 |
Sumber dari Google |
Iyaa... hari inilah dikatakan bakal berlaku fenomena gerhana bulan penuh... Hari Sabtu 4 April 2015. Jangan lupa ya pada sesiapa yang berminat hendak menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini mengambil kesempatan untuk melihat dengan mata kepala sendiri.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.
Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini pada Isnin, fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra.
Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.
Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.
Dan bagi memudahkan anda merujuk jadual fenomena gerhana bulan penuh ini, di bawah adalah jadual waktunya yang telah disesuaikan dengan waktu zon Malaysia iaitu waktu tempatan:
Berdasarkan info di atas, gerhana bulan kali ini AMAT PENDEK, kerana ia berada dalam fasa GERHANA PENUH selama 5 MINIT sahaja!
Oleh itu, gunalah peluang yang ada, dan buat perancangan sebaiknya untuk memastikan kita tak terlepas merakam saat-saat ia berada fasa gerhana penuh itu.
Laman web TimeAndDate.com ada memaparkan simulasi gerhana bulan tersebut. Sila klik link INI.
Solat sunat khusuf??? Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana. Bagi maklumat lebih lanjut dan jelas bolehlah merujuk ke laman web atau blog INI
tarikh birthday nie hehehe
ReplyDeleteselain tempat di atas tak dapat tengok lah kan..
ReplyDeletegood info kak :)
ReplyDeleteTak nampak sebab kl mendung je...
ReplyDelete