EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google
Nak kata pernah pergi, tak pernah lagilah menjejakkan kaki ke EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya ni. Rasanya baru tak baru, lama tak lama juga tempat ini. Tapi Farah baru terjumpalah tempat ini sewaktu "browsing" sana sini sinun saja-saja melayan mata sebelum tidur malam semalam...Ha ha ha... Anak dah tidur, Mommy pun layan "browsing"... 

EnerZ Indoor Extreme Park ini adalah merupakan "Asia's largest indoor trampoline extreme park. Trampolines, sky ropes, fly fox, children's gut builder, edutainment programmes" dan macam-macam lagi. 

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI
Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

Dari perkongsian gambar-gambar di atas, boleh dilihat bahawasanya terdapat kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di sana dan ini juga adalah salah satu aktiviti riadah sihat yang boleh kita lakukan bersama-sama keluarga. Nak jadi "fit", nak jadi sado, nak berseronok, nak berpeluh serta bakar lemak dan kalau nak buat "teambuilding" pun boleh.... 

Oh ya, bagi bulan April 2015 ini ada promosi "trampoline" dengan hanya RM 4 sekali masuk... Lompatlah atas "trampoline" itu sehingga muak... Ngeh ngeh ngeh... Ini kalau bawa Ash ni mesti dia suka sebab dapat lompat atas "trampoline" kan? Kalau di rumah tu, lompat tak lepas... muahahaha... Tapi kecil sangatlah pula nak bersukan ekstrem segala bagai bagi dia kan?

Sumber dari SINI
Dan pada hari ini, iaitu 18 April 2015, ada satu acara yang berlangsung iaitu "GST Challenge"...

Sumber dari SINI

Bagi Farah walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke sini lagi, ianya adalah salah satu tempat yang boleh dimasukkan ke dalam senarai riadah. Hari tu dah tunjuk pada Abah Ash dan "hint-hint"... siap suruh Abah Ash pergi "reccee" lagi... Ahakss... In Shaa Allah, In Shaa Allah, kalau ada rezeki sampai jua nanti Ash dan Mommy ke sini.

Waktu operasi mereka seperti yang dipaparkan di laman Facebook rasmi mereka adalah...

Sumber dari SINI
Yang tidak tahu nak tuju ke mana hujung minggu ni bolehlah ke sana ek? ^_*...

Untuk Maklumat Lanjut: 



Lokasi??? 
Lot 791 Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, Selangor

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Huhuhu... I wanted to go but it was out of the way and my daughter had school... so sad.... I want to see it too... hehehe

    btw followed ya... please follow back k... www.mieranadhirah.com thanks!!!!

    ReplyDelete
  2. mcm menarik je ni...kite pun bru 1st time dengar...eheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !