"Cosmetics Hunting & Girls' Day Out"...

Farah Waheda Wahid
12

Seru nak cerita kisah-kisah kejadian atau acara minggu lepas masih lagi dalam fasa "warm-up", makanya... selepas bercerita tentang Iman Ash di dalam 2 entri sebelum ini, marilah kita panaskan enjin secara perlahan-lahan sebagai pembuka cerita hujung minggu lepas. Apa yang Farah buat, ke mana Farah, apa yang menarik untuk dikongsi dan apa yang mungkin anda berminat. Mungkin.... Tidak semestinya berminat yer tak??? Ha ha ha... 

Nampak beg kertas Sephora tiga ketul kat atas yang comel-comel itu??? Haaa...ini semua Ayue Jean punya kerja... Aktiviti pemburuan kosmetik dia di Sephora yang akhirnya telah menjebakkan 2 orang lagi kakaknya. Ha ha ha... Alaaa...mengaku jerlah, kami memang pen-cinta kosmetik...Kalau AJ tak pengaruh punnn memang terpengaruh sendiri... Errr...tapi boleh jer kannn sebenarnya nak tahan-tahan hati tu...Buat-buat pejam mata... Tetapi bila berada di dalam suasana atau di dalam kedai itu... ianya adalah sesuatu yang tak boleh nak tahan atau "can't resists" sebenarnya... Alahaiii, bulan baru nak sampai dik oiii.... Harimau di bank tu belum lagi mengaum... Yang sepatutnya mengaum tak mengaum-ngaum lagi... #ehhh... Ha ha ha.... 

Nampak jer macam besar beg kertas di atas tu...tapi sebenarnya...comel jer... Dan isinya pun comel jer... Iyalah alat solek mana ada yang bagak-bagak sangat yer tak??? Ada memang ada, tapi setakat beli seketul dua ketul tu apalah sangat yang nak dibesarkan beg kertas tu. Itupun beg kertas tu tak sepadan pun dengan isi.... He he he...Isinya adalah secoet dua coet jer... Agak-agak apa hasil rembatan tu??? 


Ini ke? Taklah, ini cuba-cuba jer...haruslah cuba-cuba dahulu... Harganya??? RM 22.00 sahaja pada waktu dan ketika itu... Warna menarik, ini kalau pakai memang nala merah menyala ni kat bibir... Hik hik hik, tapi yang ini tidak sesuai sangat...Mencari yang "sweet" "sweet"... hari tersebut tak terpikat pula pada warna ni...#ehhh sebenarnya minat tapi AJ kata tak menarik sangat atau tak sesuai sangat...Sebelum beli kena minta pandangan kawan-kawan dulu kann??? Sebab tu, kalau nak "shopping" kosmetik ni, Farah lebih suka pergi dengan kawan-kawan perempuan berbanding pergi sendiri, kadang-kadang kalau pergi sendiri tu, bukan tak boleh buat pilihan yang tepat... Tapi bila ramai-ramai itu lebih meriah dan lebih "happening"... Heeee.... Lepas tu, dari satu jam boleh jadi berjam-jam di dalam tu... Kalau ikut hati satu kedai nak bawa balik...Ha ha ha... Habislah... boleh koyak rabak poket kannn??? 


Ini sebenarnya hasil buruan di hari tersebut... 2 ajer barang Farah, lagi 2 tu barang AJ... Oh ya, lagi seorang lagi tu kannn...namanya Kak Riz atau lebih dikenali sebagai Suria Amanda...kak long "I is"... Sebab dia dok genggam jer barang dia, makanya tak sempat lak nak "capture" gambar dia...Muahahaha... Rahsia lettew dia beli apa tu... Rasa dia beli gincu gak tu... 


Ohoooo... "I is" tak adalah minum macam naga ok??? Ada 2 Caramel Frapp... Tetapi Caramel Frapp lagi satu kepunyaan Kak Riz... Satu lagi "I is" punya... Terima kasih AJ jadi tukang beli yer...Ha ha ha... Upah kakak-kakak dah teman "cosmetics hunting" kann??? Apa salahnya... Sesekali tolong hidang untuk kakak-kakak pula... Dah bertawaf satu Sephora... dahaga pula terasa diri, makanya singgah minum dulu ler....


#wefie itu wajib... Dah lama juga kami tak bertemu sebenarnya...masing-masing sibuk... Yang AJ sibuk dengan "closing" selalunya...yang kakak-kakak sibuk melayan kerenah "boss" masing-masing yang macam-macam... Masa sangat terhad... Ash mana??? Ash tinggallah sekali-sekali... tapi dia punya sedih dan dia punya meraung...Ya ampunnn... Alahaiii anak... Sesekali bagi Mommy berkepak 2-3 jam seketika... "It's Mommy "me" time"...ok??? Ha ha ha... 

*Lepas tu balik dia seakan serik ditinggalkan... naik tangga nak ke bilik atas nak salin pakaian pun dia teriak... Ha ha ha... Lepas tu memang tak lepas dah Mommy... Dan Mommy dia sebenarnya masih terbayang-bayang juga wajah kesedihan dia tu...Hik hik hik...Kesian Ash kena tinggal... Kejap jer punnn!!! 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bila girls day out..memang happening kan..bukan selalu..

    ReplyDelete
  2. uhuk... lama x shopping mekap da.. ni yg teringin nak shopping gak ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. Ahaaaa, girls day out.. mmg happening kalau reramai, tapi tak leh reramai sgt, nnti crowded.. hehe.. bawak 10 orang sekali jalan mmg macam nak g rombongan lak kan.. NYX... :D

    ReplyDelete
  4. Ouch ! Sukanya tengok sekali sekala sahabat2 hang out... i is takde sahabat untuk jimba2... jelessssss

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak ada girls day out...
    member lama pon semua dah jadi mak-mak n dluar kawasan...
    kalau sesekali dapat peluang mesti xmo balik...huhuhu
    Jalan - jalan blogwalking!


    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. waaa...bestnye shopping sephora!!!

    ReplyDelete
  7. Sekali sekala dpt ME time cenggini syok kan ^^

    ReplyDelete
  8. manja Ash ni..memang anak mommy tla....untung la mommy..kompem Ash nak kawen nanti nak ikut pilihan mommy je..hahahaha

    ReplyDelete
  9. mesti best pakai lipstik Butter NYX tu kan..

    ReplyDelete
  10. Waa bestnyer jumpa gang satu kepala kan Farah..hehe alang2 dah terjah kena laa bli sketul dua tak gtuu farah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !