![]() |
Sumber dari Google |
Mommy Ash ni memang suka fikir yang macam-macam dan jauh-jauh... Lepas tu suka membayangkan yang macam-macam juga... Dan bila lihat gambar ini di enjin carian Google... Macam...alahaiiii sejuknya mata memandang, terus terbayang-bayangkan Ash solat...Ihikss...Sekarang ini pun dia dah pandai mengikut sujud dah... Alhamdulillah, ada minatnya di situ... Dahulu pun pernah berkongsi tentang reaksi Ash bila mendengar azan di dalam entri Muazzin Peribadi Mommy...
Begitulah reaksinya bila melihat dan mendengar azan berkumandang di kaca televisyen. Solat itu tiang agama dan tiang inilah yang perlu dididik dan dijaga daripada asasnya, daripada rebungnya... supaya ianya menjadi sebati di dalam diri Ash dan juga anak-anak kecil Muslim yang lain. Farah pernah berkongsi di dalam entri terdahulu tentang Kaedah Melatih Anak Kecil Mula Bersolat...
Umur 7 tahun adalah umur Mumaiyyiz. Umur di mana anak-anak kita mengenal perkara baik dan juga perkara yang buruk. Umur itu jugalah adalah umur untuk bermula solat.
Hadis Abu Dawud berkata,
Perintahlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)
Makanya, pendedahan bolehlah dilakukan seawal mungkin secara perlahan-lahan di "early years" mereka... Ini juga akan memudahkan kerja kita sebagai ibu bapa kerana bila tiba umurnya mereka untuk bermula solat, mereka telah biasa dan tahu apa yang perlu dilakukan... ^_^... In Shaa Allah, Farah akan cuba yang terbaik untuk mendidik Ash seawal mungkin... Jom kita sama-sama latih dan galakkan anak-anak kita untuk bersolat???
good share kak
ReplyDeletenice sharing.. untuk panduan kita semua :)
ReplyDeletebagus kak.melentur buluh biarlah dari rebungnya kan :)
ReplyDeletebetul tu akak. kena melentur buluh dari rebungnyaa :D
ReplyDeleteKepimpinan melalui teladan..
ReplyDelete