Kalau Mommy cuti, dia boleh tau. Kalau Mommy cuti, dialah orang yang bangun awal mengejutkan Mommy. Ha ha ha... "so this is what motherhood looks like..."... Makanya, pada bakal-bakal ibu di luar sana, ini adalah salah satu ilmu dan pemakluman bahawasanya... jadi ibu-ibu ni bukannya boleh tidur sangat yer... Pesanan sahabat Farah sewaktu sebelum Farah jadi Mommy dulu... "Awak... sebelum awak ada anak "enjoy" waktu tidur awak puas-puas sebab nanti bila ada anak, awak takkan dapat merasa tidur yang awak rasa sekarang..."...
Tetapi... "I am enjoying my motherhood much" dan tak ada rungutan langsung tentang itu... Alhamdulillah... kerana sememangnya Ash yang Mommy mahukan dari awal perkahwinan dahulu. Penyeri hidup dan rumahtangga kami. Alhamdulillah, syukran Ya Allah.
Berbalik pada tentang cuti dan anak ni... ha ha ha... Ash dah "set" dalam minda agaknya... Mommy ada rumah "means" Ash boleh naik "car" pergi jalan-jalan. Memang jarang lekat di rumah bila hari cuti dan sebab itu, bila dapat melekat di rumah... "I am enjoying the moments to the max!!!"... Tapi, lama kelamaan Mommy pula jadi buntu tak tahu nak bawa ke mana... Ha ha ha... Ash nak tawaf dan "cover" semua "shopping mall" dalam KL dan Selangor ke??? Muahahaha...
Inilah namanya melayan kehendak putera hati kesayangan... tapiii... sebenarnya tak adalah layan sangattt pun... Bosanlah Ash asyik melawat "shopping mall" jer... Kita cari tempat lain lah pula ek? Tapi ke mana??? Ha ha ha, selain "shopping mall" kita boleh cover tasik ke? Taman ke? Taman tema air ke? Restoran ke? Resort ke? Chalet ke? Hik hik hik... Tak pun kita duduk rumah diam-diam nak? Banyakkkk boleh jimat sayang...
Bila hari cuti kalau dalam pukul 10.00 pagi jer tak bergerak dari rumah, dia akan mula meragam, akan mula ambil "shoes" suruh Mommy pakaikan dan tarik tangan Mommy ke pintu. Kalau Mommy duduk statik tak bangun-bangun, mulut dengan muncung-muncung dia sekali menyebut "no no no no no"... Kadang-kadang Mommy buat-buat pengsan... Ha ha ha... Saja menyakat anak... oh Iman Ash...
Bila nampak Mommy sarungkan "shawl"... amboiii bukan main gembira lagi hati dia... Dush dush dush... Ada lagi 3 hari ni... Nak pergi mana ek? Wakakakaka... Untuk esok sukalah dia... sebab dah ada perancangan... Ahad Isnin kita duduk rumah boleh???
Salam,
ReplyDeleteBetul Farah, cuti panjang tak ke mana-mana boleh jimat duit.. tapi bila bosan duk rumah teringin jugak berjalan2 paling kurang window shopping or makan-makan.. kannn... hehehe
Empat hari tak pnjang... Hehe...
ReplyDelete