"Can we go???"... Masuk kali ini sudah kali kedua telinga Farah mendengar pertuturan Ash yang satu ini... Kali pertama seakan-akan tidak percaya dan terfikir-fikir, betul ke tak betul ke apa yang Farah dengar??? Ke ini cuma halusinasi, ataupun khayalan ataupun Farah ini salah pendengaran. Percaya tak percaya, sendiri terngiang-ngiang dan sendiri terfikir-fikir. Dari hari kejadian, sampailah ke semalam. Hu hu hu... Dan perkataan ini terluncur dari mulut comel Ash apabila dia melihat kapal terbang melintas di atas udara. Dia kenal itu "aeroplane"... sebab selang semalam setiap malam kami akan belajar secara santai melalui "flash cards" mengenai pengangkutan dan beberapa perkara lain.
Kali kedua adalah sewaktu hampir Maghrib semalam. Ketika itu ada kapal terbang melintas lagi... iyalah rumah kami kan berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang... itu yang kapal terbang selalu kelihatan di udara tu di kawasan perumahan kami tu. Sekali lagi untuk kali yang keduanya Ash menyebut secara sepintas lalu perkataan yang sama... "can we go???"... Kali ini bukan Farah seorang sahaja yang mendengar, tetapi Nek Ma Ash turut sama mendengar. Berkali-kali Farah tanyakan pada Nek Ma Ash, betul ke tak betul ke apa yang Farah dengar... dan sama ada betul ke tak betul ke Nek Ma Ash dengar perkataan yang sama??? Muahahaha, sampai naik malas Nek Ma Ash nak melayan Farah.
Cumanya, Farah jawab pada Ash... "In Shaa Allah... one fine day we will go on the plane yeah???" .... Ha ha ha, selepas itu seakan-akan faham dia angguk-anggukkan sedikit kepala. Tak taulah "if that means ok or yes" ataupun secara kebetulan ianya adalah refleks spontan perilaku Ash sahaja. Alahaiii, aduyaiii, Ash nak merasa naik kapal terbang ke? Ash nak pergi ke mana sayang oii??? Tau tak sejak insiden MH 370 dan MH 17, Mommy agak rasa "insecure" nak "travel by plane"??? Jangan macam-macam boleh tak Ash??? Ha ha ha, macam-macam apa, tak salah Ash pun... sifat ingin tahu, ingin merasa dan bereksplorasi bagi dia yang baru mula mengenal dunia secara berperingkat.
In Shaa Allah... "we can go" yer sayang? Tak jauh dekat-dekat pun ok... Nanti Mommy cuba tengok-tengokkan dan rancang bagaimana... Tapi bukanlah di dalam waktu terdekat yer... In Shaa Allah... Mommy tak berani nak janji, waktu terdekat ke, terjauh ke, esok ke, tulat ke... Ada rezeki nanti, In Shaa Allah Mommy bawa Ash naik kapal terbang. Memanglah tambang ada yang murah... tetapi kalau pergi saja-saja sebab nak naik jer pun macam tak kena jer... Bolehlah, siapa-siapa yang rasa nak buat macam tu kan? "For the sake" nak merasa naik kapal terbang punya pasal... Muahahaha... Pergi dan balik pada hari yang sama dalam kawasan di dalam Malaysia dan bila "touch down, spend time" pusing-pusing di kawasan lapangan terbang sementara menunggu "return flight"... Bha ha ha, tak pernah lihat dan tak pernah dengar cerita orang buat macam ni lagi... Tapiii, kalau selepas ini ada yang buat pula, tak tahulah kan? ^_*... tak salah pun kalau nak buat macam tu... ikut masing-masing...
Kalau Farah lah, dah alang-alang tu baik lengkapkan dengan pakej bercuti sekali... Ihikss... barulah syok!!! Amboiii cita-cita... tinggi jer kan??? Tak apa, perancangan bermula dari imaginasi... Mula-mula fikir dulu, kemudian cuba untuk laksanakan... dengan izin Allah SWT mungkin ada rezekinya kan??? In Shaa Allah...
wahh ash dah pandai speaking. Hehehe :D
ReplyDeletesel sel otak sedang berhubung tuu kak faraa. hihi
ReplyDeletesinggah pagi :)
ReplyDeleteOhhhh Ash teringin naik kapal terbang ek....comelnya Ash cakap gitu... Tunggu mommy booking dulu ye Ash....Betul tu Farah takkan naik je kot...cuti cutilah barang seminggu barulah bestkan hihi
ReplyDeletemesti comel Ash berkata² tu..
ReplyDeletehahahaha... can we go?
ReplyDeleteHehe... Sesekali mmg akn keluar perkataan dan ayat spontan cmtu..
ReplyDelete