Kunyah-Kunyah Gebu Bersama OLICandy...

Farah Waheda Wahid
14

Tak sungguh tak kata, tak betul tak cerita...Takkanlah nak sebarkan perkara yang tidak diketahui kesahihannya dan takkanlah nak suka-suka berkongsi jikalau diri sendiri tidak mencuba kan??? 

Selama lebih kurang seminggu Farah dah berkunyah-kunyah gebu ni dan selama di dalam tempoh seminggu ini jugalah Farah sendiri telah merasakan perubahan kepada diri Farah... Farah rasa kulit semakin halus dan tiba-tiba teringat jer ada satu iklan tu yang mana seorang wanita tu ambil sehelai tuala kecil dan letakkan di atas kulit, kemudiannya kain itu menggelongsor dari atas kulit itu kerana untuk menunjukkan simboliknya kulit yang halus dan licin hasil penggunaan produk tersebut... Iklan Veet ek kalau tak silap? Haaa...macam tulah yang Farah rasakan sekarang ini... Seronok jer bila membayangkan...


OLICandy adalah produk pertama di Malaysia yang menggunakan inovasi pencerahan kulit melalui OLIVE LEAF. Tanpa sebarang GLUTA di dalam produk OLICandy ini. Berfungsi untuk mencerah kulit, melembap serta menyinarkan kulit, memudarkan parut jerawat, anti-penuaan dan membaikpulik sel kulit.

Kelebihan OLICandy:
  • Tona kulit berganda lebih cerah.
  • Kulit lebih gebu, lembap dan tegang.
  • Memudarkan dark spot di seluruh badan.
  • Memperbaiki tekstur kulit tua dan mati.
  • Mengurangkan pigmentasi dan garis kedutan.
  • Memberi kecergasan badan sepanjang hari.
  • Menyekat pembentukkan jerawat dan merawat masalah jerawat yang serius.
  • Merangsangkan, menghasilkan glutatione dalam badan secara semulajadi iaitu dari daun zaitun. LEBIH EFEKTIF BERBANDING GLUTA.
  • Membantu menghilangkan parut dengan lebih berkesan dan efektif.
Cara Pengambilan OLICandy:
  • Ambil 1 atau 2 tablet untuk kesan yang maksima.
  • Boleh diambil bila-bila masa sebelum / selepas makan.
  • Digalakkan minum air putih 2 liter sehari untuk membantu proses pencerahan.
  • Kesan boleh dilihat seawal 1 minggu bergantung kepada hormon seseorang. 
Oh ya, sebelum Farah terlupa, OLICandy ini adalah diformulasikan untuk umur 13 tahun ke atas termasuk perempuan dan juga lelaki. Makanya, selamat untuk anak-anak berusia 13 tahun ambil yer. 

Hasilnya setelah seminggu kunyah-kunyah gebu... Tadaaaa.... 


Sebagai perbandingan... inilah gambar Farah tanpa sebarang "editing" dan juga "filter" yer.. Dan juga tiada sebarang perubahan pencahayaan gambar dilakukan... Perhatikan pada tekstur kulit dan bukannya pada warna kulit... Sejujurnya, Farah gembira dengan hasil yang OLICandy berikan dan diri sendiri sebenarnya tidak teragak-agak untuk menyambung berkunyah-kunyah gebu setelah habis botol yang pertama ini nanti. 

Mesti ada yang tertanya-tanya rasanya bagaimana kan??? Rasa OLICandy pada lidah Farah adalah seperti rasa Vitamin C... Tak ada rasa ubat ataupun pahit yer... Dah nama pun kunyah-kunyah gebu... Kita buat macam gula-gula jer lah, ye tak??? Amalan Farah pula, setiap pagi di dalam perjalanan ke pejabat sebelum minum ataupun makan apa-apa. Sewaktu perut masih kosong. Jika hujung minggu, setelah bangun dari tidur. ^_^... 

Jika ada yang berminat dan untuk maklumat lanjut:

VSireh Beauty Expert
7-55-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

012 6711 400 | 012 5050 462

vsireh@gmail.com

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah oli candy... :D makin gebu la raya ni hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh bagus bagi mereka yang mahu cerah sekata dengan produk yang mudah diguna...cuma kunyah je mcm gula2 weeeeeeeee...dari kunyah gula2 biasa baik kunyah gula2 yg bermanafaat utk kulit...good review dear

    ReplyDelete
  3. harus cuba nih.. kalau dalam masa seminggu dah ada perubahan.. ai pun nak gebus mcm uolls :)

    ReplyDelete
  4. wow! Cantik dah ..kulit gebu,......aummmm , hari2 mengaummmmm la papa Ash

    ReplyDelete
  5. mimin tgh pakai suppliment lain. nnti dah habis suppliment tuu, mimin nak try laa olicandy ni

    ReplyDelete
  6. makin blink blink la muka ahkak! huhuhu :D

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum... farah,

    macam best aje,.. nak kena cuba lah nanti. Sekarang makan produk shaklee.. vit.C..

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Dah lama nak try ,x done nak cari.Rase lebih save berbanding produk yang lain sebab Oli nie x de kandungan glutation...Tetapi ia merangsang penghasilan glutation kita:)

    ReplyDelete
  9. salam. hai saya nak tanye. actually saya pun baru je start makan olicandy ni 27 jun lepas la. tapi kan tak tau la saya salah cara makan ke ape sebab macam belum nampak kesan la sampai sekarang. memang kena makan time perut kosong ek utk lebih efektif? pastu kena continuously makan hari2 ke sebab ade sometime tu saya terlupe pulak nak makan. lagi2 bulan puase ni kan. kadang2 sy makan b4 tido. kadang2 b4 sahur. tak tau la mana satu cara yg betul?? ke memang sebenarnye depends on hormon individu tu jugak utk nampak kesan die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape2 produk mmg kena konsisten..n dia atas hormon seseorg..ade cepat ade yg lmbat..ape2 pon awk kena mnum air kosong sehari 2 liter..klau boleh kena konsisten mkan :)

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !