![]() |
Sumber dari Google |
Pasangan yang tidak sukakan kanak-kanak ni boleh jadi sama ada si isteri yang memang kurang gemar kepada kanak-kanak atau si suami yang kurang gemar kepada kanak-kanak ataupun kedua-duanya memang tidak gemarkan kanak-kanak. Bagi si isteri yang mempunyai pasangan yang kurang gemarkan kanak-kanak bersedialah untuk makan hati bila suami tidak berapa mengendahkan anak-anak yer??? Farah tidak mengatakan buruk tentang sesiapa tetapi perkara ini berlaku di dalam masyarakat kita sebenarnya... ada terjadi dan bukanlah cerita yang direka-reka demi memenuhi entri di Bubblynotes.Com agar tidak putus pengunjung yer??? Bagi si suami mempunyai isteri yang tidak gemarkan kanak-kanak pula, sekiranya Allah SWT anugerahkan cahaya mata kepada pasangan ini, bersiap sedialah untuk menjadi "ibu" kepada anak pula yer...kerana mungkin si isteri yang kurang gemarkan kanak-kanak akan menyerahkan tugasan sebagai seorang ibu kepada si suami...Kesian anak tu...anak yang lahir masih kecil tidak faham apa-apa pun yang berlaku di sekeliling mereka... Bagi pasangan yang kedua-duanya tidak gemarkan kanak-kanak pula, kemungkinan besar memang mereka tidak merancang untuk mempunyai anak langsung dan tidak mahu mempunyai anak... Pendapat dan pendirian masing-masing kann???
Farah??? Sukaaaaaa sangatttt dengan kanak-kanak...walaupun sudah mempunyai Ash, Farah tetap sukakan kanak-kanak lain jugaaa... Dan bila jumpa kanak-kanak di mana-mana memang Farah rajin tegur... Lagi "over" bila dah bergelar seorang Mommy... #ehhh kenapa tengah-tengah menaip sewaktu rehat di pejabat ni terasa rinduuuu sangattt pada Ash ni??? Jap ek... "pause" seketika nak telefon rumah nak tanya perkhabaran anak "I is" sekejap... Muahahahaha...
(10 minit kemudian....)
Ok dah, dah telefon Ash dah... dah bercakap dengan Ash, walaupun tak faham bahasa Jerman atau Korea dia... Hik hik hik... Jom kita sambung...
Farah boleh perasan dan boleh tahu jika seseorang tu sukakan kanak-kanak dan tidak sukakan kanak-kanak... Tanda yang paling ketara adalah, seseorang itu acuh tidak acuh bila kanak-kanak ada di sekitar mereka...Kadang-kadang buat kanak-kanak tu macam tak wujud jer... Adehhh.... Bila kanak-kanak tu pandang comel-comel ke arah dia pun dia tak senyum... Hairan betul kenapa tidak sukakan kanak-kanak yer? Sejarah silam ke apa ni? Kesian kanak-kanak yang comel yang tidak berdosa dan tidak bersalah...
Farah ada tau seorang rakan sekerja dahulu yang langsung tidak bercadang dan tidak mahu mempunyai anak walau seorang... Hu hu hu...Berpuluh-puluh kali tanya dia, kenapa tak nak anak...Dia jawab, dengan selamba, mudah dan ringkas... "I" tak mau anak sebab "I" rasa susah, nanti susah nak kerja, nak "moving", susah nak itu, susah nak ini... "I" lebih selesa kalau tak ada anak... nanti tak "enjoy" kalau ada anak...semua ada "limitation"... Errrrr... Iya ke??? Perempuan lah punnn kawan Farah ni...
Bagi Farah lah kann??? Orang perempuan ni dari di bawah jagaan ibu bapa memang ada "limitation", sudah berkahwin lagilah ada "limitation" dan bila sudah mempunyai anak, sudah tentu-tentulah mempunyai "limitation" tertentu yer tak??? Ada perkara yang kita boleh lakukan dan ada perkara yang kita tidak boleh lakukan...banyak yang terbatas dan mengikut kesesuaian keadaan dan status kita... "Enjoy???"... Siapa yang kata mempunyai anak sudah tak boleh "enjoy"??? Peliklah... "Excitement and enjoyment" itu ada di mana-mana ok??? Kita yang cipta dan kita yang corakkan...
Pengalaman diri sendiri setelah nak hampir 2 tahun jadi Mommy kepada Ash nilah yer... Farah "enjoy" dengan "motherhood", Farah "enjoy" dengan "life"... Farah gembira... "I am happy"... Bila ada Ash lagilah bertambah-tambah "happy", bila ke mana-mana dapat bawa Ash, lagilah bertambah-tambah "happy"...Bila tak ada dia pula rasa serba tak lengkap... Yang tak sukakan kanak-kanak tu cubalah dulu... kanak-kanak ni menyeronokkan tau... walaupun mereka suka sepah-sepahkan barang, walaupun mereka suka mencomotkan diri... walaupun mereka ada "tantrum"... Tapiiiii kannn...kalau tak suka juga dan memang tak mau tak boleh nak kata apalah... Farah saja jer, nak ubah sikit cara pandangan orang-orang yang tidak sukakan kanak-kanak ni untuk sukakan kanak-kanak... Cuba jer cuba...
Entah rugilah kalau tidak sukakan kanak-kanak dan tidak mahukan anak... Anak itu rezeki dari Allah SWT... Ada orang pula, tak nak anak sebab katanya kononnya serik kerana dah tengok sendiri di dalam kaca televisyen ramai anak-anak yang mengabaikan ibu bapa, takut jadi terabai dan takut diseksa anak-anak bila di hari tua nanti... Sakit hati, sedih dan tak sanggup ada dalam keadaan sebegitu satu hari nanti dan berhadapan dengan bakal kemungkinan anak-anak akan melayan mereka buruk... Adoiiii... pokok pangkalnya didikan kot??? Memanglah tak boleh cakap sekarang sebab masa Farah tak tiba lagi...Tapi In Shaa Allah kot, kalau kita bekalkan anak-anak kita dengan ilmu akhirat dan dunia yang seimbang dan secukupnya...cara didikan betul, In Shaa Allah tak terjadi perkara seperti ini kot??? Entah...tak tau nak cakap macam mana...
Yang pastinya mereka-mereka yang tidak sukakan kanak-kanak ini ada sebab musabab mereka yang tersendiri kenapa dan mengapa kannn??? Bagi anak-anak yang mendapat ibu bapa yang salah seorang atau kedua-duanya kurang gemar kepada kanak-kanak...bila mengelamun jauh memikir-mikirkan...alahaiiii kesiannya mereka... Kalau "aunty" ni mampu.... Meh "aunty" bela meh...
Habis tu yang menaip entri ni, kalau dah suka sangat kepada kanak-kanak kenapa tak nak menambah anak??? Haaa... tu dia soalan "cliche" lah sangattt... Farah suka kanak-kanak... tetapi cukuplah Ash seorang...kalau nak tau kenapa Farah tidak bercadang untuk menambah anak... atau memberikan adik kepada Ash... tunggu nanti-nanti Farah cerita di entri yang lain pula yer???
Daaaaa.... pssst pssst... yang tak suka kanak-kanak tu boleh tak cuba buka hati untuk suka kanak-kanak??? "Come on, hit it and give it a try, who knows you will change your perception about it???"... ^_*
rugi sangat kalau ada yang tak suka budak-budak
ReplyDeletedl ms x kwen x suka sgt bdk2 yg dh boleh jln smua sbb suka sepah2 brg...hahahaha...tp bl dh kwen lmbt ngandung dan2 susah ati.Allah xnk bg ank kt aku ke?Bila dh ngandung Allah...sukanya...
ReplyDeleteDh ada lg btmbh2 suka wlaupon penat melayan dia dgn suka sepah2nya tp bl dia xda skejap ikut abah pi mn2 rs mcm x lengkap ja.Sunyi...
btl2..sy pon sm walaupon dh ada anak tp klo tgk budak lain, still rasa geram kat budak tu hehe.. sy sbnrnya benci dgn org yg x suka budak atau yg jenis x peduli dgn budak.walau budak tu senyum kat dia tp dia buat xtahu.rasa nak p siku je muka tu..menyampah
ReplyDeleteruginya
ReplyDeleteme!! tak berapa suka kids sangat..ternyata bila ada anak sendiri..kekok gila.. hahaha.tp lama2 sayang sangat... tengok budak lain pon geram..maybe dah tibe waktu adanya naluri ibu.. aduiii Farah..kenapa nak sorg je.. muda lagi kann...dptkan gegirl pulak..mesti comel mcm mommy dia.
ReplyDeletethumbs up farah...i like this entry so much, julia mmg suka kanak2...kalau boleh berimpian nak buka pusat pembelajaran utk kanak2, play school yang meriah dengan warna aummmmmmmmm....nak pm u lah dear, if u dont mind...terbaca last entry about mengapa x bercadang nak tambah anak...if u dont mind.
ReplyDeleteSaya suka kanak-kanak. Hidup saya di kelilingi kanak-kanak.
ReplyDeleteTapi, saya je belum ada rezeki lagi...