "HOT" OK??? ATAUPUN BUKAN PERASAN DIRI DIVA.... Cuma apa yang Farah buat, Farah sertai itulah diri Farah dan itulah minat Farah.... 

"Lesson of the thoughts that came across my mind"... esok-esok bila Ash dah sekolah, aktiviti apa yang dia sertai, aktiviti apa yang dia pilih, itulah yang melambangkan minat dia terhadap sesuatu itu... Tak adalah nak paksa dia macam... Ash mesti masuk Pengakap! Ash mesti masuk sukan itu sukan ini... Biar dia yang pilih... Kalau Mommy Pengakap tak semestinya anak Pengakap juga yer tak??? Kalau Mommy minat menulis, tak semestinya anak berminat nak sertai Editorial Majalah Sekolah yer tak??? Cumanya... salah satu seni pertahanan diri tu, Farah akan wajibkan Ash sertai juga...In Shaa Allah... Sebab bagi Farah, seni pertahanan diri itu penting... 

*Agak-agak Ash macam Mommy tak??? Pilih yang "cool" ajer??? Hik hik hik... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. beri peluang anak anak memilih asalkan dia minat dan yang dipilih itu cool dan terbaik untuk dia :)

    ReplyDelete
  2. Akk dulu ms sekolah masuk tunas puteri. Sklh men masuk renjer puteri. Sll gak pi camping bagai. Skrg menurun kat anak pulak.

    ReplyDelete
  3. Sepp sikit kak Farah. Nani pun tak suka sangat bab bab sukan ni masa kat sekolah dulu. Haha

    ReplyDelete
  4. dulu nk msk pengakap je dah bising mama...sudahnya msk kumpulan nassyid haha

    ReplyDelete
  5. MF pun tak aktif koku msa sekolah.. Mujur lah blh masuk universiti...dan tak ketat sgt syaratnya msa tu kn.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !