![]() |
Sumber dari Google |
Jadi ibu-ibu ni, nak buat kerja kena pantas walau secara hakikinya selembap mana pun pergerakan kita, dah jadi ibu kena tangkas, lebih-lebih lagi kalau dapat yang macam Ash tu...Ha ha ha...Abah Ash pun "surrender" jadinya mengejar dan mengawal dia... Ash sangat aktif dan Ash sangat lasak ok??? Pantang lepa dan tak boleh lepa... Ada-ada saja dan cepat saja kaki tangan dan mulut... Errr...mulut??? Ok ok ok, saja jer nak kaitkan dengan kupas kulit kentang ni...
Simboliknya jadi ibu ni sangat mengejar masa untuk menguruskan segalanya. Jika boleh sudah semestinya sebagai seorang isteri dan ibu, kita nak memasak untuk keluarga setiap hari kan? Errr...ke ada yang tak berminat nak masak setiap hari? Tapikannn...ada masa-masa kita gagal nak memasak setiap hari disebabkan kesuntukkan masa terutama apabila bahan masakan semuanya memerlukan masa yang lama untuk diselenggarakan.
Ubi kentang salah satu bahan masakan yang sedia ada di rumah dan boleh dimasak pada bila-bila masa. Anak "I is" penggemar ubi kentang, dalam menu mesti nak ada ubi kentang. Tu sebab bercerita tentang ubi kentang...Ha ha ha... Sebab asyik main dengan ubi kentang jerlah Mommy dia ni...
Akan tetapi ubi kentang ni agak memakan masa kerana prosesnya yang lambat dan perlu dilakukan dengan teliti dan bersih. Ha ha ha, nak cepat kan? Ni nak kongsi apa yang boleh dilakukan untuk mengupas kulit ubi kentang dengan mudah dan menjimatkan masa.
Mudah jer... caranya, masukkan garam dalam air dan rendamkan ubi kentang dalam air garam semalaman. Bilas dan kupas seperti biasa kerana ia akan menjadi semakin mudah.
Kalau "uolss" minat kupas mengupas lah... Farah ni kadang-kadang zasss ajer pakai pisau kupas kulit kentang tu... Sekadar memberi cadangan dan tips...Tiada paksaan untuk digunakan, kalau rasa nak mencuba bolehlah yer... *_^
Good sharing. Kena bgtau my hubby coz kalau dia tolong kupas memang habis dia sagat isi ubi tu
ReplyDeleteTQ Farah. Kakak sebenarnya baru tahu bila baca N3 ini
ReplyDeleteRumah kakak semua suka kentang. Dalam kari, sup, inti roti dan pau kami selalu guna kentang.
Suka sangat dengan info / petua camni.. Membantu keja2 memasak supaya lebih pantas..
ReplyDeleteThanks for sharing ^_~
good sharing akak..=D
ReplyDeletehari ni tengok kentang jee. huhu. memudahkan. tenkiu tips
ReplyDeletethx for sharing farah...
ReplyDeleteAssalammualaikum... farah,
ReplyDeleteboleh guna tips2 nie... terima kasih berkongsi. kalau tak tak tahu gak...
mselim3
same la kak..sy pun pakai pisau kupas kulit je..sonanggg..hihi
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletegood sharing..tapi kalau nak cepat guna pisua pengupas kulit je senang :)
ReplyDeleteterimakasih infonya mba hehe nanti kalo aku kupas kulit kentang nya pake tipsnya mba deh :)
ReplyDeleteSimple je.. lpas ni blh la aplikasikan...
ReplyDelete