Ash Suka Berkawan...

Farah Waheda Wahid
5

Kemain kan??? Dengan "sunglass" segala bagai??? Itu Nek Ma dia lah yang rajin melayan belikan tu... Lepas tu letak atas kepala macam tu...Bila jatuh, Mommy tukang betulkan. Sampai kelihatan sempurna seperti gambar di atas tu. Tetapi bukannya nak cerita tentang "sunglass" dan Ash. Ini nak bercerita tentang cakap-cakap yang sering kedengaran yang mengatakan bahawasanya, jika kanak-kanak yang tidak tinggal di nurseri mereka mudah berkawan dan tidak takut orang. Manakala, kanak-kanak yang tinggal di rumah atas jagaan orang gaji, nenek, ataupun tinggal di rumah pengasuh, susah hendak berkawan ataupun bergaul. 

Atas pemerhatian semasa dan pengalaman sendiri, boleh tak kiranya jika Farah katakan bahawasanya cakap-cakap itu sebenarnya tidak benar sama sekali. Kenapa? Sebab Ash tidak begitu. Walaupun Ash diasuh dan dijaga oleh Nek Ma dia, Alhamdulillah, Apa yang Farah nampak, Ash tidak mempunyai sebarang masalah untuk bercampur gaul dengan orang lain, mahupun berkawan. Pemerhatian Farah ini adalah daripada beberapa situasi dan juga acara-acara yang Farah selalu bawa Ash. Ash mudah mesra dan seronok bila ada kawan-kawan. ^_^... 

Makanya, bolehlah kita simpulkan sebenarnya bukan di mana anak-anak kita itu diletakkan sebenarnya menjadi punca 100% anak tidak pandai berkawan ataupun bergaul. Iya, mungkin ia memang memainkan peranan. Itu Farah tidak nafikan tetapi apa yang Farah cuba sampaikan di sini adalah, TIDAK SEMESTINYA...Itu sahaja... Tidak lebih dan tidak kurang... Kadang-kala bergantung kepada kanak-kanak itu juga... 

Ihiksss, tengok jugalah Mommy dia macam mana kan??? Muahahaha, Mommy Ash ni kan mesra alam? Sesiapa yang pernah jumpa Farah tu taulah, yang tak pernah jumpa tu... Jomlah kita jumpa...Nak tak??? *_^...

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. maybe tu cuma teori orang.. bukannya fakta. heheh.. sbb kalau dah namanya budak2, mesti akan berkawan punya..

    ReplyDelete
  2. ada betul, ada masa tak betul, bergantung kpd asuhan dan tgkla mummynya camane yek, hi hi

    ReplyDelete
  3. ok la tu jnis seng bgaul..yg risau kalau ank pndiam yg sgt pemalu nk bgaul..huhu kann

    ReplyDelete
  4. Bgus... Tmbh lelaki kna pndai bergaul dan bawa diiri..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !