![]() |
Sumber dari Google |
Dari sumber di SINI, cemburu itu adalah semulajadi. Melihatkan perkara ini, cemburu adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku. Anda tidak boleh beranggapan bahawa anak anda yang lebih tua gembira dengan kehadiran adik baru mereka seperti gembiranya ibu bapa mereka. Jarak umur di antara anak 2 hingga 4 tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau 5 tahun ke atas mempunyai risiko lebih rendah. (Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2012)
Tetapi, cemburu bukanlah perasaan yang utama wujud pada anak anda. Anak anda akan mula menyayangj adik barunya dan melihat mereka sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian. Tetapi sebelum mereka mula untuk menyayangi adik baru mereka, anak-anak ini mungkin akan menunjukkan perangai yang kadangkala memeningkan kepala kita sebagai ibu bapa. Yang penting adalah kita sebagai ibu bapa perlu bersedia.
Ada ketikanya anak-anak cemburu dengan kehadiran orang baru, lalu mereka melakukan salah satu tindakan berikut:
1. Anak yang lain mula menarik perhatian kita dan ada ketikanya kita merasakan beban kerja semakin bertambah. Anak yang besar minga disuapkan makanan, dipakaikan baju, dia bertanya dengan pelbagai pertanyaan, meragam dan sebagainya. Anak yang berusia 6 tahun pun ada berkelakuan seperti anak berusia 2 tahun semata-mata bagi mendapatkan perhatian ibunya. Apa yang penting di sini ialah, kita sentiasa perlu tenang dan bersabar.
2. Anak yang lebih besar bermain terlalu kasar dengan adik kecilnya. Dia hanya mahu melakukan eksperimen, sejauh mana tindakannya dapat membuatkan adiknya menangis. Ibu bapa perlulah bercakap secara baik-baik dengan anak, itu bukan caranya dan ia menyakitkan si kecil.
3. Fahami rasa cemburunya dan jangan cepat melenting. Ini membuatkan anak-anak lebih meragam lagi.
4. Sebelum kelahiran anak yang baru, bawalah anak-anak bermain dengan anak kecil ataupun bayi orang lain dan katakan padanya, satu hari mereka akan dapat adik kecil juga. Dengan cara ini, anak menjadi lebih bersedia bagi menyambut orang baru.
5. Libatkan anak dalam persediaan menyambut bayi seperti membeli baju, lampin, buai, botol susu dan sebagainya.
6. Berikan anak-anak memegang perut apabila bayi bergerak-gerak. Ini menyeronokkan hatinya dan membuatkan dia tidak sabar menantikan kelahiran adiknya.
7. Ajak anak-anak bersama-sama berbincang mengenai nama adiknya itu nanti. Minta juga pandangannya dalam memilih fesyen dan warna baju bagi bayi itu nanti.
8. Adakan masa secara peribadi dengan anak-anak yang lain tanpa gangguan dari bayi. Terutama apabila adik kecilnya ini sudah tidur maka gunakan peluang itu bagi memberikan perhatian pada anak yang besar pula. Manjakan dia, belai dan ciumnya, bermain dengannha dan sebagainya. Dia pasti menghargainya.
9. Minta anak-anak menolong kita seperti meminta ambilkan air semasa kita sedang menguruskan adiknya yang masih kecil. Dia pasti merasa diperlukan dan dihargai. Sebenarnya anak-anak kita akan berasa bangga jika dapat menolong kita.
Sebenarnya, ini adalah masalah normal kepada anak-anak yang baru sahaja menjadi abang atau kakak. Yang penting adalah jangan sesekali memarahi mereka kerana tindakan ini akan lebih memburukkan keadaan. Cuba tunjukkan bahawa kasih sayang anda tidak pernah hilang kepadanya. Kecemburuan ink perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sentiasa dekatkan dia dengan adik barunya. In Shaa Allah, anak-anak kita akan cepat menerima kehadiran adik barunya dan mula menyayanginya.
Yang telah berpengalaman mungkin lebih tahu kan??? Farah sekadar berkongsi sedikit panduan dari hasil pembacaan... Moga-moga bermanfaat yer?
*Hik hik hik... Cemburu anak Mommy ni rupanya...
Kelaka la Ash ni...tp comel sgt reaksi Ash ni ^^
ReplyDeleteMmg normal pun... Dh besar pun cmburu...
ReplyDeleteHaha..Kelakar la Ash ni.. Dah pandai rasa tergugat...kiki
ReplyDelete