![]() |
Sumber dari Google |
Sesekali melayan video comel anak-anak kecil bergaduh ni layan juga ek??? Tercuit juga hati... senyum-senyum sorang-sorang Farah. Tapi Ash tak maulah gaduh-gaduh dengan orang ok??? Mommy tak suka dan tak nak ajar Ash suka bergaduh dengan orang...sebab satu sifat dan sikap yang paling Mommy tak suka adalah suka bergaduh dengan orang atau cari pasal dengan orang. Sama ada dari diri Mommy sendiri ataupun dari orang lain... #ehhh pesan pada Ash tapi taip di blog, macamlah Ash dah pandai baca kannn??? Ha ha ha... Ok nampak sangat kepala dah ting tong semasa entri ini disediakan semalam kannn???
Apa-apa pun, kalau rajin, jomlah sama-sama Farah layan sedikit himpuan video-video ini...
Adoilahhhh haiiii... ekekekekeeke.... comel sungguh... Ash dia tak pandai bergaduh dengan orang, sebab tak ada sesiapa nak gaduh kannn kat rumah... tapiii ada satu benda dia pandai...marah orang...Ahakss... Bukan main lagi dia marah orang...Agaknya mesti mengajuk Nek Ma dan Mommy marah dia... Iyalah kanak-kanak kan mudah mengikut apa yang kita lakukan... Bila tengok telatah dia marah orang terutama Atuk dia, di situ dah boleh lihat sedikitlah, garang juga anak "I is"... ha ha ha... cumanya memang bila tiap kali dia marah Atuk dia dengan gaya-gaya dia, Farah akan cuba hentikan dan ajar dia supaya jangan marah Atuk tapi hormat pada Atuk...iyalah dari kecil-kecillah nak dididik dan diajar kann??? ^_*
Best layan video anak2 kecil ni Farah ... comel je tengok.
ReplyDeletelast .. daddy is the boss .. hahhaha
ReplyDeletebaru dia nak stop! so clever
teringat dgn anak buah hb bergaduh..umur 5 thn..main ganas2 sampai pecah tab..blh pulak dia hempas tab tu kat kepala anak buah yg sorg tu..hish ganas beno gurauan mcm tu.
ReplyDeleteApe yg diorang cakap pun tak tahu. Tapi tngok mmg tergelak2.
ReplyDelete