![]() |
Sumber dari Google |
Bila hati Mommy dah tertarik dan merasakan pusat ini akan menggembirakan Ash, terus Farah merancang untuk tetapkan masa yang sesuai untuk membawa Ash ke sini. Bagi Farah, Farah telah berjumpa satu lagi tempat baru untuk "bonding time" kami dan aktiviti Ash. Tiba-tiba, Mommy dia yang terlebih teruja... apa kes??? Muahahaha...
Oh apa lagi nak kongsi yer? Masuk ke dalam kawasan permainan, tidak boleh berkasut, hanya memakai stokin. Kalau tak ada stokin, boleh beli di kaunter pendaftaran. Barangan yang dibawa, boleh diletakkan di dalam "locker" yang disediakan. Sewa ataupun tidak Farah kurang pasti sebab Farah tak ada barangan yang nak disimpan pun. Jadi pada hari tersebut memang tidak menggunakan perkhidmatan "locker"...
"Locker" pun dah comel-comel, apatah lagi kawasan permainan di dalamnya... Nak masukkan Ash ke dalam "locker" tu pun muat...#ehhh... ha ha ha... gurau-gurau jer...
Ini adalah yang pertama yang menarik perhatian Ash. Sesampainya ke zon permainan, Ash dilepaskan dan dibiarkan bebas memilih mana yang dia suka. Bongkah-bongkah blok yang lembut dan ringan, memudahkan Ash bersesuaian dengan kudrat dan tenaganya untuk mengangkat blok-blok tersebut. Alat permainan yang bulat tu adalah berpusing seperti yang kita selalu lihat di dalam sangkar "hamster" peliharaan. Ianya berpusing dengan sendirinya dan tidaklah pula kami membiarkan Ash sendirian. Tergolek pula si kecil molek itu nanti.
Bola dan Ash tidak dapat dipisahkan, sebab dia memang minat pada bola. Ibarat berenang-renang Ash di dalam lautan bola. Videonya ada, Farah rakamkan... Tetapi tak sempat pula nak muat naik di You Tube untuk dikongsikan. Kalau nak lihat kegembiraan Ash pada waktu dan ketika itu, bolehlah lihat Instagram Farah di @farahwaheda yer...Dah masuk dalam lautan bola tu, tak nak keluar pula dia. Dengan Abah, dengan Mommy sama-sama masuk ke dalam itu. Hu hu hu... Tapi seronok juga, layan juga. Kerana Ash tu kecil, tak boleh dibiarkan sahaja sebegitu walaupun kawasan permainan menepati ciri-ciri keselamatan. Malang tidak berbau, makanya baiklah beringat yer tak? Bila melibatkan Ash, Farah memang cepat risau dan Farah memang "overprotective"... Ya ampunn... Mak mak biasalah kan? Semua macam tu...
"I am sailing... I am sailing..."... Begitulah agaknya dalam pemikiran Ash... Yang ini seakan-akan berombak... Konon-kononnya di laut lettew...
Kusss semangattt... Yang ini paling semput nafas dan kecut nafas. Nak gugur jantung dibuatnya... Papan gelongsor ni tinggi, dan sebenarnya, Farah memang tak galakkan Ash yang kecil molek tu main papan gelongsor ni. Takut dia tergolek dan mengalami kecederaan... Tetapi yang kita tak suka, yang itulah berulang kali dia minta Abah dia bawakan. Gambar ni diambil kerana ingatkan Abah dia sempat turun sama, tak dan dah, sempat klik, campak tablet ke bawah dan berlari mengejar untuk sambut dia cepat-cepat... Laju nafas Mommy ok? Risau yang amat... Kalau jadi apa-apa? Menjawab... Hu hu hu... Ash jangan buat lagi macam ni "please"... Ha ha ha, memang taklah nak bagi dia lagi main menda alah ni lagiii...kalau nak juga naik, salah seorang sama ada Mommy ataupun Abah kalau ada kena naik dan turun bersama-sama... Hu hu hu... Umang aiii.... seriau yang amattt, tapi dia gembira dan boleh gelak ketawa lagi... Dush dush dush...
Habis semua ditawaf dan habis semuanya Ash main... Waktu berlalu pun tak sedar...Sampai hujan lebat petir sabung menyabung kat luar pun tak sedar, bila nak balik baru sedar...Muahahaha... Memang "enjoy" betul dia dapat bebas dan lepas sebegitu... Masa kami pergi ni adalah hari bekerja, makanya, memang kosong dan tiada sesiapalah di situ...Ash "conquer" satu zon permainan tu, tak dapatlah dia nak bersosial bersama rakan-rakan sebaya dan yang lebih tua atau muda dari dia pada hari tersebut. Apa yang buatkan Farah merasa yakin untuk biarkan Ash bebas ke sana ke mari di dalam zon permainan di JKids adalah disebabkan ianya adalah "fully padded" dan hampir kesemua alat-alat permainan dan mesin dibalut dengan "foam" ataupun "spongy type of covers"... Kira-kira kalau "heading" ke mana-mana pun, ianya lembut dan tidaklah sampai menjadi lebam... He he he... Apa pun pengawasan tetap perlu dilakukan...
Peraturan di JKids:
- "A parent / guardian MUST accompany the child on the premises at ALL TIMES. Accompanying adults are always FREE"
- "Open to children from 6 months"
- "JKids is NOT responsible for guest's belongings"
- "Socks required for both kids and parents. Available to purchase."
Sedikit maklumat berkenaan degan Kids Party:
- "Decorated party room from RM100 / 2 hours"
- "Party admission with unlimited play time RM 25 / child"
- "Fun-filled add-ons such as food package, catering service, party packs, face painting, party clown and mascot appearance".
![]() |
Sumber dari SINI |
:) good morning
ReplyDeletewah, menarik ni...yurannya boleh tahan juga ya...(kira-kira 31.80 x 4 orang anak..hheheh), kena tunggu besday anak2 ni...barulah ada alsan dgn suami-"bawa anak2 sempena besday" hihihi
ReplyDeleteok ni memang menarik! Mujur jauh ...kalau tak kak long pun nak menyinggah jugak hehe :D
ReplyDeletemenarik ni. seronoknyaaa ash main :D
ReplyDeleteanak2 saya kalau masuk ni memang payah nak keluar...jenuh mak pak menangis ajak balik..hahah
ReplyDeleteanak sorg ok lagi tapi anak 3 pitam mak nak hehehee...
ReplyDeleteWah... Seronok ni.. Bawa anak2 psti tak nak balik..
ReplyDelete