Teknik Atasi Anak Yang Susah Berkongsi...

Farah Waheda Wahid
12
Sumber dari Google
Kalaulah, kalau diperhati-perhatikan buat setakat ini, Ash bukanlah seorang yang kedekut dengan barang-barang dia. Bila dia pegang sesuatu makanan, tak perlu minta, bila kita pandang dia akan sua-kan makanan kepada kita. Konon-konon nak suap kita lettew. Bila dia sedang bermain, bila kita duduk di sebelah dia, atau di hadapan dia, dia akan ambil salah satu permainan dan serahkan kepada kita. Tak pun, sekarang ni semenjak dua menjak, dia tarik tangan kita suruh pegang permainan. Itu tandanya dia nak bermain bersama-sama. ^_^... Bukan sekadar hanya pada Farah, tetapi pada Nek Ma, pada Atuk, pada Abah, pada sesiapa yang ada di sekitar dialah. Bila Farah kata, "give Mommy"... cepat-cepat dia hulurkan kepada Farah. Bila Farah arahkan.. "share with Nek Ma"...cepat-cepat tergodek godek berjalan menuju ke Nek Ma dan dia suapkan makanan di mulut Nek Ma, selepas itu dia, selepas itu Nek Ma pula. 

Akan tetapi itu bukanlah satu kesimpulan yang terlalu cepat yang boleh Farah lakukan untuk mengatakan bahawasanya Ash ini senang berkongsi dan bukannya susah untuk berkongsi. Bukan sekadar situasi yang Farah nyatakan di atas...sebenarnya banyak lagi situasi dan perkara lain yang perlu diambil kira sama ada Ash ini adalah seseorang yang susah berkongsi ataupun tidak. Al-maklumlah dia anak tunggal macam Mommy dia juga... Segalanya hakmilik dia bila dibelikan untuk dia. Tidak perlu berkongsi dengan adik beradik yang lain. Bila beli baju, baju dia seorang, bila beli permainan, permainan dia seorang, bila beli apa-apa sahaja, milik dia seorang. Walaupun milik dia seorang, Farah tidak mahu Ash menjadi seseorang yang susah untuk berkongsi. Tak nak Ash ada sifat kedekut ataupun tamak. Tak ada untungnya pun menjadi kedekut dan tamak. Kalau Mommy adalah seorang yang bukannya susah sangat pun nak berkongsi barangan Mommy, ahakss... Ash pun harus begitu... Barulah "like mommy, like son"... Bukan apa, Farah mahu Ash menerapkan sifat dan sikap suka membantu kepada mereka yang memerlukan. Dari berkongsi nilah salah satu asasnya yang kita boleh mendidik nilai-nilai murni dalam diri anak. Perghhh...bayangkan...bila anak kita telah meningkat dewasa, berkemampuan, lihat orang susah...dia ringan tangan menghulurkan bantuan... Dia tidak kisah untuk berkongsi wang ringgit ataupun barangan ataupun tenaga demi membantu orang lain... Relevan tak pemikiran Farah? Bila tidak susah berkongsi...In Shaa Allah, mudah-mudahan Ash juga mudah bersedekah... In Shaa Allah... 

Jadi pada asasnya, sedari awal sebenarnya ibu bapa kena melatih anak-anak untuk belajar berkongsi. Terutama dengan adik-beradik sendiri di rumah.. Belajar berkongsi dari awal... Bagaimana? Berikut adalah beberapa teknik untuk mengatasi anak yang susah berkongsi di rumah yang Farah baca dari SINI.

Pilih Permainan Yang Betul
Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego. Pasti untuk siapkan satu lego anak memerlukan bantuan ibu bapa. Di sinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan dengan sebaik mungkin.

Jadikan Diri Kita Iaitu Ibu Bapa Sebagai Contoh
Sila mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibu bapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik ok? Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya, permainan membaling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran. Macam Farah dan Ash sering main bersama...mula-mula Mommy baling, kemudian Ash dan kemudian Mommy. Cakap dengan anak... "Mommy baling ok? Lepas ni Ash pula"...Makanya mudah-mudahan dengan ini Ash boleh faham konsep berkongsi dan bermain bersama. 

Puji dan Galakkan Mereka
Puji-pujilah dengan ikhlas apabila anak-anak sudi berkongsi dengan kawan-kawan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang dia sayangi. 

Si ibu boleh berkata begini, "Tengah hari tadi kan Nek Ma, Ash kongsi permainan dia dengan Naznin. Bagus dia main sama-sama". Ahakss...Naznin tu "girlfriend" Ash yang rajin datang rumah dengan Mama Shira dia. Selepas itu, Nek Ma pula sampuklah dengan penuh minat... "Ohh ye ke, bagusla Ash pandai kongsi dan main sama-sama".

Bincang & Pujuk
Iyalah bukan mudah nak bincang dan pujuk ni dalam sesetengah keadaan dan situasi. Kadangkala anak tidak mahu berkongsi, sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Tanya mereka; "Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?".Mungkin Imran akan menjawab, "Dulu, Aiman main kereta Imran sampai rosak". Pujuk dan bincang dengan mereka; "Mama faham, tapi dulu tu Aiman tak sengaja, kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak Papa betulkan nanti". Biasalah kena guna kebijaksanaan kitalah sebagai ibu bapa untuk pujuk mereka. Ibu bapa pastinya lebih mengenali anak-anak masing-masing dengan lebih dekat. 

Kuatkuasakan Undang-Undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. "Ini Papa punya mainan, Imran nak main boleh. Tapi kena main dengan papa". Jangan berikan kuasa milik mutlak kepada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasakan pada semua barang permainan, cuma sesetengah permainan sahaja. In Shaa Allah, ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain.

Matlamat sebenarnya adalah agar anak boleh terus berkongsi dan berkomunikasi. Mungkin ada yang mengatakan, elehhh... teori bolehlah, tetapi perlaksanaannya bukanlah semudah yang diperkatakan oleh teori. Sebagai ibu bapa kita perlu bersabar dan berdoa. Tiada apa pun yang berlaku dalam sekelip mata ok? Usaha dulu...In Shaa Allah, adalah balasan yang baik dari Allah SWT... Betul tak? Jangan putus asa jer... Satu hari nanti mungkin terlihat hasilnya... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mimin pernah jadi anak tunggal dgn family angkat selama 12 tahun, lepas tuu famly angkat amik lg sorg ank angkat. ternyata mimin jenis x suka berkongsi. bila nampak org lain ada sama barang mcm mimin. mimin akn berdengus.. ishhh. sibuk jee ikut2. hahaha. so kak farah cpt2 laa dpt ash junior. supaya ash perangai ash x mcm mimin. hahaha

    ReplyDelete
  2. nice tips...asyraf pun kdg2 taknak kongsi dgn adik die..trpksa la ida amik kalau die nak kena kongsi...

    ReplyDelete
  3. memang kene ajar kan benda2 macam nie..

    ReplyDelete
  4. Sy tgk wat yg dua terakhir tu utk kakak..

    ReplyDelete
  5. thaqif baru belajar nak sharing..bolehlah praktik tips ni.

    ReplyDelete
  6. As'salamualaikum Farah,
    So far anak-anak Kak Nina ok bab berkongsi. Setuju..... Kena bermula sejak kecik dan apa pun semuanya akan diserap dari ibubapa dan keluarga terdekat.

    ReplyDelete
  7. memang susah nak ajar berkongsi. kalau yak sabar, mau ada budak kena lempang.hahaha

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/cost-per-unique-visit-from-nuffnang.html

    ReplyDelete
  8. Anak pertama saya pun suka berkongsi..tapi si adik pelik pulak tak suka berkongsi..mana dapat perangai gitu entah la..ahahah

    ReplyDelete
  9. boleh praktis tips ni bila ada anak nanti :)

    ReplyDelete
  10. irine pon x suka kongsi.. kalau dah pegang, org ambik kita suruh share, no way laa ..sanggup melalak dulu.. Throwback.,, kite pon mcm tu jugak dulu.. if mak beli eskrim mangkuk besar tu, kite nak makan sorang..suruh share dgn cousin pon x mo. bila dah tak abes dah cair baru nk bg..sapa yang nak..hahhaha

    ReplyDelete
  11. Adam anak tunggal, tapi kami motivatekan dia berkongsi dengan beri pendedahan dalam pergaulan. Kawan dengan sepupu2, dengan rakan2 sebaya dan selitkan nasihat untuk berkongsi dan kenapa kena berkongsi. So far, Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. bagusnya Ash.. teruskan yaa kongsi2 namau kedekut2.. hehee..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !