UW-BC 9688... Ash Baru Dapat Lesen L...

Farah Waheda Wahid
9

Di dalam perancangan memang ada niat dan tujuan nak membelikan Ash kereta seumpama ini... Kalau tak silap Farah, memang Farah ada kongsikan hasrat ini di dalam salah satu entri Farah dulu... Jap... entri apa yer? Oh ya... "Powered Riding Toys For Kids...". Dan kereta yang di dalam gambar ini sebenarnya Farah dah buat pesanan pada Didi di Didi Kids World... kereta dah sampai lama dah dan disimpan di kedai Didi dahulu sehingga Farah datang ambil bila-bila masa yang bersesuaian... Ihikss... bersesuaian poket dan bersesuaian masa-lah kan??? ^_*...

Akan tetapi, rezeki Ash agaknya... Atuk saudara Ash dengan bermurah hatinya dan berbesar hatinya nak taja sepenuhnya kereta Ash ini... Beria-ia dan bersungguh-sungguh dia beri duit untuk ambil kereta Ash ini. Pada mulanya dia memang nak belikan. Tetapi bila Farah beralasan mengatakan bahawa Farah dah pun tempah... terus dia tanya berapa harganya dan keluarkan duit dari poket dia... Alhamdulillah, rezeki Ash...Farah dah tolak dah pun beberapa kali, tetapi "he insisted"... Hurmm... Bukan apa, segan oiii... Perkara-perkara macam ni, memang "I is" segan ok??? Kerana diri ini merasakan, susah macam mana pun, "I is" masih mampu untuk berusaha demi Ash... Hu hu hu...

Dah mungkin tertulis ini adalah rezeki Ash... Farah terima juga akhirnya dengan seadanya... Hurmm....


Kereta ini adalah menggunakan kuasa bateri yang perlu dicaj... Untuk kali pertama penggunaannya, ianya perlu dicaj selama 12 jam... tetapi Ash beruntung sebab Aunty Didi dia dah cajkan dulu siap-siap... Bila tiba di rumah, Mommy sambung caj sahaja... ^_^... Selain kuasa bateri, ia juga dilengkapi dengan "remote control" untuk sama ada Mommy, Nek Ma ataupun Atuk kawal pergerakan kereta tersebut. Yang tak menahan siap ada lampu sekali tu... Ha ha ha...

Sewaktu mula-mula menerima kereta ini apa reaksi Ash??? Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia... "car"... Dan sewaktu didudukkan di dalam kereta tersebut buat kali yang pertamanya... dia menangis sebab ketakutan... Ha ha ha... Takut dengan bunyi kereta tu bila bergerak agaknya... Tapi, kereta ni ada muzik juga jika ditekan pada satu punat di "steering"... lagi satu punat lagi... bunyi hon... Ligat menangis oiii... tersedu-sedu dia... meleleh-leleh air mata... Laaa, takutlah pulak... Ekekeke... Naik "car" 50 sen, RM 1.20 tak pula takut... Pelik ni...

Perlahan-lahan kita cuba biasakan dia yer? Hik hik hik... Pujuk perlahan-lahan dan selepas itu dalam fasa takut-takut berani... Ekekeke... Takut tapi mau... Macam tu lah kaedahnya... No plat kereta UW-BC 9688.... Ahakss, kalau siapa-siapa nampak no plat ini di atas jalan raya sila laporkan kepada Mommy... wakakakaka... Takut tapi berani, lepas tu bila didudukkan kemain pula gaya dia seperti gambar di atas... Wayang Tinggi Production tauuu anak Mommy yang seorang ini... Ha ha ha...  Sebab tu buat masa sekarang ini, Ash masih lagi di dalam kategori lesen L... nak menuju ke arah lesen P...

Mula-mula macam tu lah dia, sama jer... bukan kereta ni sahaja... dulu-dulu pun bila ada sesuatu yang baru mula-mula takut, dah tu lama-lama... Amboiii dialah orang... Muahahaha... Sebab tu boleh jangka "pattern" Ash... Ibarat macam dia memerlukan masa sebelum benar-benar bersedia... Takut nanti, bila dah betul-betul berani, langsung tak mau turun... Jenuhla nanti kena memujuk dia suruh turun dari kereta tu, macam kesnya kalau dapat berendam... Hu hu hu...

Err, Ash... ini dah dapat kereta ni... nanti tak payah minta naik "musical car" 50 sen ataupun RM1.20 ek??? Sama jer ni... ^_*

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat kesekian kalinya kepada penaja Ash... hu hu hu

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. amboi Ash! makin rancak la dia bermain...jgn panjang kaki sampai KL pulak drive dah laa...hihihi

    ReplyDelete
  2. Ewaaaahhh!! Lepas ini mommy jgn haraplah nak control-control. Ash akan putar steering ni macam FI. Siap betulkan side mirror lagi itu yg tak menahan. Macam betul aje:)

    ReplyDelete
  3. Wah...Habis la 1 rumah Ash jelajah lepas nih...huhu

    ReplyDelete
  4. wahhh.. best ash.. awal ada lesen.. Hehehe..

    ReplyDelete
  5. Wahh Ashh..laju bawak kete tu..seronok dia dah dapat drive sendiri...orang lain takleh tumpang muat Ash je..comel je dia :)

    ReplyDelete
  6. Ash, aunty nak pinjam bule tak? hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Rezeki ank sntiasa ada..

    ReplyDelete
  8. jgn lupa ek...nti race dgn abg Aqil...hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !