![]() |
Sumber dari Google |
Siapa ada melihat video ini di mana-mana? Tak kisahlah sama ada di laman Facebook ataupun di YouTube atau di mana-mana laman web... Dah lah comel... Aunty yang tengok ni pun turut rasa sedih lah "boy"... Hu hu hu... Pada yang belum melihat atau menonton boleh tonton di video yang Farah lampirkan di bawah...
Sedih tak? Sedih tak? Agak-agak terusik tak perasaan ibu-ibu, bapa-bapa di luar sana apabila melihatkan video ini... Sedihnya si anak kecil bila haiwan peliharaan kesayangannya mati dan terpaksa "dikuburkan"... :(... Yang melihat pun turut merasa perasaan itu... "I feel you boy"... Tak sanggup melihat dia menangis...
Tetapi Farah tidak melihat hanya semata-mata ke atas perasaan anak kecil itu sahaja, secara tiba-tiba Farah melihat dari satu sudut yang lain...Sudut yang mana Farah rasakan, inilah salah satu caranya anak-anak diajar untuk menerima bahawa hari "perpisahan" itu pasti akan tiba satu hari nanti...satu masa nanti...sedih atau tidak anak-anak perlu belajar untuk menerimanya... Salah satu cara untuk mengajar anak...bahawasanya...
![]() |
Sumber dari Google |
Bukanlah mengatakan kita memberi ruang dan peluang anak-anak untuk memelihara haiwan peliharaan mereka dan kemudiannya kita mengharapkan haiwan peliharaan kesayangan mereka mati... tetapi ada kalanya haiwan-haiwan peliharaan akan mati meninggalkan anak-anak kecil kita yang terlalu menyayangi haiwan-haiwan peliharaan ini dan ketika perkara ini berlaku sudah tentu mereka akan berada di dalam kesedihan yang amat... Dari sini, sebenarnya kita secara perlahan-lahan boleh mendidik anak-anak tentang fakta kematian dan tentang bagaimana anak-anak walau sesedih manapun terpaksa menerima hakikat dan berdepan dengan saat-saat sebegini.
Ia sebenarnya salah satu cara juga bagi kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak perasaan melepaskan dan perasaan untuk menerima serta percaya kepada qada' dan qadar Allah SWT... Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...Kematian sememangnya sedihlah kan... Dari ini juga, kita boleh terangkan kepada anak-anak tentang qada' dan qadar, tentang hakikat kematian, hakikat kehidupan, perjalanan dan kitaran kehidupan... dan memberitahu anak-anak, ajal maut semuanya adalah kehendak Allah SWT... tiada satu kuasa pun yang dapat melawannya... semuanya atas kebesaran dan kuasa Allah SWT... Jika andaikata kita sebagai ibu bapa pergi dahulu menemui Illahi pada satu ketika dan waktu nanti... Anak-anak juga akan berhadapan dengan situasi yang menyedihkan sebegini...
Hurmm... dapat tak apa yang Farah cuba sampaikan??? Rasanya dapat kot??? Sedih memang sedih...tetapi anak-anak perlu diajar tentang hakikat kehidupan dan ilmu Allah SWT yang satu ini... Apa yang Farah nampak ianya adalah satu platform yang boleh digunakan untuk memahamkan anak-anak tentang perkara ini... Salah satu cara mendidik anak juga ni...agar mereka faham, bersedia dan menerima hakikat ini...
*Bila tengok anak kecil ini menangis, terbayang pula Iman Ash kalau sedih kalau "fish" dia mati agaknya macam ni kot rentak gayanya??? Hu hu hu...
hu..hu..nanti dah besar mereka faham la tu erti perpisahan atau kehilangan..
ReplyDeleteYe .. Betulla tu.. Satu pengajaran..
ReplyDeletealololo cedihnya dia
ReplyDeletekita yang dewasa ni pun kadang2 tak kuat hadapi perpisahan.. even kucing kesayangan mati. Apatah budak yang masih mentah dalam semua perkara. Tapi bagus jugak sebab dari kecik di ajar cara berdepan dengan perkara yang macam ni at least maybe dia membesar dengan lebih tabah & tahu cara hadapi kesedihan kehilangan sesuatu dengan cara matang
ReplyDelete