Perihal "Backpack" Dan Keselamatan Anak-Anak...

Farah Waheda Wahid
9
Sumber dari Google
Beg sekolah anak-anak zaman sekarang ni, berat-berat juga ek? Adalah terbaca di sana sini rungutan ibu bapa tentang beg sekolah anak-anak yang terlalu berat, ada tu pula sampai tercabut roda troli beg tu... Hu hu hu... Farah yang melihat anak-anak kecil yang sudah mula bersekolah membawa beg sekolah terutama yang jenis "backpack" pun kadang-kadang rasa macam aduhaiii... beratnya sampai terbongkok-bongkok atau merengkeh membawa beg sekolah. Kalau nak ditanya pada pengalaman sendiri memang taklah sebab Ash belum sekolah lagi, makanya Farah sememangnya tidak tahu seberat manakah bebanan beg sekolah yang ditanggung oleh anak-anak kecil yang sudah mula bersekolah. Kalau zaman-zaman Farah dulu, sewaktu sekolah rendah tu, memang terasalah keberatannya yang perlu Farah pikul... tetapi zaman sekolah menengah dah tak ada ada, sebab ada "locker" yang boleh disewa dengan harga RM 50.00 untuk tempoh setahun sesi persekolahan, makanya buku-buku yang tidak digunakan Farah simpan di "locker" sahaja... Tak terasalah beg tu terlalu berat kannn???

"Backpack" yang terlalu berat sebenarnya akan memberikan kesan ke atas tubuh badan anak-anak yang masih kecil. Menurut satu artikel di SINI, walaupun terdapat banyak faktor yang boleh mengakibat sakit belakang seperti berpunca dari aktiviti sukan ataupun senaman, postur duduk yang tidak betul ataupun melakukan sesuatu aktiviti di dalam tempoh yang terlalu panjang. Ada di kalangan anak-anak yang mengalami sakit belakang yang disebabkan atau diakibatkan dari membawa "backpack" yang terlalu berat. Kebanyakan para doktor dan juga "physical therapist" mencadangkan untuk kanak-kanak untuk membawa tidak lebih dari 10% ke 15% berat beg dari berat badan mereka. 

Sumber dari Google

Bila sudah terlalu berat isi kandungan "backpack" dan "backpack" tidak dipakai dengan cara yang betul di atas bahu, berat "backpack" itu boleh menarik tubuh badan anak-anak ke belakang. Untuk mengimbangkan atau rasa lebih selesa anak-anak akan mula membongkok ke hadapan ataupun badan tertarik ke belakang yang mana ianya akan memberikan tekanan kepada otot-otot dan tulang anak-anak yang masih muda. Ada juga kanak-kanak yang akan lama kelamaan mula mengalami sakit bahu, tengkuk ataupun belakang. 

Sumber dari Google
Ini lagi satu penyakit ni...Ihikss...masa sekolah dulu selalu jer buat macam ni punnn... pakai sebelah jer beg sekolah tu macam ni... Hu hu hu, sekarang baru tahu yang sebenarnya tak bagus untuk kesihatan... Tapi yang itulah konon-kononnya dikatakan "cool" dan rasa "cool"...Ha ha ha...Nak cepat pun yer sebenarnya...dan kadang-kadang tu kalau naik Bas Mini tu... sebab sempit dan bersesak-sesak kann??? Terpaksa buka sebelah dan pakai sebelah bahu sahaja. Tapi kann, sebenarnya, akhirnya ianya akan mengakibat "one side to offset the extra weight"...yang mana akhirnya bahagian belakang tubuh akan sakit dan akan menegangkan otot-otot di bahu dan leher. 

"Backpack" dengan tali yang ketat, halus di bahu juga akan mengganggu peredaran saraf. Ianya boleh mengakibatkan semut-semut (kebas) dan melemahkan bahu,lengan dan tangan.

Cara / Tips Membawa "Backpack"

Sumber dari Google

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Carta Berat "Backpack" Maksimum Bagi Kanak-Kanak

Sumber dari Google
Silalah tukar berat pound dan lbs itu menggunakan "converter" yer untuk lebih senang dan jelas...Ihikss... Mudah sikit nak tengok kan???  Ok-ok akak tukarkan... 


Demi "uolss" sanggup tau "I is convert"-kan...Ekekekeke... Eleh, hujung jari jer... Begitulah yang dikatakan menurut dari sumber yang Farah dapat di Google yang mengatakan bahawasanya ini adalah berdasarkan kepada carta yang dikeluarkan oleh The American Physical Therapy Association, American Academy of Orthopedic Surgeons and The American Chiropractic Association.

Jadi selepas ini bolehlah cuba timbang-timbang kalau rasa ada masa lapang beg sekolah anak-anak tu... tengok-tengok sama ada bersesuaian dengan berat yang digariskan oleh carta ni ke tidak... Kalau rajinlah...kalau malas tiada paksaan...Ini cerita jer... dan selepas ini bolehlah membeli beg sekolah mengikut spesikasi serta tips yang diberikan di dalam gambar di atas... 

Semoga, info daripada entri ini bermanfaat untuk semua yer??? 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. berat sebab kengkadang semua buku dia dok bawak.. tp rasanya buku teks zaman sekolah kite lg berat kan kan..

    ReplyDelete
  2. Good info Farah..

    Anak saya salah seorg darinya.. Kesian baru Tahun 1 byk sggh buku teks & buku aktiviti, terbongkok-bongkok bawa beg berat..

    ReplyDelete
  3. betul tu farah, tq info berguna ni. itu sebab saya dan suami sgt cerewet pembelian beg sekolah anak2, cuba usaha beli beg yang terbaik untuk anak2, mahal sikit pun tk pe..sanggup berkorban demi anak2... ;-))

    ReplyDelete
  4. Memang tak pernah beli bag ikut spek pun Farah, main hentam jer haha....Pilih yg murah dan cantik selalunya. Kesian jugakkan ,buku sekolah punyalah banyak, memang merengkehlah depa memikut bag sekolah selalunya.

    ReplyDelete
  5. kena sediakan beg yang bersesuaian dan kena check isi dalam bag jugak

    ReplyDelete
  6. good info farah...dulu2 ms zaman sekolah...mmg bawak senget jer...cool la konon nya...dah tua2 ni baru tau..kesan nya bawak mcm tu...

    ReplyDelete
  7. Hmm... Tak tahu la kan.. Tapi zamn sy belajar dulu...sehari berbelas buku bawa... sekolah agama kan.. Byk buku...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !