Tadaaaa... inilah dia... hamboiii kemain kan? Sos spageti buat masak grill??? Mana datang idea? Semasa memandu balik dari pejabat, sewaktu tersekat di kesesakan lalu lintas... seperti biasa lah kan? Fikir apa nak masak malam ni, lepas tu rasa macam teringin pula nak makan lala masak ala portuguese grill... tapi takut pula bahan-bahan tidak mencukupi di rumah... lepas tu Google resipi dan cuba olah dari situ... Tak adalah pandai mana punnn, "trial and error" jer ni... Hik hik hik... Memandangkan Kimball dah berikan sos spageti berperisa tomyam ni, tak salah kalau mencuba sesuatu yang baru... Ha ha ha... Kimball beri suruh masak spageti bukan suruh masak "grill", tetapi Farah pandai-pandai pula gunakan untuk masak "grill"... Ya ampunnn, harap dimaafin ya...
Lama juga Farah tak kongsi resipi main masak-masak di dapur di Bubblynotes.Com ni, jadinya hari ini kita buat kelainan sedikit dengan mengolah resipi yang dah sedia ada di Google. Zaman sekarang kalau tak tau masak boleh juga belajar dari laman web selain dari buku-buku masakan kan??? ^_*... Makanya terjadilah resipi seperti di bawah ini...
Bahan-Bahan:
1 botol Sos Spageti Asia Kimball MY Berperisa Tomyam
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci lengkuas
7 helai daun limau
1 helai daun kunyit
1 tangkai bunga kantan
3 batang serai
Bendi/Kacang botol
Garam secukup rasa
Gula/serbuk perasa secukup rasa
2 paket kecil udang kering
Cara-cara:
1. Tumbuk/kisar semua bahan secara berasingan.
2. Tumis bawang sehingga naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar.
3. Masukkan sos spageti asia Kimball berperisa tomyam.
4. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan air sedikit dan rempah-rempah lain.
6. Masak sehingga cili cukup masak.
7. Sediakan kertas pembalut aluminium.
8. Letakkan lala dan bendi/kacang botol di aluminium foil tersebut.
9. Curah sos yang dimasak tadi, bungkus dan grill selama antara 15 - 30 minit ---> agak-agaklah sampai masak yer... antara tempoh waktu ni...
10. Siap, bukakan bungkusan aluminium tadi dan bolehlah menjamu selera.
Farah masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro jer... grill dari situ, senang dan mudah. Rasanya??? Tekak Farah boleh terima dan isi rumah Farah kecuali Ash ^_*, makan sampai licin ler... Kalau ada pemanggang ajaib dah lamo den masuk dalam pemanggang ajaib... tapi nan hado, kita guna ketuhar gelombang mikro pun buleh... Ha ha ha...
Tentang Sos Spageti Asia keluaran terbaru Kimball ni, bukan setakat perisa tomyam, perisa kari dan rendang pun ada... Ha cerita tentang itu, kena tunggu sikit masa lagi yer... Nanti Farah akan ceritakan secara lebih terperinci... Kesimpulannya, apa yang Farah nak sampaikan... dengan Sos Spageti Asia Kimball segalanya mudah dan segalanya cepat... Memang patut ada di setiap rumah!!! Siapa tak nak kerja mudah kan?
Tak berani nak suruh anda cuba... hik hik hik sebab Farah bukannya pakar masakan pun... masak sendiri-sendiri makan dan jamu ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat tu gigih lah juga... Hua hua hua... Tetapi kalau nak cuba juga... Selamat mencuba!!!
alamak..teringin jugak nak makan lala ni farah...tapi tak boleh masak sendiri..nak jugak orang masakkan untuk akak...
ReplyDeletewahhhhh...selalu lala masak lemak cili api je..
ReplyDeleteok2 ...boleh try ni..
nampak sedap la kak farah..yummy!.. nak cube trial n error jugak la..hikhik
ReplyDeletesedapnya lala..tapi nak masak nie kena pastikan betul2 masak klau tak nanti sakit perut..
ReplyDelete(resepi paling ringkas,letak tiram , serai ,cili pon sedap^^)
Sedapnya makan lala..terbaik resepi kak Farah!
ReplyDeleteTak pernah mkn grill ala portugese ni..boleh la lepas ni try grill yg mudah ni.. Tq farah ;)
ReplyDeleteAdoi.. Terliur suda...
ReplyDeleteadehh..nampak menyelerakan..
ReplyDelete