Siapa Nak Jadi Lelaki Kacak??? Jom Baca Entri Ini...

Farah Waheda Wahid
12

Ini adalah salah seorang lelaki paling kacak di dalam hidup Mommy... ekekeke... tak kisah pun kalau orang lain kata Ash tak kacak... tapi bagi Mommy, Ash tetap kacak... wakakaka... Bukan nak "up" anak sendiri tak tentu pasal dan bagi orang lain rasa nak muntah pelangi... Tapi ini adalah perasaan seorang ibu... Pandangan orang lain itu terpulanglah... kalau ada yang nak kata Ash tak kacak pun tak apa "uolss"... sikit pun "I is" tak kecil hati ok??? Setiap manusia mempunyai pandangan mata dan hati yang berbeza... Kui kui kui... Ash dengan Mommy saja jer "enterframe" dalam entri ni... tapi sebenarnya nak bercerita tentang perkara lain... Ahakss... 

Siapa kata lelaki tidak perlu menjaga kulit mereka? Dululah dulu, tapi sekarang semakin ramai lelaki yang sudah mula menjaga kulit masing-masing ok? Semakin ramai lelaki telah muka menyedari kepentingan menjaga kulit ni... Tapiii... kalau adalah yang masih beranggapan lelaki tidak perlu menjaga penampilan seperti wanita, orang yang beranggapan begitu adalah salah sama sekali. Tidak kiralah apa sahaja jantina anda, menjaga penampilan itu penting!!! 

Ini Ash kena belajar juga ni... sebab menurut sumber di SINI, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh lelaki di dalam memastikan diri mereka sentiasa nampak menarik. Dan ini adalah merupakan hanyalah rutin biasa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda hanya perlu meluangkan sedikit masa sahaja!!!

Haippp... jangan malas ok? Kerana ini penting untuk meningkatkan keyakinan diri. Mencuci wajah bagi mendapatkan kulit wajah bersih, anda harus mencuci pada waktu pagi dan malam. Ini penting untuk menghilangkan minyak berlebihan serta habuk. Gunalah produk khusus untuk mencuci wajah dan jangan sesekali menggunakan sabun buku.

SKRUB MUKA
Skrub wajah adalah cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang berseri. Proses ini berupaya menghilangkan sel-sel kulit mati. Kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita. Jadi, jenis skrub yang diguna juga berlainan.Ada banyak skrub khas untuk lelaki tetapi, jangan sesekali menggunakan skrub yang mengandungi "seed extract" kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit wajah.

PELEMBAP
Ini penting untuk melembapkan kulit anda. Tetapi pelembap yang berlebihan boleh mendatangkan masalah kulit, disebabkan liang pori yang tersumbat. Cuba gunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu bagi mengelakkan ketegangan kulit dan kulit kering serta menggelupas.

KEDUT
Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan paling jelas pada dahi, sudut mata dan mulut. Terlalu terdedah kepada matahari antara penyebab utama masalah ini. Namun, ini dapat dihindari dengan tidur dengan postur yang betul, mencuci muka, diet yang betul dan banyakkan mengambil makanan yang mengandungi antioksidan dan Omega-3 yang mampu mengurangkan kedutan.

BINTIK "HAPPY WHEELS DEMO" HITAM
Ini punca utama jerawat kerana di kawasan inilah banyak terkumpulnya bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam banyak terdapat pada hidung, dahi dan tulang pipi. Bersihkan kulit dengan kerap dan elakkan diri anda daripada terdedah terlalu lama di bawah sinar matahari. Menggunakan "nose strip" juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.

JERAWAT
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, ikut diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan elak mengambil makanan berminyak, berempah serta pedas. Pastikan anda minum banyak air.

KULIT KERING
Kulit kering disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air dan gunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus menggunakan pelembap berubat yang boleh dibeli di farmasi.

KULIT BERMINYAK
Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah punca kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan mengambil makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabut yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.

BERCUKURAmat penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur. Bagi mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan kepada kulit sewaktu mencukur. Anda harus kerap menukar mata pencukur bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria. 

Krim buih pencukur elok digunakan bagi melancarkan proses mencukur dan mengelakkan luka serta tekanan. Untuk lebih selesa, gunalah krim atau losen selepas cukur bagi membantu menyejukkan kulit dan menyembuhkan luka akibat terkena mata pisau. Malah, produk ini juga mampu mencerahkan kulit wajah.

Untuk kaum Adam di luar sana, selamat meng-kacak-kan diri anda semua...hi hi hi, harap-harapnya, kacak di luar dan juga kacak di dalam serta kacak iman... *_^    

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi :)
    sory hari ini anum bz skit..

    ReplyDelete
  2. aisyah baca kan untuk husband... nt boleh tlg praktik kan kat husband..hehe

    ReplyDelete
  3. hahhaha ashh hensemmm ooo slmt pg ash n mommynyerr

    ReplyDelete
  4. kak, anak sendiri kan mestilah kite puji..pandangan org lain pd anak kite tu kite abaikan je..sy pon selalu puji anak sy hensem dan comel hehe

    ReplyDelete
  5. Betul tu farah, lelaki pun perlu menjaga penampilan. Bukan utk nmpk kacak sahaja, malah utk menjaga kebersihan diri tu yg paling penting.

    Btw, ash sentiasa kacak di hati ibu. Mana2 ibu pun tetap memandang anaknya yg baik2 shj ^^

    ReplyDelete
  6. nak jadi kacak boleh baca entri ni. hiksss :D

    ReplyDelete
  7. sorang adik akak(lelaki) memang menitikberatkan hal² penjagaan muka..hehehe...kalah akak yang perempuan ni

    ReplyDelete
  8. kena rajin shaving ..
    nnti jdi bhaiya ...hehehhe

    ReplyDelete
  9. as salam farah.. morning !
    setuju ! lelaki sama je dengan wanita bab menjaga penambilan.. nak kacak haruslah sentias bersih kan ! hehehe.

    ReplyDelete
  10. Anak kita always yg plg hensem...suami kita always yg plg macho..

    ReplyDelete
  11. cntik blog akk.dah lme x jenguk sini...

    ReplyDelete
  12. Hehe... hbislah kalau suami ai jaga muka... Mmg jeles la...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !