DEANOOR adalah satu jenama yang dihasilkan daripada singkatan nama pemiliknya Datin Noor Fatimah Ishak. Bermula semenjak tahun 1986, DEANOOR adalah merupakan sebuah entiti perniagaan di dalam industri fesyen yang mempunyai kepakaran di dalam reka bentuk, pembuatan serta pengeluaran pelbagai jenis fabrik eksklusif buatan tangan bagi golongan eksklusif dan elit.
Sedikit informasi yang ingin Farah kongsikan bersama anda tentang DEANOOR:
Sekitar tahun 2009, DEANOOR TM telah menyertai pelbagai pameran serta ekspo di luar negara bagi mempromosikan batik kontemporari eksklusif di bawah MATRADE sehingga tahun 2011. Maklum balas yang diterima dari umum adalah sangat-sangat baik ke atas "MASTERPIECES HANDPAINTED CONTEM BATIK MADE IN MALAYSIA". Sebagai penghargaan kepada sumbangan dan juga "passion" Datin Noor Fatimah Ishak terhadap perkembangan fesyen, DEANOOR telah dianugerahkan "The Great Women of our Times Award 2009" di bawah kategori rekacipta dan stail oleh majalah Malaysian Women's Weekly.
DEANOOR juga telah menempa kejayaan di Milan Fashion Week 2008 setelah mempamerkan hasil rekaan DEANOOR kepada "top brand designers" seperti Luciano Soprani, Giorgio Armani, Moschino dan Marella Burani. DEANOOR juga pernah turut serta di pameran-pameran bersempena dengan International Fashion Week seperti:
- Mercedes Benz Berlin Fashion Week 2010
- Fashion Expo Abu Dhabi 2009/2010
- Malaysia Showcase Dubai UAE 2009/2010
- Dubai Fashion Fiesta 2008/2009
- Bangkok Islamic Fashion 2010
- Jakarta Malaysia Charity Event 2011/2012
- Indonesia Batik Summit 2012
- In Trade Malaysia 2014
- Malaysia Fashion Weekend 2014
Pencapaian demi pencapaian oleh DEANOOR telah mendorong DEANOOR untuk melebarkan lagi sayap di dalam industri fesyen tanah air yang mana baru-baru ini, DEANOOR telah mula untuk lebih serius di dalam pasaran Malaysia. Sebagai permulaannya, DEANOOR telahpun membuka cawangan pertamanya di MetroJaya, MidValley dan Farah sendiri telah berpeluang untuk menghadiri " DEANOOR Soft Launch & Preview, MidValley MetroJaya" baru-baru ini di atas jemputan DEANOOR sendiri.
Sewaktu pertama kali, mata melihat hasil-hasil rekaan DEANOOR dan hasil-hasil kerja tangan DEANOOR, sememangnya Farah tidak berkelip mata kerana terpukau dengan keindahan serta kehalusan seni tangan oleh DEANOOR. Disebabkan tidak berkelip mata dan terpukau, sukalah kiranya Farah berkongsi dengan anda semua koleksi-koleksi DEANOOR yang terdapat di MidValley, MetroJaya.
Di antara koleksi-koleksi selendang batik kontemporari dengan rekaan corak moden dan warna-warna terang yang menambahkan seri si pemakai sudah tentunya... Iniii...kalau dapat semua, memang tak akan ada yang sama punya selendang yang Farah pakai dalam seminggu...Ekekekeke....
Pelbagai pilihan kain batik kontemporari pasang yang orang kata, kalau nak memilih tu memang jadi rambang matalah... Kalau disuruh pilih, sekali lagi rasa macam nak semua jer kalau boleh...
Koleksi "blouse" dan juga "kaftan blouse" DEANOOR
Ini yang paling Farah sukaaaa!!!! Koleksi aksesori DEANOOR... Ha ha ha, semua pun suka ok??? Memang rambang mata jadinya... Aksesori yang "custom" dan tidak akan serupa di antara satu sama lain...
DEANOOR tidak terhad hanya koleksi wanita sahaja, tetapi turut menyediakan serta menawarkan rekaan-rekaan kemeja batik khusus untuk golongan lelaki...
Jahitan dari DEANOOR sememangnya halus dan teliti...
Dan di antara koleksi lain yang diperagakan adalah...
Cantik, teliti, kemas, "rare", "urban", "fashionista", rapi, material yang ringan, elegan, sofistikated hanya dari DEANOOR. Semua material yang sangat-sangat selesa dan lembut dipakai. Kalau pakai lama punnn, tetap akan rasa selesa. Kualiti memang umphhh dan ohsem!!!
Kami yang menghadiri DEANOOR Soft Launch & Preview, MidValley MetroJaya
![]() |
Datin DEANOOR dan Datin Djalina |
DEANOOR juga bakal membuka cawangan di Johor Bahru tidak lama lagi. Mencari batik yang eksklusif dan berkualiti??? Jangan lupa melawat ke DEANOOR, MidValley MetroJaya.
Untuk Sebarang Pertanyaan Ataupun Maklumat Lanjut:
DEANOOR Milano Sdn Bhd
Datin Deanoor
Conceptual Exclusive Fashion Director
+603 | 4101 9856
timishak@deanoor.com.my
sabahbatik1957@gmail.com
bydeanoor@gmail.com
Cantik corak dan design tu
ReplyDeletecantik2 gak baju2 nyer tu
ReplyDeletecantiknya
ReplyDeleteFuhh cantik dan comel semuanya ..mesti mahal kan hehe
ReplyDeletewah mmg cantik2 la design diorg ni
ReplyDeletekaler pun menarik
mesti mahai..hihi