Ingatkan Tamatlah Sudah Riwayat "Tablet" Ash... , tetapi rupa-rupanya ianya kembali bernyawa semalam... Kasihnya Nek Ma kepada Ash sehingga sanggup membaiki "tablet" kepunyaannya... Ahakss...kalau ikut Mommy biarkan sahaja begitu buat sementara waktu... Mungkin Nek Ma Ash ada sebab-sebab yang tersendiri kenapa mahu mencuba sedaya upaya membaiki "tablet" Ash... Apa-apa pun terima kasih Nek Ma sebab bersusah payah kerana cucu yang tunggal ini... Hu hu hu... Sob sob sob...terharu sekejap Mommy Ash...
Sungguh-sungguh melepaskan kerinduan kepada "tablet" hakmilik mutlak dia...Sampaikan tak hiraukan keadaan sekeliling dah... Mommy keluarkan "tablet" Mommy pun dia tak hairan dah.. ha ha ha, kebiasaannya sewaktu "tablet" Ash tidak berfungsi dahulu, dia akan "conquer tablet" Mommy sampaikan Mommy terpaksa mengalah dan tak boleh nak buat apa pun... Lepas tu tiba-tiba Abah Ash telefon tanya, siapa main "tablet" atau telefon, sebab ada mesej bahasa alien Ash... Ha ha ha... Dia lettew yang menghantar mesej pada Abahnya, entah apa mesej yang ingin disampaikan pun Mommy tak pasti lah kan? Dan terjadinya insiden What's App dihantar dengan bahasa alien kepada beberapa "group" What's App Mommy, kawan-kawan Mommy, juga tidak kurang "status update" di Facebook dengan bahasa yang tidak difahami sesiapa pun sepertimana yang pernah dikongsikan di dalam entri Bila Si Anak Telah Mula Menggodek Gajet Mommy... Kira-kiranya selepas ini, aman sedikit Mommy...Ha ha ha...
Sila fokus dan lihat kepada muncung itik Ash... Aduyaiiii...khusyuk sampai tahap begitu... tetapi memang iya, sejak kebelakangan ini Ash suka sangat melakukan aksi "duckface" itu... Ha ha ha... Tak boleh nak cakap apa dah... Rasa macam nak ikat dengan reben pun ada muncung itu...
Apa-apapun semoga hari-hari Ash tidak lagi sunyi tanpa kehadiran "tablet" yang sebelum ini telah tamat riwayatnya itu... dan semoga Ash gembira yer...Ahaksss... Mommy tumpang gembira jer bila Ash gembira... *_^
Tekunnya Ash dengan tabletnya tu ^-^
ReplyDeleteHehe..budak2 zaman skrg, takde dah nak main guli..congkak..semua dgn gadget masing2...
ReplyDeleteNek Ma pun tahu satu-satunya cucu dia ni dah rindu tabletnya
ReplyDeleteNenek zaman sekarang Farah tak sama..
Amboi, khusyuknya Ash dengan tab dia :D
ReplyDeleteUntung budak sekarangkan Farah kecik kecik dah ada Tablet....auntie dulu apa pun tak de tau Ash....huhu....
ReplyDeleteNek ma pomenkan sendiri ke Farah tablet tu? Dahsyat Nek ma tau hihi....
Budak2 zaman sekarang ipad dengan tablet lah permainan mereka kan. Takpela, yg penting ini dapat melekakan mereka sekejap.
ReplyDeleteKhusyknya dia...
ReplyDelete