Ini merupakan kali pertama dalam sejarah hidup Farah, Farah bertemu dengan penjual kelapa muda bakar dan merasa air kelapa muda bakar. Sebenarnya, sudah beberapa minggu Farah lalu melepasi kedai tepi jalan penjual kelapa muda bakar ni pada hujung minggu. Mula-mula sekadar lalu sahaja dan terperasan, belum ada rasa nak membeli atau merasa. Tetapi bila lama-kelamaan saban minggu lalu lalang, tiba-tiba keinginan itu timbul pula untuk merasa. Akhirnya, hujung minggu baru-baru ini Farah pun singgahlah di kedai tersebut. Sebab tengok ramai orang membeli kan? Macam tertanya-tanya juga di dalam hati... Sedap ke??? Nak tau sedap tak sedap kenalah cuba rasa sendiri kan???
Bila ada sesuatu yang baru sebegini terfikir juga, apa khasiatnya? Orang yang tidak tahu seperti Farah ini, sudah tentulah cuba untuk mencari maklumat berdasarkan sumber-sumber yang ada yer tak? Dan menurut dari satu sumber di SINI, khasiat kelapa muda bakar antara lainnya adalah:
- Memiliki khasiat untuk menyembuhkan batu karang ataupun batu ginjal.
- Mempunyai khasiat untuk mengurangkan risiko penyakit strok bagi penghidap darah tinggi.
- Dapat membantu membuang angin di dalam badan.
- Sebagai minuman yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh.
Terdengar perbualan di antara penjual kelapa muda bakar ni dengan seorang pelanggan yang bertanyakan apakah khasiat kelapa muda bakar ni... Ahakss sibuk jer kan dengar perbualan orang? Habis tu dah mereka berbual dengan kuat dan jelas dan Farah berdiri di situ menunggu pesanan Farah, maka terdengarlah, bukan saja-saja nak sibuk... kata penjual tu, kalau ada yang terkena denggi, air kelapa bakar boleh bantu turunkan denggi... Katanya lah, sejauh mana kebenaran itu Farah tak pasti, jadi kalau tidak tepat jangan salahkan Farah ok? Hu hu hu...
Oh ya dari sumber yang sama, bagi anda yang mempunyai sejarah kesihatan yang berkaitan dengan kolestrol, hipertensi, diabetes, kalau hendak minum air kelapa muda bakar, jangan memesan air kelapa bakar dengan tambahan sama ada susu ataupun madu kerana jika terdapat bahan tambahan ini, ianya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah. Makanya, jangan cuba-cuba yer?
Rasanya? Tidak bergas... tidak manis sangat, boleh diterima tekak dan tak ada masalah untuk minum lagi kalau membeli pun... Heee... susah nak terangkan sebenarnya, tetapi kalau nak rasa kenalah cuba dahulu yer tak? Cumanya nak kata sedap sangat tu tidaklah dan bukanlah tak sedap....
*Hari yang sangat sibuk bermula seawal pagi dengan "Operational Team Lead Meeting" dan kemudiannya penuh "schedule" dengan "event management errands for teambuilding... seriously I am exhausted this time around"....
kelapa bakar??? hehe...mmg sangat sedap... lama dah x makan kelapa bakar..
ReplyDeleteDulu masa belajar kat Johor banyak ada jual tapi tak pernah rasa pun.
ReplyDeletepernah try minum tapi xleh masuk.. huhu..
ReplyDeleteSedap air kelapa bakar ni farah, julia selalu beli kt pasar malam area selayang org selalu jual...nikmat, happy working smart dear
ReplyDeletesalam singgah farah...sedap air kelapa bakar
ReplyDeletesedap la eh?kee..ehhh lama pulak tak minum air kelapa :)
ReplyDeletepergggggggggggg sedapnya
ReplyDeletewana penah minum air kelapa bakar..memang sedap cuma panas..tak boleh hirup guna straw..huhu..banyak khasiatnya kan.. :)
ReplyDeleteselalu sangat lalu lalang depan kedai yang jual kelapa muda bakar ni,tapi tak pernah nya nak try..isk...bila dapat peluang tu gaknya...heheh
ReplyDeleteohhh tak pernah rasa... mcm nk try jer..
ReplyDeleteteringin sangat =)
ReplyDeleteSaya belum pernah menikmati kelapa muda bakar, mahu lah dikirim hehe
ReplyDeletesedapnyaaa. dulu ada jugak orang jual dekat area rumah ni sekarang dah tak dek
ReplyDeleteMmg sedap... Wangi je... Air kelapa pun mmg byk khasiatnya..
ReplyDeletebelum pernah rasa..hehehh..tapi mana tau kan, lps ni..lalu nampak, teringin nak rasa...hiihhi
ReplyDelete