![]() |
Sumber dari Google |
Amboiiii, gittew sekali kannn??? Ha ha ha... Kerja-kerja membersih, menampal,membaiki dan menguatkan hati sedang dijalankan. Kesulitan sekarang adalah untuk keselesaan dan kesenangan di masa hadapan. Utamakan keselamatan. Begitulah pesanan khidmat masyarakat... Kui kui kui kui...
Tak ada apa punnn, sebenarnya terbaca penulisan maya Dr Ezairy M.Sallih di SINI dan tertarik pula untuk berkongsi dengan semua... Mungkin sesuatu yang nak dibaca dan mungkin juga sesuatu yang tidak mahu dibaca... hew hew hew...
Ramai orang segan untuk meluahkan rasa dan masalahnya apabila bersama sekumpulan ramai orang. Masalah ini selalu mampu diselesaikan dengan wujudnya komunikasi antara hati ke hati. Tanpa hati besar, susah untuk kita menggapai apa-apa pun kecemerlangan yang hebat-hebat dalam hidup.
Bolehlah dikatakan bahawa, hati besar ialah suatu "booster" untuk kita menolak diri kita jauh lagi ke depan. Hati besar juga adalah daya tujah untuk kita terus maju dan cemerlang.
Jadi apa pula fungsi hati kecil???
Bila kita asyik-asyik mengangankan sesuaty yang besar-besar di dalam kehidupan kita, hati kecil akan selalu mengingatkan kita. Hati kecil akan sentiasa memandu kita agar kita tidak terlalu ghairah dalam mengejar sesuatu impian. Hati kecil akan sentias jujur pada diri kita. Jadi, tak boleh kata hati kecil ini tidak perlu. Tak boleh abang-abang, tak boleh kakak-kakak, tak boleh adik-adik.
Dalam kita sibuk-sibuk nak dapat untung di dalam perniagaan, hati kecil selalu mengingatkan kita bahawa dalam untung itu akan datang risiko. Dalam risiko itu selalu akan hadir kegagalan. Dan kegagalan itu, selalunya berakhir dengan kehancuran.
Tanpa hati kecil, manusia akan terus menerus melakukan kesilapan. Kita akan lupa apa itu erti jatuh. Kita akan terus dan terus mengejar yang di atas, sehingga kita lupa apa yang ada di bawah. Makanya peliharalah hati-hati kita. Kawallah hati besar kita, ingatlah kita juga punya hati kecil. Kalau bijak digabungkan, In Shaa Allah kita akan menjadi manusia yang paling cemerlang.
hrmm betul 2 kak
ReplyDeletejom singgah blog ni
http://nurzuradream.blogspot.com/
kata-kata motivasi yang hebat
ReplyDeleteAllah menguji orang-orang yang hebat
moga kita berjaya menempuh hidup ni
dan berjaya duni danakhirat
betul tu kak farah. semuanya bermula dari hati. sebab tu kena hati hati dengan hati. :D
ReplyDeleteHati kecil tidak pernah menipu tetapi kita selalu nak tipu hati kecil...hehe
ReplyDeletep/s: Ye la...template kita sama tapi tak serupa... :)
Wah... Berfalsafah gayanya...
ReplyDelete