Inilah kisah petang Sabtu, 16 Mei 2015 kami di M Cafe By Meesha Sukira, Bukit Damansara. Kisah makan-makan, kisah "get together", kisah "food event", kisah "food review" yang dianjurkan oleh FoodInk Malaysia untuk para blogger. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada pihak FoodInk kerana sudi menjemput Ash dan Farah untuk sesi "food review" pada kali ini.
Pertama kali, melangkah masuk ke M Cafe by Meesha Sukira ini, apa yang Farah rasakan adalah SELESA. Suasana di dalam M Cafe by Meesha Sukira ini membuatkan Farah terasa seolah-olah, "I'm home!!!"... Seolah-olah Farah berada di kondominium ataupun "apartment" mewah yang mana hiasan dalamannya adalah berkonsepkan "urban batik" dan kraf... Iyalah konsep kafe dan butik kann??? Memanglah sebegitu... Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang makanan-makanan, sukalah kiranya nak berkongsi dengan semua supaya dapat mencuci mata di pagi hari dengan dekorasi hiasan dalaman di M Cafe by Meesha Sukira... Mana tau, dapat ilham pula nak mendekorasi rumah sendiri kann???
![]() |
Nampak kemas dan selesa... Seperti terasa berada di rumah sendiri pun yer... |
Disebabkan keselesaan itu, (selit sedikit cerita Ash...ha ha ha...haruslah, susah payah dia ikut Mommy tau tak???), ada seorang kanak-kanak riang itu menganggap M Cafe by Meesha Sukira ini adalah seolah-olah seperti rumah dia... Ke hulu ke hilir, berjalan audit setiap sudut dan kawasan di dalam M Cafe... Kanak-kanak tak reti menipu dan tak reti membohong... Jika tidak selesa mereka akan menunjukkan reaksi ketidakselesaan, jika selesa mereka akan dengan riang-rianya bergelak ketawa dan aktif. Lihatlah sahaja, gelagat dan reaksi Ash...
![]() |
Seperti biasa, ajak Mommy bermain permainan kegemaran dia... "hide and seek" di balik sofa... Hu hu hu... |
![]() |
Kemudiannya, seperti ragam biasa di rumah, bermain di pintu... |
![]() |
Jalan-jalan audit kawasan sekitar di dalam M Cafe...Ash nak tengoklah kann, apa yang kurang, apa yang menarik... Dah kata Ash kena buat "review"...He he he... |
![]() |
Kalau tak nak makan di dalam, nak makan berkonsepkan "open air" pun boleh... . |
![]() |
Asam Pedas Ikan Pari |
![]() |
Daging Masak Hitam |
![]() |
Sambal Terung... Yang ini memang walla dan memang "marvellous"!!! Farah suka yang ini!!! |
![]() |
Sambal Sotong yang menjadi rebutan semua... He he he... Kalau dah jadi rebutan tu, faham-faham ajerlah yer... |
![]() |
Mula-mula kita ambil Sambal Ikan yang berkenaan dan letakkan di atas epal hijau yang telah dipotong-potong seperti biasa.... |
![]() |
Hainanese Chicken Chop |
Dan inilah barisan blogger yang terdiri daripada pelbagai "niche" yang mana rata-ratanya baru pertama kali Farah jumpa dan Farah kenal secara realiti. Yang paling terkejutnya ada di antara mereka adalah pembaca Bubblynotes.Com dan saat Farah melangkah masuk, perkataan pertama yang keluar... "Hi, Ash..."... Adehh.... Ouchhh, it's hurt...Muahahahaha... Salah seorang darinya adalah Scha Nazri... Tak sangka dapat berjumpa di sini yer??? Ha ha ha, apa pula tak sangkanya, biasalah tu, dunia blog, lari kot mana pun... satu hari pasti berjumpa juga jika ada rezekinya... Ibarat, ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu juga... Ecewahhh, berbidalan pula kita yer...
Dan inilah buah hati pengarang jantung yang melengkapkan hidup Mommy dan setia menemani Mommy ke mana-mana sahaja...Hew hew hew... Sayanggg Ash...Dan "thank you" sayang Mommy kerana sentiasa memahami dan sentiasa menceriakan hari-hari Mommy... Juga sentiasa "behave well" ketika menemani... Ikut hari lah kann??? Kalau ada hari angin tak berapa nak elok...Haaa tu dia, siaplah berperang... Kanak-kanak seusia ini ada kalanya kita tak boleh nak jangka angin mereka...
Untuk yang telah tertarik dan hati tertarik-tarik nak mencuba makanan di M Cafe by Meesha Sukira ni, di sini Farah kongsikan peta lokasi M Cafe by Meesha Sukira untuk panduan anda semua...
M Cafe by Meesha Sukira
47, Jalan Medan Setia 1
Plaza Damansara
Bukit Damansara
Kuala Lumpur
No. Telefon:
03 | 2095 | 9088
Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu
10.00 pagi sehingga 10.00 malam
Ahad
Tutup
KHAS UNTUK BULAN RAMADHAN YANG AKAN MENJELANG TIDAK LAMA LAGI... M CAFE BY MEESHA SUKIRA AKAN MENGADAKAN BUFFET RAMADHAN YANG BERMULA DARI HARGA RM 39++ YANG MANA APA YANG MENARIKNYA... BAYAR UNTUK BUFFET RAMADHAN, MAKAN UNTUK BERBUKA, ANDA MAHU KE MASJID ATAU SURAU BERDEKATAN MENUNAIKAN SOLAT ATAUPUN SOLAT TARAWIH...BOLEH KEMBALI SEMULA KE M CAFE BY MEESHA SUKIRA DAN SAMBUNG KEMBALI MAKAN SEHINGGA MEREKA TUTUP...DENGAN HANYA SEKALI BAYARAN SAHAJA!!! Errr...esoknya bayar harga yang barulah yer???
Untuk Maklumat Lanjut:
*Agak lewat hari ini kerana sibuk dengan program besar minggu ini di pejabat...Dah tak cukup-cukup nafas dah ni... Nama "event"nya... Deep Dive... tapi yang Farah rasa... Deep Die... Muahahahaha...
Farah,
ReplyDeleteCantiknya deco dalam restoren ini. Makanan pun nampak sedap. Azie lambat RSVP. Melepas! kalau tidak dapatlah jumpa Farah :)
teruja tengok deko..
ReplyDeletespot kat daging masak hitam tu..cam sedap..
banyak nye makanan kampung yg menarik seleraku.. lapar..dah laa tak kuar lunch..kbai
ReplyDeleteSedapnya tgk menu... Deko pun menarik...
ReplyDeleteida dapat inv tapi kene kerjaaa. say babai.. teliur tgok menu kak hoiiiiiii
ReplyDeleteHaha. Sorryy kakk. Ash comel sangatt, tu yang tegur Ash duluu. Dari jauh dh nampak kak Farah. hehe. Seronok jumpa akak. Nnti kita jumpa lagi eh kak. InsyaAllah :)
ReplyDelete