Tak Nak Bagi Ash Adik Ke???

Farah Waheda Wahid
14

Semalam di dalam entri Pasangan Yang Tidak Sukakan Kanak-Kanak???, Yoorin ada tanya...
Farah...kenapa nak seorang sahaja...Muda lagi kann??? Dapatkan "gegirl" pula...mesti comel macam Mommy dia... - ahakss nak juga selit "part" comel tu kannn...walaupun diri ini tidaklah comel... 
Bukan Yoorin jer yang tanya soalan macam ni, ramai dah tanya soalan macam ni, sangat-sangat-sangat-sangat ramai... Juju pun dah tertanya-tanya dah tu...  Huhhh... Ni macam mana ni ek??? Peribadi sedikit kalau sedalam-dalamnya ni... Tapi bolehlah olah supaya tidak nampak terlalu dalam... ekekeekekeke... Ya ampunnn... Tetiba jadi tak boleh nak jawab... haaa...lepas tu gatal nak menaip entri lagi...boleh??? Wakakakaka... 

Sebenarnya memang Farah kerap nyatakan di dalam entri-entri sebelum ini, cukuplah Ash seorang sahaja buat masa dan ketika ini... dan secara umum Farah ada nyatakan sebab musabab kenapa Farah kata biarkan Ash seorang... tidak bercadang untuk menambah anak lagi...bla bla bla..."so on and so forth"... Tapi tak adalah secara "detail" Farah fokus untuk bercerita kenapa, mengapa dan sebab apa sampai Farah asyik menyatakan cukuplah Ash seorang sahaja buat masa dan ketika ini...Padahal kuota ada jer lagi yang boleh diisi kann??? ^_^... 

Yang pertama sekalinya... ialah dari segi sudut kesihatan yer kawan-kawan... Semasa hamilkan Ash dulu kerap juga Farah bercerita tentang perkara ini dan kemudiannya berulang-ulang juga cerita selepas itu di dalam beberapa entri yang terdahulu, sampai diri sendiri naik risau "uolss"... kalau-kalau ramai yang bosannn asyik dok sebut tentang penyakit itu... #ehhh, Farah sihat Alhamdulillah, cumanya, ada komplikasi sewaktu hendak melahirkan Ash dahulu... Cerita secara ringkasnya adalah uri yang tidak naik ke atas dan menutup laluan kelahiran... Pernah dengar kan??? 

Habis tu apa kena mengenanya??? Boleh baca cerita dengan lebih dalam dan terperinci di dalam entri:


Takkan nak cerita berulang-ulang kann??? Semuanya lengkaplah apa yang nak diceritakan di situ...Dan kalau nak dipendekkan, jika dulu sewaktu Ash, Farah adalah penghidap Plasenta Previa Tahap II, tetapi sekiranya Farah hamil lagi sekali, risiko untuk naik ke Tahap III dan Tahap IV itu sangat tinggi, yang mana, sepanjang kehamilan, sila duduk berehat "holiday" di hospital, dan sudah tentu-tentu ianya akan memakan kos yang tinggi, bak kata "gynae" Farah...Dr. Niraj Feizal dari Hospital UMRA, "if you are expecting once again, I won't take your case, I will straight refer you to the Tropicana Medical Centre, in which you will have to sell your house..." Gulppp...  Ok, tutup cerita tu, nak tau sila baca di entri-entri sebelum ini tentang betapa seriusnya ek???  Bagi yang "pessimist" dan pemikiran lain sedikit, mungkin akan mengeluarkan kata-kata... "alaaa...hospital kerajaan kan ada, kenapa nak hospital swasta juga? boleh jer kalau nak jimat kos"...Farah tidak memandang rendah hospital kerajaan yer??? Dan Farah tidak nafikan bahawa perkhidmatan hospital kerajaan juga setaraf hospital swasta... tetapi yang lebih Farah "concern" adalah tentang keselamatan anak yang di dalam kandungan dan juga diri sendiri... kerana penghidap Plasenta Previa ini adalah berisiko tinggi untuk mengalami "torrential bleeding" dan nyawa anak di dalam kandungan juga adalah "at risk"...

"Uolss" boleh bayangkan tak bagaimana Farah berdoa pada Allah, tawakal pada Allah supaya Ash selamat dulu??? Yang jadi ibu-ibu tu haruslah faham kann??? Kalau tak faham juga tak taulah nak cakap apa kannn??? Nampak seperti tak serius kerana Farah memilih tidak mahu menunjukkan kepada umum dan menjaja kepada umum betapa seriusnya masalah itu...tetapi serius sebenarnya... "I am fighting for Ash" walaupun tidak melahirkan secara normal...Tau tak? Errr..tak tau? Ini yang nak cerita ni... Itupun ada juga yang memadan muka-kan "I is" tau tak? Katanya... "Padan muka ko, ko tanggunglah sendiri...bla bla bla bla bla bla"...Ingat lagiii, masih ingat lagi sehingga kini... "screen shot" yang diterima pun masih hakak simpan buat tukun lagi okk??? Ok lupakan... selingan jer tu... dan Ash keluar pada tempoh 38 minggu...makanya tidak mengalami sebarang kontraksi... Paru-paru dimatangkan melalui suntikan dexa...kalau tidak betul-betul ketika pembedahan berlangsung...boleh kehilangan Ash... Huwaaaa...tak sanggup membayangkan yer.. sangat tak sanggup membayangkan kehilangan anak di dalam kandungan selama 38 minggu... Suami, Nek Ma Ash, Atuk Ash, rakan-rakan yang rapat semuanya memberikan sokongan supaya Farah kuat untuk "fight"..."But, I really fight it" lah... Alhamdulillah, segalanya selamat dengan izin Allah SWT...

Makanya??? Bila dah melalui fasa-fasa itu, itu baru Plasenta Previa Tahap II, kalau III dan IV??? Tak sanggup nak harungi gundah gulana hati risaukan "baby" dalam perut macam mana...selamat ke tidak... Tak mampu kot, kalau nak hilang... Semua takdir dan kehendak Allah SWT... Jadi, sebab merasakan diri tidak sekuat itu melalui sekali lagi... Farah memilih untuk berhenti di sini seketika... Alhamdulillah dan syukur pada Allah sebab berikan Ash pada kami berdua suami isteri. Kerana susahnya itu, kerana itu Ash adalah yang sangat sangat dekat di hati... "He is a miracle to us!!!"

Yang keduanya adalah dari segi kemampuan kewangan. Iya, anak itu rezeki, dan setiap anak itu ada rezeki mereka masing-masing..."straight forward" jer Farah cerita ni, tak ada selindung-selindung... Farah dah mengalami bagaimana sukarnya untuk mendapatkan Ash dan Farah memang nak sangat-sangat anak walau seorang pun jadilah pinta dalam hati. Itupun Farah dah cukup bersyukur. Bila sukarnya mendapatkan Ash, Farah rasa Farah nak tumpukan dan fokus kepada Ash. Dari segi kebajikan, makan minum pakai, pelajaran. Macam mana ek nak cakap ek??? Karang kalau salah taip ni karang, lain pula perginya, lain pula fahamnya, dan ada pula cakap-cakap belakang mengatakan Farah perasan bagus ataupun hebat. Tak bagus mana pun, tak hebat mana pun, biasa-biasa jer... Kemampuan kewangan itu, terus terang Farah katakan, apa yang Farah ada, apa yang Farah usahakan semuanya In Shaa Allah, mampu untuk berikan Ash yang terbaik buat masa dan ketika ini. "Cost of raising a child nowadays is ain't that cheap...and due to that, I know where's my level and where's my limit"... Ini buat masa sekarang...akan datang jika rezeki bertambah Alhamdulillah...

Cukuplah 2 jer alasan ek? Kalau masuk ke-3 dan ke-4 nanti jadi bertambah-tambah panjang dan jadi bertambah-tambah parah pula entri ni...ihikss... sebab suami Farah beritahu, mungkin Farah cerita tak ada pun nak memburukkan keadaan, tetapi pembaca yang membaca tu fahaman dia lain sikit pula dari apa yang cuba disampaikan...tetapi itu adalah dua sebab utama... Bukan Farah menolak rezeki dari Allah SWT yer... Tetapi "I know what's best for this time being and what's best for us..."... Kami suami isteri memang ada berbincang mengenai perkara ini... tentang penambahan anak... tetapi tidak perlulah perbincangan suami isteri diceritakan di dalam blog... dan Farah ada nyatakan pendirian Farah tentang bukan sekarang masanya untuk menambah... Kalau iyalah pun Farah dan suami bercadang untuk menambah... In Shaa Allah, kalau diizinkan Allah dengan kekuasaannya... tunggu sehingga Ash sudah bersekolah sekurang-kurangnya sekolah rendah... "At least not for now..."...  Bila Ash dah bersekolah, umur Farah pun dah berapa pulak ek??? Wakakakaka... pertengahan 30-an? lewat 30-an? Dan Farah meletakkan garis di usia 35 tahun... Bermakna dari tahun ini, Farah ada tempoh masa 2 tahun jer lagiii... Tapiii tu cakap-cakap kosong... Mana tau tiba-tiba umur 36 ke 37 ke, tiba-tiba "expecting" pula??? Kannnn???

Haaaa...macam tulah ceritanya dan disebabkan itu, jujur Farah tidak ada sebarang cadangan untuk menambahkan anak atau bagi Ash adik buat masa dan ketika ini...Syukran dengan apa yang ada yang Allah telah kurniakan... "I'm happy with it"... Bukan kerana tak nak melalui fasa kehamilan lagi dan bukan kerana takut nak bersalin ok??? "I have my own personal reasons for my standings and the standings is not build simply" sebab I takut badan boyak ke, apa ke, sekarang pun dah "chubby" muahahaha...tengah gigih nak kuruskan ni... La la la la....

Serik??? Tak serik pun melalui fasa kehamilan ataupun melahirkan. Cuma risaukan keselamatan bayi yang bakal dilahirkan jer sebab dah sedar diri ada komplikasi kann??? Fasa kehamilan dari pengalaman yang lalu pun tak banyak kisahnya sebab Farah tak mabuk, Farah tak ada alahan kecuali alahan kepada nasi, Farah seperti biasa dan fasa kehamilan Farah amat senang pada waktu dan ketika Ash... Alhamdulillah Allah SWT permudahkan...

Errr, dah tu jer lah kot... Dah habis bebel... Dan dah jawab soalan semua kannn??? Ash "is not alone" sebenarnya... ^_*... walaupun hidup seharian dia berseorangan di rumah bersama Mommy, Atuk dan Nek Ma dia... Ok...daaaa.... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Menitis air mata julia baca your full entry mama ash....



    Juju tahu, farah sangat kuat orangnya, strongly julia kalau jumpa farah, nak peluk you dear, oh my Allah, napa julia nangis ni, julia faham entry ni, ash is everything, Alhamdulilah, seronok lihat keletah dia mama dia rajin share dalam ig...

    Semoga Allah melindungi dan merahmati kalian semua, ash jom main bola dgn abg Qi jom jom hehhehehhehe

    Big Hugs! :*

    ReplyDelete
  2. setiap anak yg kita hamilkan masalah tu tak akan sama insya allah semua tu allah yg jd kan sebagai ujian..ana anak first alhamdulillah norma n anak ke dua c-zer..tp bakal anak no 3 tak tahu ujian mcm mn allah nk bg..terima jer la..

    ReplyDelete
  3. sorry for question u farah.. =( sedih pulak baca... tu laa jiwa mak mak kan.. diri sendiri yg merana xpe..bukan anak2.. huhu.. syukur farah dah ada ash..untung ash dapat fully kasih sayang mommy dia..

    *LOVE*

    ReplyDelete
  4. Kalau ada rezeki lebih elok la tambah kan..tp kena ingat jugak...semua faktor...pokok pangkal rezeki dari allah...kalau ada Alhamdulillah. ..tunggu akak beranak la tahun depan

    ReplyDelete
  5. 1 feel u farah..

    setiap wanita, ada yang senang melahirkan, dan ada yang susah melahirkan..semua ketentuan Allah..bagi aini pon, masa mengandung alhamdulillah..tapi Allah jentik sikit masa melahirkan anak...anak sulong c-szer , anak kedua almost c-zer jugak tp alhamdulillah dpt normal birth sbb kepala dah nmpak..teran sehabis napas smpai muka rasa jadi petak..hahhaa..*kenangan*tp kesan koyakan tu subhannallah..suffering sepanjang tempoh pantang..tu yang sekarang ni cukup la 2 permata hati kot..sbb kita tau kemampuan diri kita memasing kan??

    yang penting we do the best for our kids.. abaikan ape orang cakap..,mulut tak penah benti kecuali tido*tu pon berdengkur..haha*..


    xoxo,
    -ainie_mrspuex-

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ada Ash pun dh cukup bersyukur dah kan bagi wanita yg ada komplikasi ni... mcm saya juga,,, cuma saya takde reseki sorang pun lagi.... T__T

    ReplyDelete
  7. Don't worry dear, Allah Maha Mengetahui reasons behind everything that happens. Moga Ash membesar dengan cemerlang dalam asuhan dan kasih sayang mommynya. Anim pun dah banyak orang bertanya ni ... naik letih pulak menjawabnya! hehehe

    ReplyDelete
  8. Anak tu kan rezeki dari Allah... dulu akak mmg ramai sgt yg tanye lagi2 bila Adam dah besar.. bukan merancang pun, tapi belum ada rezeki... ni Adam dah 6 tahun baru dapat adik hehe...

    ReplyDelete
  9. Kalau itu yg jadi sebabnya memanglah amat menakutkan. Tapi terlanjur masih muda cuba cari alternatif apakah yg boleh dielak utk menjauhi placenta yg yg berisiko begitu. Takut juga bila sampai doktor kata kena jual rumah alahai.... jagalah Ash sebaik-baiknya Farah..

    ReplyDelete
  10. sabar ye dear....Biasalah pasti ada mulut yang nak bertanya..

    ReplyDelete
  11. Sabar aje lah Farah...Sometime org sekeliling ni x paham masalah kite...kite explain pun ade je alasan dieorg utk kenakan kite semula...huhu

    ReplyDelete
  12. sm mcm kita cuma sakit kita biasa2 ja tu pon 2 mggu skali cuti p klinik spital.malu kt bos nk mnta ambik cuti kerap2.org tgk Aqil dh besar ckit trus tnya bl nk tmbh pdhl kita bsalin czer...huhuhu...

    farah kuat...

    ReplyDelete
  13. Situasi setiap org tak sama... bab kesihatan tu mgkin tak selama mcm tu... Tapi ai know.... Dot dot dot... Haha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !