2. BERPURA-PURA BODOH DAN BUAT SELAMBA
Kebiasaannyalah kannn... orang-orang yang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati kita. Kalau kita beri reaksi tersinggung, amboiii bukan main seronok mereka di dalam hati, rasa macam nak melompat-lompat ajer... sebab mereka rasa diri mereka telah berjaya mencapai tujuan. Apa yang boleh kita buat? Buat mereka rasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Macam mana??? Kita boleh memperbodohkan perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya lah kann... "Kau ingat kau baik sangat???"...Kita boleh membalas, "Tak adalah baik sangat"...Ahakss...Sakit tak agak-agaknya rasanya??? Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Tetapi sekadar itu sahaja yer...tak perlu pula kita nak panjang-panjangkan perang mulut ke, perang siber ke, perang laman sosial ke, perang blog ke jika mereka membalas kembali. Senyum dan buat muka selamba. Relaks dan abaikan mereka. "Ain't worth a penny..."
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir, mereka mengharapkan diri kita ni tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin. Sebaliknya jika kita cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancancang dia untuk 'menjatuhkan semangat' kita tidak menjadi. Oleh itu kekal tenang dan senyummmm...
3. MENTERTAWAKAN TETAPI TIDAK BERMAKSUD INGIN MENJATUHKAN
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya kawan-kawan yang rapat akan berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita. Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang.... jangan cepat melatah. Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka. Tapiiiiiii.... tolong pandai bezakan di antara gurauan dan juga hinaan yer...
4. FOKUSKAN KEPADA APA YANG KITA SEDANG USAHAKAN
"Keep your eyes on the ball" - istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus. Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa di dalam kehidupan. Pernahkah anda menyaksikan pertandingan atau perlawanan bola di padang? Mestilah pernah kan? Kalau tak jadi "spectator" yang setia pun.... Kerling-kerling tu pasti ada... Perasan tak ada penontong yang berada di bahagian tepi padang? Ada yang mengejek dan ada juga yang memberikan semangat kepada pemain. JANGAN HILANG FOKUS!!! Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain. Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan. Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola di atas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.
MASALAH YANG MUNGKIN TIMBUL
Yang menjadi masalah? Kadang-kadang di sebali kata-kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelikkan dan negatif. Bagaimana kita nak menghadapi perkara ini? Berdirilah di atas kaki kita sendiri. Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik. Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung kepada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita. Kita bukan semudah itu untuk menjadi "loser"!!! Ingat tu...
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
5. MENGELAKKAN DIRI DARI MEREKA, JIKA PERLU...
Apabila kita menhadapi situasi di mana, kita berhadapan dengan seseorang yang sememangnya kuta menyindir atau orang yang terlalu agresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindarkan diri buat sementara waktu atau selama-lamanya. "Ignorance is bliss uolss..." Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuatkan kita selesa. Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan dari pergaduhan yang melampau ataupun serius. Sebagai seorang Muslim kita digalakkan untuk segera berwudhu' kerana dengan berwudhu' akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yasin dan memperbanyakkan istighfar.
Bila dah buat semua-semua ni tapi tak juga berhasil... maka jangan lupa selit-selitkan berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah SWT. Memohon agar sahabat, jiran tetanggan dan orang-orang di dalam kategori ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati. Haaaa, jangan tak tau yer...
Betul tu kak , kita dalam situasi macam ni sekarang. Tapi lantaklah , malas nak layan. Bukan boleh dapat duit pun kalau layan orang nak sindir sindir nak sarkastik. Hahahaha.
ReplyDeletetak ada untung apa pun kan? :) jadi baiklah teruskan dengan kehidupan seperti biasa....
DeleteThanks for sharing. Memang sangat berguna. Suka tengok video-video Matluthfi sebab dalam setiap video dia mesti ada isi yang tersurat dan tersirat :)
ReplyDeletevideo-video Mat Luthfi semuanya mempunyai mesej di sebaliknya... :)
DeleteZumal selalu berhadapan golongan sebegini, thanks sebab share tips nie... Sangat berguna ^-^
ReplyDeletehead up and be strong zumal...
Deletenice sharing farah.. =) kat luar tu memg banyak org BOB.. kadang kite pon x sedar yg kite ni BOB.. huhuhu
ReplyDeletememang betul pun yoorin...
Deletesuka jugak tengok video2 mat luthfi abnyak benda boleh dapat
ReplyDeletebetul tu dear, memang sangat banyak benda boleh dapat...
Deletedah lama jugak tak layan video2 mat luthfi ni. video dia santai je tapi padat dgn mesej kan? :)
ReplyDeletebetul tu aisya...
Deletebuat tak tahu je.. kalau menyusahkan kita tak payah nak rasa bersalah..
ReplyDeletepaling tak suka bila orang expect kita bleh tlg tapi kita da ada urusan lain..
mulaa nak drama.. oooh my.. nak uruskan hidup kita lagi penting..
:) kadang-kadang orang ni tak faham...dan payah untuk memahamkan orang...
Deletelama juga tak layan blog farah nie... bila dah tukar template pun tak sedar.
ReplyDeletekadang2 ... sebenarnya kita perlu kuatkan semangat utnuk tidak terlalu rasa bersalah... kerana apa yang terjadi itu sudahpun terjadi... kan? cuma perlu berhati-hati selalu
Tak mudah nk memahamkn smua org..
ReplyDelete