Bagi Ibu-Ibu Yang Kurang Tidur Kerana Menjaga Anak...

Farah Waheda Wahid
9
Sumber dari Google
"Throwback" waktu-waktu Ash baru lahir dan fasa-fasa jadi burung pungguk di malam hari, kadang-kadang boleh buatkan Farah tersenyum sendiri. Rasa indahhhh jer pengalaman tu walaupun tidur malam sudah tidak seperti selalunya. Farah percaya bukan Farah sahaja yang melalui fasa-fasa di mana baru melahirkan anak kemudiannya anak berjaga malam yang membuatkan kita pun terikut berjaga malam... Akibatnya kurang tidur.... Biasalah tu kan? Bila beranak kecil ni, perkara-perkara sebegini kita akan lalui dan tempuhi... Kebanyakkan ibu bapa akan mengalami fasa-fasa seperti yang pernah Farah lalui ini... Kebanyakkan... Tetapi tidak dinafikan juga, ada sesetengah bayi elok sahaja tidurnya di waktu malam... Seperti "ex-colleague" Farah dahulu, menurut pengalamannya, sewaktu anak pertama lahir... 5 bulan yang pertama sememangnya mereka suami isteri tak tidur malam sebab anak mereka berjaga malam... Ha ha ha, dunia yang dulunya bila cukup masa boleh tidur dengan lena...kini telah berubah setelah kehadiran permata hati.... Ada ibu bapa kesiangan, ada ibu bapa terlewat masuk ke pejabat, ada ibu bapa cuti sakit, ada ibu bapa cuti kecemasan... Semuanya disebabkan penangan kurang tidur kerana menjaga anak di waktu malam... 

Alhamdulillah-lah sewaktu Ash berada di fasa-fasa tak tidur malam dan ajak bermain di waktu malam tu, tidak pernah cuti sakit, tidak pernah lewat dan tidak pernah cuti kecemasan semata-mata disebabkan oleh kurang tidur. Gigih lagi bekerja seperti biasa...ekekekeke.... Bukan nak kata diri ini hebat yer??? Tetapi hebat tak hebat tetap perlu bertahan, itulah dunia serta cabaran dan kemanisan dunia sebagai ibu bapa. Satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. 

Pengalaman Farah itu terpahat di dalam isi perut Bubblynotes.Com di dalam entri-entri... 


Kasih seorang ibu itu tiada sempadannya. Lihat sahaja pada mata kebanyakkan ibu yang rela menahan rasa mengantuk saat anak tersayang tidak sihat ataupun meragam. Masalah bengkak mata atau lebam akibat berjaga malam adalah perkara biasa di kalangan para ibu terutama yang baru jer jadi seorang ibu. Sebenarnya tak perlu risau pun tentang hal ini sebab pencegahan awal boleh dilakukan sebenarnya supaya masalah ini tidak menjadi semakin teruk dan mengganggu penampilan anda. Hik hik hik...Haruslah titik beratkan penampilan ok? Bukannya "expect" setiap ibu mesti jadi "diva" tapi "presentable" lah "presentable"... Sebab diva tu bukan boleh jadi diva macam tu jer... "It rely on the vibe of an individual" juga... Semua orang boleh cantik, tapi tidak semua orang boleh jadi diva... #ehhh...kenapa ke cerita diva pula ni...ekekekeke.... (selingan...)...

Apakah cara pencegahan untuk masalah bengkak mata ataupun mata lebam akibat kurang tidur yang boleh dilakukan itu??? Menurut satu artikel yang Farah baca dari SINI

Eye Mask Gel
Gunakan eye mask gel ketika tidur terutama apabila anda tahu tidur malam akan terganggu dengan tangisan si kecil. Gel yang terdapat di dalamnya boleh membantu membuatkan mata lebih relaks sehingga boleh meminimakan kehadiran eye bag.

Concealer 
Muahahaha...bila tiba bahagian ni Farah paling suka, sebab ini adalah yang Farah gunakan...iaitu concealer... cara paling cepat dan pantas untuk menutupi mata Panda itu... Mata adalah bahagian paling jelas sekali apabila anda kurang tidur sehingga boleh mewujudkan kehadiran eye bag. Concealer boleh membantu anda menutup bahagian tersebut. Sangattt kot!!! Pakai concealer yang tonanya lebih terang daripada bedak asas yang anda gunakan. Hew hew hew...Memang efektif!

Pelembap 
Kurang tidur bererti badan anda kekurangan kelembapan. Wajah adalah kawasan yang paling menyerlah sekali. Oleh itu, jangan abaikan rutin menggunakan pelembap malam terutama jika anda memang seorang yang tidur kurang daripada 8 jam. Pastikan keesokkan hari anda segera menyapu pelembap di seluruh wajah untuk memastikan ia tidak kering dan kusam. "Say no no no no no to" wajah kusam ok??? 

Maskara
Pemakaian maskara adalah taktik yang pasti dapat menyembuntyikan masalah mata yang letih. Betul sangat-sangat betul. Ini pun salah satu trik yang Farah kerap gunakan. Pilih maskara dengan bentuk melengkung supaya bulu mata kelihatan lebih lentik dan terbuka. 

Basuh Rambut
Farah perangainya setiap hari mesti basahkan rambut dan selang sehari atau 2 hari pasti mencuci rambut dengan syampu. Ketika mencuci rambut, jangan lupa lakukan urutan lembut pada kulit kepala. Ia membantu merangsang peredaran darah di kepala. Peredaran darah yang lancar membuatkan kepala terasa lebih ringan dan segar. Dan sememangnya Farah setuju dengan fakta ini.

Bagi ibu-ibu yang kurang tidur kerana menjaga anak, cubalah salah satu dari informasi di atas... Manalah tahu kalau-kalau berkesan pada diri anda??? 

*Bakal-bakal ibu, ibu-ibu baru sila "take note" yer... Ngeee.... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Part tu yg paling best bila anak dah besar..
    teringat macam mana kita bersengkang mata..
    Tu belum lagi bila sakit..
    Hehehe..

    ReplyDelete
  2. cabaran menjadi ibu... letihhh..tp berbaloiiii ..

    ReplyDelete
  3. berkorban..apa saja...(nyanyi sket) ^_^*

    ReplyDelete
  4. Dulu masa anak kecik sll jugak camni. Skrg sume dah besar x de dah.

    ReplyDelete
  5. wah..sangat seronok jadi ibu berstyle

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !