 |
Sumber dari Google |
Haaaa.... ini salah satu perkara yang terlintas di fikiran Farah pagi tadi...ekekekeke...tentang cacing... dan masalah kecacingan di kalangan anak-anak... Dah ada anak ni, sebenarnya macam-macam perkara yang difikirkan oleh kita sebagai ibu bapa ni ek??? Ke Farah jer yang banyak sangat berfikir??? Ha ha ha.... baru tau rasanya bagaimana jadi ibu bapa... Banyak perkara kena fikir tentang anak ooo... Tapi taklah pula Farah rasa menyusahkan... lagi risau bila mengenangkan kot-kot ada yang terlepas pandang adalah...Al-maklumlah kita ni semua manusia biasa yang tidak terlepas atau tidak lari dari khilaf... Bukannya sempurna 200%... Tak ada maknanya ada manusia yang sempurna 200%... Ingat cacing, ingat masalah kecacingan, imbau kenangan waktu kecil kot kot jika pernah ada masalah kecacingan (seingat Farah tak adalah) dan ingat Ash, terus terfikir nak cari maklumat tentang masalah kecacingan di kalangan anak-anak ni.... Harap-harapnya Ash tak terkenalah masalah kecacingan ni. In Shaa Allah, mudah-mudahan dijauhkan...
Menurut satu artikel di
SINI, cacing gelang, cangkuk, kerawit, benang dan pita adalah antara beberapa jenis cacing yang boleh hidup di dalam badan manusia. Cacing-cacing berkenaan mampu hidup di dalam usus, darah serta organ manusia sehingga bertahun-tahun dengan mendapatkan makanan melalui zat-zat yang terdapat di dalam usus ketika proses penghadaman. Lazimnya, jangkitan cacing lebih mudah dialami oleh kanak-kanak terutama jika ibu bapa tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak.
Jangkitan cacing atau parasit itu boleh menjangkiti kanak-kanak sama ada melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.
Jangkitan Melalui Pemakanan
Apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalam tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak. Manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.
Jangkitan Melalui Persekitaran
Jika kulit kanak-kanak berkenaan terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.
Menurut Perunding Kanak-Kanak Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, kecacingan pada kanak-kanak mengundang kepada pelbagai masalah antaranya...
- Hilang selera makan.
- Keletihan.
- Kembung.
- Alahan.
- Demam berpanjangan.
- Masalah pernafasan.
Jelas Dr. Nor Mahani, antara tanda-tanda kanak-kanak kecacingan seperti demam, sakit kepala, kurang selera makan serta terdapat cacing pada najis mereka. Katanya, jika jangkitan itu tidak dirawat segera dibimbangkan membawa kepada masalah lain seperti anemia, kerosakan usus serta otak.
PEMBERIAN UBAT CACING PERLU DIBERI KEPADA KANAK-KANAK SAMA ADA MEREKA SIHAT ATAU TIDAK BAGI MENCEGAH KECACINGAN DI PERINGKAT AWAL. IBU BAPA HARUS MEMASTIKAN PENGAMBILAN UBAT INI 6 BULAN SEKALI AGAR CACING TIDAK MENGGANGGU PROSES TUMBESARAN KANAK-KANAK.
Cadangan Pemberian Ubat Cacing
- Beri ubat cacing pada umur setahun setengah.
- Beri 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200mg untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, manakala 400mg untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.
Simptom-Simptom Kecacingan
- Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
- Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
- Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
- Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
- Batuk-batuk yang berpanjangan.
- Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
- Mengetap gigi ketika tidur malam.
- Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
- Hiperaktif.
- Sakit kepala.
- Sensitif terhadap cahaya.
- Gusi dan hidung berdarah.
Dan terdapat 2 jenis ubat cacing:
Albendazole / Mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil. Ia menghalang sistem kemasukkan glukosa yang diperlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.
Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air, ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Fuhhh... banyak betul... memang nak kena pantau ni... tiba-tiba terus menyedarkan Farah yang Farah belum pernah lagi memberi ubat cacing kepada Ash...Mungkin apa yang terlintas dan apa yang Farah fikir hari ni, membuka kesedaran ni supaya cepat-cepat beri ubat cacing kepada Ash ni walaupun tak ada masalah kecacingan. Bukan apa, seperti yang Farah baca dan kongsi dari artikel yang berkenaan di atas...sama ada ada masalah ataupun tidak, ianya adalah pencegahan awal....
Ish, takut pula membacanya. Hmm. Kena check anak saya balik kerja ni. kecacingan.
ReplyDeletebagus ada entry nie
ReplyDeletedulu sy byg kn cacing tu berlari2 dlm bdn ;-)
ReplyDeletetak pernah beri ubat cacing...tgk Qi makan elok plak...tp kena berjaga kan...good tips farah kongsikan
ReplyDeleteMaria dh bg sekali dh kat adik.. Sbb dh lpas umur setahun dan mkn macam2..
ReplyDeletetapi ne possible berlaku to adult right?
ReplyDelete