Bulan Ramadhan pun bakal menjelma tidak lama lagi lagi, selepas itu disusuli pula dengan Hari Raya Aidilfitri. Bila musim-musim bulan Ramadhan dan juga munculnya musim perayaan, sememangnya kita-kita ni semua sudah sibuk memikirkan persiapan menjelang Ramadhan dan juga Syawal. Nak siapkan itu, nak siapkan ini, nak sediakan itu, nak sediakan ini... Dan di dalam kesibukkan kita itu, ada golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang juga memerlukan segala macam persiapan yang sibuk kita fikirkan serta lakukan itu kerana mereka juga manusia, mereka juga punya keinginan, mereka juga punya perasaan serta hati dan mereka juga ingin merasa sebagaimana orang-orang lain merasa.
Untuk itu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, (memang tak lama lagi punn...pejam celik pejam celik dah tiba Syawal... masa kan cepat berlalu sekarang ini)... Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia kini telahpun mula melaksanakan Kempen Taja Shopping Raya 2015, bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di bawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra' SeMalaysia. Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun dan ianya adalah satu aktiviti wajib bagi Projek Iqra' untuk melaksanakannya.
APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal. Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.
Secara ringkasnya, Projek Iqra' berhasrat untuk:
- Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
- Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
- Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
- Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati di dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
- Memeriahkan sambutan Syawal anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2015?
- Anak Yatim Asnaf
- Anak-Anak Asnaf
- Ibu Tunggal
Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.
BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?
![]() |
Sumber dari SINI |
Anda dijemput serta dialu-alukan untuk menaja seorang anak yatim / komuniti bagi program ini, dan selain dari itu pihak Projek Iqra' akan mengumumkan nanti tentang pendaftaran untuk:
- SUKARELAWAN MEMBAWA ANAK-ANAK
- SUKARELAWAN FOTOGRAFI
- SUKARELAWAN VIDEOGRAFI
- SUKARELAWAN SEMASA PROGRAM
- SUKARELAWAN BLOGGER (UNTUK SIARAN "EVENT" INI DI BLOG ANDA
BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?
![]() |
Sumber dari SINI |
SHOPPING RAYA 2015 KINI DIBUKA UNTUK TAJAAN!!!
Taja Shopping Raya 2015 di sini. Maklumat lengkap di www dot shoppingraya dot org**
(**masih belum boleh dilayari sepenuhnay - akan dimaklumkan dari masa ke semasa apabila laman web telah sedia)
BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?
1. Masukkan jumlah tajaan RM200.00 di ruang di atas kotak "Donate NOW"
2. Klik butang "Donate NOW"
3. Isi bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.
4. Klik "Donate NOW"
5. Masukkan "Username" dan "Password Internet Banking" anda.
6. Lengkapkan proses "Transfer Money" di dalam talian.
7. Anda akan menerima pemakluman di dalam bentuk e-mel untuk rujukan transaksi ini.
8. Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai "donor" di ruang bawah entri di pautan INI... atau melalui "online transfer" ke akaun:
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia
No. Akaun: 5648-1050-4003
E-mel: info@projekiqra.com
No. Tel: 019-217 5597 (Bendahari - Suhaimi Abdul Manan)
Nota: Sila e-melkan maklumat penaja (nama, no. telefon, alamat) berserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Untuk maklumat lebih lanjut:
atau sila hubungi:
Solleh
017 | 670 2033
Sharifah
017 | 274 8904
Khairul Anuar
016 | 736 1067
all the best
ReplyDeletesemoga murah rezeki anak anak yatim
ReplyDeletealhamdulilah insyaallah sama-sama kita membantu
ReplyDeleteterima kasih kerana menyebarkan info Shopping Raya 2015 :)
ReplyDeletebersama beramal kerana Allah....
ReplyDelete# Antara Kerja & Kerja - Owh!MananQayyim™
Nice sharing..
ReplyDelete