Jangan Ambil Hak Kami Untuk Menggoreng Telur!!! Resipi Telur Goreng Adalah Hak Semua!!!

Farah Waheda Wahid
20

Hari ni, Farah nak mengomel sedikit tentang rasa tidak puas hati yang amat sangat terhadap seorang jutawan yang identiti serta namanya dirahsiakan buat masa dan ketika ini kerana secara tiba-tiba jutawan yang dimaksudkan ini telah melakukan satu tawaran yang tidak masuk akal di mana jutawan ini telah menawarkan wang sejumlah RM 1,000,000 semata-mata untuk membeli hak cipta kepada resipi telur goreng!!! “Uolss” rasa apa???

Telur goreng kan resipi universal??? Semua manusia di muka bumi ini yang pernah memasak, tidak boleh tidak… sekali di dalam seumur hidup pasti akan menggoreng telur!!! Tidak kira sama ada di dalam negara atau di luar negara, di mana-mana sahaja semua orang akan menggoreng telur. Huh… Sakit pula hati kita ni wakkk… Tiba-tiba datang pula jutawan ni nak beli hak cipta resipi telur goreng. Telur goreng jer punnn… Takkanlah sampai nak beli hak cipta segala bagai… Disebabkan resipi telur goreng ini katanya ada bahan rahsia, dengan tidak semena-mena jutawan ini nak peroleh hak cipta kepada resipi telur.

Farah kurang pasti sama ada “uolss” ada mendengar berita atau terlihat berita tentang perkara ini di surat khabar ataupun di media sosial, tetapi inilah yang benar-benar berlaku pada ketika ini. Pada ketika ini, jutawan tersebut telahpun memajukan tawaran beliau dan sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa yang terlibat. Alahaiiii, habislah habislah… kalau resipi telur goreng yang satu ini mempunyai hak cipta, bermakna kita-kita ni semua tidak boleh sesuka hati menggoreng telur yer kawan-kawan…Kalau tidak, silap-silap mahu kita kena saman!!! Agak macam melampau tak??? Hanya disebabkan kerana menggoreng telur kita kena saman???

Bukan hanya Farah yang tidak berpuas hati tentang perkara ini… Ramai pihak yang juga tidak berpuas hati dengan perkara ini… Terutama ibu-ibulah kan? Sebab menggoreng telur tu adalah salah satu menu masakan semasa yang agak kerap dimasak…lebih-lebih lagi bila ada suami dan anak-anak yang sangat gemarkan telur goreng. Haihhh… Ketidakpuasanhati serta protes ini, kami bawa sehingga ke aktiviti berpiket tau tak? Baru-baru ini Farah berserta ibu-ibu yang lain telahpun menghadiri satu piket membantah serta membangkang tindakan pembelian hak cipta telur goreng ini di ibu pejabat salah sebuah syarikat media terkemuka di tanah air. Kami merasakan, tindakan menawarkan pembelian hak cipta resipi telur goreng oleh jutawan ini adalah sangat keterlaluan kerana bagi Farah secara peribadinya sebagai seorang ibu ianya mengekang nikmat memasak yang mudah dan sesungguhnya ia memang tidak harus dibenarkan.




Tak taulah bagaimana keputusan pihak berkuasa tentang penawaran yang dilakukan oleh jutawan ini. Dikatakan bahawasanya keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan pada 15 Mei 2015 di Kompleks Membeli-Belah 1 Utama… Silalah bersedia yer dengan berita yang bakal diumumkan nanti… Sila ambil perhatian yang teliti, sebab manalah tahu jika-jika jutawan itu berjaya memiliki hak cipta resipi telur goreng yang ditawarkan…kita-kita ni semua sesiapa sahaja sudah tidak boleh sesuka hati menggoreng telur ok? Sebab resipi tu adalah hak jutawan tu… 

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. rasa mcm dunia dah terbalik...apa lah sgt resepi telur goreng yg jutawan tu nk sgt hak cipta hahahaha pening

    ReplyDelete
  2. Adoyaiii peliknya laa dia tu..dh xde benda lain ke nak wat..takde lak dgr psl ni.tp kalo btul mmg naya laa

    ReplyDelete
  3. Macam macam telatah manusia..terkadang seolah tidak masuk di akal..kasihan pada keluarga yang sememangnya gemarkan hidangan telur goreng..

    ReplyDelete
  4. apa yg special sangat dgn telur goreng resepi rahsia tu? nak gelak pun ade sebenarnya. goreng telur je pun. hehe

    ReplyDelete
  5. Real ke ni kak? nampak kak farah dan blogger lain jugak dalam gambar tu..jadi pelakon kah? heee..nak tengok nanti :)

    ReplyDelete
  6. Wow! Smartnya blog Farah... Jatuh cintalah! Ok akak nak bloglist lagi kat main blog akak. Sbb smart n isi kandungan blog yg semakin kebabom.

    Peliknya pula rasa nk hak cipta resepi telur... Akak pun nk marah gak ni. Tp nk gelihati pun ada. Macam²lah dunia skrg ni...

    ReplyDelete
  7. hehehehe... ada ke orang nak buat macam tu... macam tak logik saja...

    ReplyDelete
  8. Waahhh macam ini pun ada.... hahaha

    ReplyDelete
  9. pelik n kelakar..
    nanti akan dtg ada yg nk buat hak cipta goreng ikan bilis

    ReplyDelete
  10. hahah, serius bebenar nih..eh apsal dieyana gelak? ;-)) mcm ada drama je ni....suspen je farah ni..tk sbr tunggu 15 mei. sumpah tak tau pun psl jutawan n telur goreng ni! ;-))

    ReplyDelete
  11. uiksss..tersedak bace..adoi..resepi telur goreng je pun..sabo je la..xdgr citer pulak..yg br dengar pg td psl telur tiruan..masyaAllah..macam2.

    ReplyDelete
  12. amboi berlakon! hihihihi....tak agak-agak kalau betul-betul ada :P

    ReplyDelete
  13. Adoii.. Ada ka.. Ke sja nk viral je ni..

    ReplyDelete
  14. Aku nak mohon hak cipta masak nasi lepas ni... Sapa2 masak nasi, kalau xbayar royalti, aku saman! Hoho!

    ReplyDelete
  15. lahaiii pasal telur goreng pun nak gaduh mcm ni skali ke?

    ReplyDelete
  16. Takde pulak kecoh kat media-media sosial. Tak ternampak pun di FB or intsa. Biar betul Farah?

    ReplyDelete
  17. macam ni pon ada..etlur goreng je kot..apa yagn rahsianya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !