Bukan selalu yer tak? Bukan selalu dapat jalan-jalan ambil angin malam tepi pantai... Ahakss... makanya, selepas "dinner" malam semalam, Farah dan salah seorang "colleague" Farah iaitu Saniah, ambil kesempatan yang ada untuk merasa pasir pantai dan air masin di Port Dickson ni. Eleh, macam ler tak pernah jejak Port Dickson kan? Pernah jer, cuma jarak waktu tu dah terlalu jauh dah... Sepanjang Ash lahir, tak jejak dah Port Dickson dan belum pernah bawa Ash ke sini lagi. In Shaa Allah, ada rezeki sampailah Ash ke sini... Nanti Mommy bawa ek???
Rindu pada anak tu tak usah dicakaplah kan? Mana pernah berpisah walau semalam pun... Kerap telefon dan bercakap dengan dia juga. Malam semalam, dia mencari... dalam pukul 9 lebih macam tu, Nek Ma dia hantar laporan mengatakan bahawa dia berdiri sahaja di hadapan pintu "sliding"... Mulut asyik sebut Mommy, Mommy... Alahai anak...
Lepas pada tu konon-konon nak ketenangan dan cuba memujuk hati... ecehwahhh... selesai jer "dinner" terus salin pakaian dan keluar dari bilik "chalet" untuk ambil angin malam... Nak sabarkan hati lettew... Ekekekeke... Jalan-jalan di persisiran pantai "uolss"... Tapi ingatan yang kuat pada anak tak pernah hilang...
Tu yang jadinya, sampai konon-konon simbol kasih sayang dan rindu, guna ranting kayu menconteng pasir pantai. Ha ha ha... romantik tak "I is"? Inilah percintaan anak dan ibu kaedahnya... Err tu jer nak cerita... borak borak kosong...
Daaa....
Daaa....
Mahu tak rindu farah.. anak akak yg besar tu pun boleh cakap dgn akak.. mama jgn lah gi kursus.. kalau nak gi kena bawa dia.. hahaha..
ReplyDeleteRindu tu bila berjauhan kan..
mommy dah rindu sangat² tu dengan ash..alahai..sabar ye..tak boleh kan tinggal anak lama² skrg ni...
ReplyDeleteKira melepaskan rindu pada pasir la ni ye..
ReplyDeleteala sweetnya mommy ash...
ReplyDelete'berpisah' kejap ngan anak waktu pi kerja opis pun rindu, inikan plak tak jumpa whole day & night kan. Hmm awal mei ni akak pun akan berjauhan ngan si kembar for few days. kalau pikir banyak kali macam tanak pi jer huhuhu
ReplyDeletedapat imagine perasaan bila berenggang dengan anak sekejap
ReplyDeletesebab akak pernah dapat reeki jadi ibu angkat seminggu
lepas berpisah tu sedihnya Allah saje Yang Tahu
btw baru-baru ni akak pergi jalan jalan ke pantai juga tapi tengah hari panas..time malam je letih terus tido..dia kalau jalan pantai waktu malam ni memang best :)
nama blog jugak yg terukir.. heheh
ReplyDeletealahai kesian ash.. kena tinggal dengan mommy dia...
ReplyDeleteklau dah rindu sgt .. bawak jalanjalan mmg bestt..
ReplyDeleteso sweet akak..bila rindu camni lah kan :)
ReplyDeletedah anak kan . mestilah rindu . saya dgn anak buah pun rindu juga ... heeee
ReplyDelete