KBBA Blogger's Day Out 2015 Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya!!!

Farah Waheda Wahid
8
Gambar Ihsan dari Bro Framestone
Alhamdulillah, hari Ahad bersamaan 26 April 2015, akhirnya terlaksanalah sudah acara KBBA Blogger's Day Out 2015 di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya sepertimana yang telah dirancangkan oleh kami di Kelab Blogger Ben Ashaari semenjak sebulan yang lepas. Acara ini bermula dari seawal 7 pagi seperti yang di bawah berikut:

7.00 - 8.00 pagi:
Pendaftaran dan sarapan pagi

8.00 - 9.00 pagi:
Taklimat, bacaan doa oleh Abang Huszaini, ucapan dari wakil Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) iaitu Lan Careno, senam robik

9.00 - 10.00 pagi:
Golf ala Bloggers

10.00 pagi - 12.00 tengah hari:
Badminton ala Heboh

12.00 tengah hari -  2.00 petang:
Rehat, Makan Tengah Hari, "Open Go-Kart" ("testdrive selama 5 minit setiap seorang), "open pot luck" di tepi tasik

2.00 - 3.00 petang:
"Paintball Captain Attack"

3.00 - 5.00 petang:
Majlis Penutup, Penyampaian Hadiah, Cabutan Bertuah dan Ucapan dari Pengasas KBBA

Penuh kannnn pengisiannya??? Sememangnya acara KBBA Blogger's Day Out 2015 yang julung-julung kalinya diadakan ini penuh dengan aktiviti... Cumanya...ekekeke...orang baru balik "outstation" lewat sikit sampainya... Farah dan Ash memulakan perjalanan setelah Ash bangun dari tidur, siapkan Ash pada pukul 9.35 pagi... Dari rumah, kami bergerak ke rumah Nadia Johari yang tidak berapa jauh dari rumah Farah untuk pergi bersama-sama...Bawa ibu berbadan dua ni kena pandu berhati-hati tak boleh nak F1 sangat "uolss"... Nanti kalau jadi apa-apa...habislah Farah kena dengan suami Nad...Ihikss... Ok... Dah ambil Nad tu, kita bergerak ke Bukit Jalil... sebab nak jumpa Abah Ash di situ...Perjanjian telah dilakukan untuk bertemu di situ kaedahnya... Tup tap tup tap... sampai ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya lebih kurang di dalam pukul 12 lebih... Al-maklumlah... Cyberjaya tu "distance"-nya dengan rumah kami bukannya sikit-sikit dekat oiiii... Jauh perjalanan luas pemandangan...Ekekekeke.... 

Makanya... kami telahpun terlepas beberapa acara seperti acara pembukaan, golf ala bloggers serta badminton ala heboh... Ngee... Sewaktu kami sampai... ahli keluarga KBBA sedang bersuka ria di trek "go-kart" dan secara automatiknya kami pun berjalan menuju ke trek... 



Kelihatan di dalam imej masing-masing sedang mengambil tempat untuk bersedia memulakan sesi "go-kart" mereka selama satu pusingan... Hati rasa bagai ditarik-tarik nak ber "go-kart" sama...tetapi kalau Farah yang pergi "go-kart" siapa yang nak mengawal Ash yang suka-suki "hyper" bila sampai ke trek tu??? Elehhh, alasan jer tu... walhal Abah Ash ada jer kan nak tolong kawal dan jaga... lepas tu ramai jer kakak-kakak, aunty-aunty, uncle-uncle boleh jagakan... Entah... memang nak tapi tak nak tinggalkan Ash kat tepi tu... Boleh??? Wakakakaka...Tapi betullah, memang rasa macam tu pun... 


Ash memang teruja nampak kereta-kereta "go-kart" berpusing-pusing di trek... Leka dia memerhatikan walaupun pipi dah merah macam epal disebabkan dek kerana tak tahan panas... Haaa, kan dah cakap, Ash memang tak boleh lepas dari penghawa dingin... Kalau tidak begitulah dia... Tapi tak adalah Farah dan suami jemurkan Ash di tengah panas ok??? Kami duduk di bawah kanopi yang berkipas... Tetapi cuaca memang panas terik...Makanya memang tak boleh nak buat apa... Pipi merah macam epal, rambut basah, baju basah disebabkan peluh... Kesian anak Mommy yer... 


Ha ha ha, gambar ni secara kebetulan ter-ada di dalam tablet Mommy, jadi Mommy bahankan juga di dalam entri ini... Tengok tu gaya mimik muka Ash... Macam tak puas hati jer tak dapat "ride go-kart"... Badan yang kecil molek tetapi hati besar...Macam tulah gayanya...Mungkin di dalam hati dia teringat pada kereta dia di rumah kot??? Boleh rujuk entri UW-BC 9688... Ash Baru Dapat Lesen L...  ... mungkin dia rasa sama kot dengan "car" dia tu...Wakakakaka.... 


Ini memang betul-betul dia merengek nak jejakkan kaki ke atas trek "go-kart"... Dia nak turun dan nak pergi ke kereta tu... Hu hu hu... Ash memang minat benda-benda macam ni, dari kecil Farah dah dapat lihat bagaimana dia berminat pada benda-benda yang ke arah ini... Hu hu hu... Tapi Ash tak boleh main "go-kart" lagi... Sabar yer??? Tunggu sehingga umur dah bersesuaian... In Shaa Allah, ada rezeki, Ash merasa juga main "go-kart"... 


Ash tak dapat main "go-kart" makanya, Abah Ash tolong gantikanlah... boleh? gittchews??? Iya tu Abah ber- "go-kart"... Sepatutnya Mommy, tetapi Mommy "sub" pada Abah... ha ha ha... Kalau Ash tinggal rumah, mau Mommy pun sama masuk trek ni... 


Yang ini pula adalah barisan professional "go-karters" KBBA sebelum memulakan pusingan terakhir.. Huh...masing-masing dah nampak macam professional dan pakar jer dalam bidang "go-kart" ni... Siap ada pengurus lagi tu yang duduk kat bawah tu.... 

Selesai pusingan terakhir "go-kart" adalah tiba waktu untuk makan tengah hari... Dan makan tengah hari kami adalah di Bayou Cafe di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang mana ianya telah disediakan oleh pihak Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya... 


Inilah di antara menu-menu yang telah disediakan untuk santapan keluarga besar KBBA semalam... ayam masak kicap, ikan tenggiri berlada, sambal tempe, lemak cili api labu, sayur manis rasanya masak lemak putih, kerabu pegaga, rendang tok, paru goreng, lemak cili api perut dan rebung...dan macam-macam lagi... Ini yang Farah sempat "snap" semalam cepat-cepat sebab nak berkejar beri anak makan pula kan? Dah tengah hari, takut nanti anak kelaparan pula...Walaupun sibuk ber-"event" dan bersuka-ria, perut kanak-kanak tak sama dengan perut kita yang dewasa ni boleh tahan lapar... sampai tiba waktu makan mereka, memang kena suapkan makanan pada mereka... tidak boleh tidak...kalau perut lapar nanti, mulalah meragam kan??? Juju ada "share" gambar melalu What's App malam semalam, tapi belum sempat pula nak "compile" semua... apa-apa pun terima kasih Juju sebab sudi kongsi gambar dengan Farah...Jasamu kuhargai... Nantikan di dalam entri "food review" pula... 

Dah makan, dah kenyang... kemudiannya tiba masa untuk solat, untuk mandikan anak-anak kecil yang dah berlengas... masa ni semua orang ambil peluang untuk lakukan apa yang sepatutnya... termasuklah Ash... mandi juga... sebab dah berlengas kan badan, main "ball",  main kejar-kejar... duduk bawah khemah "go-kart"...sejukkan badan Ash seketika dan mandikan selepas itu... ambil nombor giliran juga mandi tu... Ash mandi selepas Mika anak Dkna... 


Sepatutnya selepas mandi adalah tiba masa untuk Ash tidur... Tapi tak nak tidur pula dia... Abah Ash ajak ke padang golf sebab nak pukul bola golf... Satu "bucket" bola golf kena dihabiskan ok? Ash pula becok mulutnya, konon-kononnya beri kata-kata semangat pada Abah dia lettew... "agi...agi.."...suruh Abah dia pukul lagi... Hu hu hu... Tidur tak dibuatnya, sibuk pula dia dengan golf... Acara golf ini adalah bagi mengisi masa sementara menantikan bermulanya permainan "paintball"... 


Acara "paintball" bermula pada lebih kurang jam 2.30 petang... Ha ha ha, memang kebanyakkan kaum-kaum ibu yang beranak kecil tak terlibat ler, sebab anak-anak masing-masing tidur di dalam kereta sorong masing-masing dan di hadapan kipas di bawah khemah...Bagi Farah pula, kalau dapat peluang bermain pun tak mau...ha ha ha, takut lawan dengan abang-abang sado dalam medan pertempuran "paintball" ni... tak larat nak sakit-sakit badan... sekali lagi "sub" pada Abah Ash... ekekekeke...sebab Abah Ash memang suka benda-benda macam ni...


Endoi punya endoi secara manual, berjoget Mommy "uolss" bawah khemah "paintball", sambil-sambil berdiri di hadapan kipas besar. Akhirnya, zzzzzzzz.... tidur juga dia... sementara Abah dia main "paintball"... Dah tidur letakkan dia di dalam "buggy" dan dapatlah Mommy berehat seketika dan berborak-borak dengan blogger-blogger Mommy yang lain... ekekekeke... sebab masing-masing anak-anak telahpun ketiduran... Tidak kurang juga yang beri sokongan moral kepada yang bermain... Seronok pula tengok mereka main "paintball"... Dua kali pusingan... Ash??? Bising macam mana pun dia tak jaga... dah letih sangat lettew...Sehinggalah tiba giliran ke majlis penutup, penyampaian hadiah "lucky draw" dan sesi bergambar, baru dia terjaga... Hik hik hik, jaga-jaga panggil "babah... babah"... Amboiii, mentang-mentang Abah dia ada, kemain lagi dia...


Ini kerjanya sementara Ash tidur... dapatlah ber-"wefie" seketika bersama Juju dan juga Ida Baharum yang comel ni...Ihikss... "Pestime" jumpa Juju... Owhh, abaikan muka tidak bersolek kerana acara sukan kan? Dan sila abaikan muka yang keletihan itu...ekekekeke...

Bila masing-masing dah berlengas segala bagai... ha ha ha... tiba masa untuk ke acara majlis penutup dan penyampaian hadiah "lucky draw"... Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terpilih untuk memenangi acara "lucky draw"... "I is" tumpang "happy" untuk "uolss" semua... Untuk semua, kami telah diberikan "goodies bag" dan juga cenderamata dari pihak Kelab Blogger Ben Ashaari.


Inilah dia di antara "goodies" yang telah diterima dari pihak penaja... Suka suka suka... terima kasih diucapkan tidak terhingga kepada pihak penaja di atas kesudian menaja hadiah-hadiah untuk "goodies bag", serta lokasi  bagi KBBA Blogger's Day Out 2015 ini... Antaranya:



Selain dari gambar-gambar barangan yang di atas, kami juga setiap seorang membawa pulang satu FM KBBA dan juga satu "button badge" KBBA edisi terhad... *_^... Apa yang Farah boleh simpulkan dan beritahu semua adalah...semalam adalah harinya kami berkumpul secara besar-besaran buat kali pertama bagi tahun 2015 ini dan In Shaa Allah jika tiada aral melintang mungkin kami akan kerap menganjurkan acara-acara sebegini di masa akan datang... ^_^...Kami berkumpul, kami eratkan silaturahim sesama sendiri, ibarat adik beradik, ibarat keluarga... kami bukan sekadar blogger... Dan menurut pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari, KBBA bukan milik Ben Ashaari seorang sahaja...tetapi milik blogger-blogger yang di dalamnya...

In Shaa Allah, untuk entri yang akan datang, Farah akan kongsikan pula tentang "food review" dan juga harga bagi pakej-pakej aktiviti yang disediakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yer... Tunggu tau.... Sebabnya, jika nak masukkan kesemuanya di dalam satu entri...phewww...berpeluh-peluh dan semput nak menaip "uolss"...Ha ha ha, yang membaca pun jadi mengah nak menghabiskan sebab terlalu "super duper" panjang....

"We had joy, we had fun and we want to gather again like this!!!"

*Sampai rumah pukul 6.59 pm...Lagi seminit nak pukul 7.00 pm... Dan Ash balik becok mulutnya bercerita dengan Nek Ma dia, di dalam bahasa dia yang tersendiri...ekekekeke.... walaupun belum lancar dan fasih bertutur kann??? 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah.. Seronok dan happy nye rasa... Dapat baca la... Nk pergi event cmni mmg tak la buat masa ni... Hehe...

    ReplyDelete
  2. festime jumpa kak farah.. rasa tak thu nak borak apa.. uhuh pandang2 je... =D

    ReplyDelete
  3. seronoknya berjimba2 dgn ahli kelab blogger benashari, belum 'mampu' nk join dgn blogger tersohor mcm farah ;-))

    ReplyDelete
  4. betul betul hapening..gempak habis..
    sronok la ash dapat ramai kawan yer..

    ReplyDelete
  5. best dapat jumpa Farah borak2 hal mak2

    ReplyDelete
  6. wahhhh beshnyee.... kalau tahu Nur pon nak join

    ReplyDelete
  7. Thank you for coming ya sis and always support KBBA

    ReplyDelete
  8. comel Ash..nanti jumpa lagi mana² event ok.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !