Pagi-pagi Sabtu Farah ada terjumpa satu laman Facebook yang menarik dan ianya terus menarik diri ini untuk melawat ke laman web rasmi mereka. Iaitu Roomage.MY. Jika sebelum ini kebanyakan dari kita kemungkinan hanya tertumpu kepada satu pusat pembelian perabot atau kelengkapan bilik tidur anak-anak kepada sahaja, mungkin kini kita telah pun mempunyai alternatif lain ke arah itu.
Penjimatan ruang bilik tidur yang sempit adalah satu masalah yang mungkin dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di dalam menata rias bilik tidur anak-anak. Kadang-kadang tu, rasa semacam kita telah meminimakan penggunaan ruang bilik tidur anak-anak tetapi masih juga kelihatan sempit dan sesak. Mungkin Roomage.MY adalah penyelesaian terhadap masalah ini. Cuba lihat apa yang mereka tawarkan...
![]() |
Sumber dari SINI |
![]() |
Sumber dari SINI |
![]() |
Sumber dari SINI |
![]() |
Sumber dari SINI |
Al-maklumlah memandangkan Ash dah menginjak ke usia 1 tahun 5 bulan, Farah sudah mula terfikir-fikir dan teruja untuk menyediakan satu bilik di atas yang sememangnya kosong dan menghias serta menjadikannya sebagai bilik tidur Ash. Ahakss bukan sudah mula untuk memisahkan tidur antara kami berdua, silap-silap kalau bilik ini disediakan seawal ini, mahu Mommy pun tumpang tidur sama. Dan dalam penyediaan bilik tidur ini, seharusnya ianya sesuatu yang nampak moden dan menjimatkan ruang dan Ash pun rasa suka sahaja untuk masuk ke bilik tersebut.
Terpikat pula jadinya dengan rekabentuk perabot bilik tidur yang ditawarkan oleh Roomage.MY... Ada yang rasa tertarik juga?
Untuk Maklumat Lanjut:
Ash...cepat pilih...mummy nak belikan tu....
ReplyDeleteaisehhh.... mmg jimat ruang.. ada modal boleh jalan :) nice idea
ReplyDeletealaa alaa IKEA kan.. huhu
ReplyDeleteErmm nice gak ni...tp poket kena tebal gak ni...hee3...
ReplyDeletecantiknya! kalau camni mak budak pun nak duduk bilik budak hehehe
ReplyDelete