Tips Mengatasi Anak Yang Takut Mandi...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Kebiasaannya kanak-kanak akan memberikan reaksi ceria sebegini jika dapat bermain dengan air ataupun mandi... Kebanyakkan dari kanak-kanak memang suka bermain dengan air dan memang sangat seronok bila berpeluang main air... Ash pun sama...He he he... Tetapi, di dalam suka-suka kanak-kanak dengan air ni, tetap masih ada anak-anak kecil yang takut air ataupun takut mandi... hu hu hu... Bila tiba waktu mandi jer...akan jadi sebegini... 

Sumber dari Google
Kadang-kadang tu, bukannya kena pukul ke apa ke? Tetapi menangisnya macam kena picit-picit jer... Alahaiii kesiannya... Nak buat macam mana? Mandi tetap kena mandi... Takkan tak perlu mandi pula kan semata-mata kerana takut mandi? Perkara ini bagi Farah tidak boleh dibiarkan dan sememangnya ibu bapa perlu berusaha untuk mengatasi ketakutan anak-anak ini... yang juga dinamakan sebagai ablutophobia. Maksud ablutophobia menurut Wikipedia adalah:

Ablutophobia (from Latin ablutere 'to wash off") is the persistent, abnormal and unwarranted fear of bathingwashing, or cleaning. This phobia is a situational specific phobia. Ablutophobia tends to be more common in children and women than in men. However, the fear generally dissipates in children as they learn that bathing is not something to be feared.
Ketika bayi berusia 1 sehingga 4 bulan, kebanyakkan orang tidak akan mengalami masalah dengan anak-anak yang takut mandi, tetapi semakin menginjak usia anak-anak kecil kita, akan terjadi perubahan kepada anak-anak kecil, ada yang semakin suka mandi sampaikan menangis ketika mahu diangkat keluar dari bilik air...he he he, macam Ash... kalau boleh 10 jam nak berendam, 10 jam lah dia nak ada dalam bilik air itu... tetapi ada juga bayi atau anak kecil yang menjadi takut air. 

Macam mana nak selesaikan masalah takut mandi ni??? 

Sumber dari Google
TIPS MENGATASI ANAK YANG TAKUT MANDI

Mandi Bersama
Bagi yang ada adik beradik, ibu bapa bolehlah ajak abang ataupun kakak untuk mandi bersama si kecil. Jika tiada adik beradik, ajak sepupu pun boleh. Ini akan membuatkan anak-anak kecil menjadi seronok serta riang ria di bilik air dan juga tidak berasa takut lagi kerana ada teman kannn? yang boleh bersuka ria bersama-sama di dalam bilik air dan main air... Bila mereka merasakan pengalaman itu sesuatu yang menyeronokkan, mereka akan menjadi suka untuk mandi dan tidak takut mandi...

Alatan Permainan Di Dalam Bilik Air
Sediakan alatan permainan yang boleh dimainkan di dalam bilik air oleh anak-anak kecil, tak kiralah, itik getah tu ke, pistol air ke, apa sahaja yang menarik minat anak-anak kecil. Dengan adanya alatan permainan di dalam bilik air yang dikhususkan untuk bilik air ini sahaja, anak-anak kecil akan seronok dan leka... Air pun jadi tak takut ok? Cubalah... Mereka akan menikmati waktu mandi itu dengan seadanya... dengan penuh keceriaan sehinggakan mereka akan jadi mudah jika disuruh mandi...  

Pancuran Air Khusus Untuk Anak Kecil
Boleh juga kalau ada bajet lebih untuk buatkan satu pancuran air khusus untuk anak-anak kecil ni. Farah ada terbaca satu artikel tak ingat kat mana dah, mengatakan bahawasanya kebanyakan anak-anak kecil merasa takut untuk mandi menggunakan gayung. Oleh sebab itu, sediakan pancuran air khusus untuk anak kecil sebab kanak-kanak suka main air yang seolah-olah ibarat air hujan... konon-kononnya dengan adanya pancuran air tu, macam ibarat dia main air hujan lettew...

Jangan Ajarkan Anak Mandi Dengan Air Hangat Sahaja
Ok, selalunya kita dengar mandikan anak-anak dengan air hangat sahaja... Bukanlah panas, tetapi suam-suam kuku, sebab kesian anak-anak kecil kesejukkan. Bagi Farah, sewaktu Ash bayi dulu, iya Farah mandikan Ash dengan air hangat... Errr...tetapi masa lahir-lahir dulu, keluar dari perut, Ash dah dimandikan dengan air sejuk pun kat hospital...Muahahaha... Memang macam tu kann??? Satu "floor" dengar suara dia menangis dengan kuat sebab mandi air paip biasa yang sejuk...Alahaiii, kesian anak Mommy... ekekekeke... Seimbanglah seimbang...Jika cuaca sejuk mandikan dengan air hangat, jika cuaca panas, mandikan dengan air paip biasa... Pandai-pandailah...janji jangan hanya memandikan anak dengan air hangat sahaja... Bila dah biasakan dengan air hangat sahaja itu yang jadinya bila dimandikan air sejuk, ligat menangis takut tu... Hu hu hu...

Tu jerlah kot yang dapat Farah kongsikan? Ada apa-apa penambahan? Yang penting sebenarnya memang kena atasi masalah anak-anak yang takut mandi ni tak kira bagaimana jua caranya... Sebab mandi itu kan bagus seperti yang Farah terangkan di dalam entri minggu lepas yang bertajuk... Anak Kecil | Mandi Itu Bagus... Kenapa??? 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak saya dulu sering pakai hangat terus, mungkin itu yang kadang2 membuat dia malas mandi dengan air dingin di waktu pagi

    ReplyDelete
  2. abis kalau mak yang takut mandi cam no plak.. ada petua hehehhehe

    ReplyDelete
  3. Anak2 saya semua suka main air...siap tlg basuh blk air lg...

    Nk jemput ziarah blog saya
    cantiksihatcorner.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. main buih sabun pun menjadi jugak. huhu.. susah pulak lepas tuu nak ajak keluar dari bilik air

    ReplyDelete
  5. Takde istilah takut mandi... Hantu mandi adalah.. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !