![]() |
Sumber dari SINI |
Perghhh, tengah-tengah cari idea nak masak apa malam nanti, tiba-tiba terjumpa resipi ini dari Mingguan Wanita, tiba-tiba tengok, tiba-tiba terliur, tiba-tiba rasa nak masak ni... Tapi yang pastinya bukan malam ini... bha ha ha... sebab kalau nak makan "special" sikit biasanya di hujung minggu... Terus laju-laju salin "screen capture" resipi untuk kegunaan bila nak masak nanti...Ekekekeke... Semangat ok sebab kelihatannya seperti sedap jer ni?
Terliur tak? Nak cuba juga tak? Jom-jom Farah kongsikan resipi yang Farah "screen capture" ni...
Bahan A:
1/2 kg daging batang pinang - kalau tak kenal sila tanya dengan penjual daging yer, kalau kena tipu "I is" tak jamin...hu hu hu, tetapi sememangnya kalau Farah nak masak daging, Farah sukakan daging batang pinang sebab cepat empuk...
Sedikit mengenai daging batang pinang dari entri Farah yang terdahulu daging batang pinang atau nama komersialnya di dalam Bahasa Inggeris adalah "sirloin" ok, "sirloin"...sebut betul-betul "sirloin"... Ha, sekarang dah tau kann??? "Sirloin steak" yang kita dok bedal dan hadamkan tu guna daging batang pinang ler... "Sirloin" adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibandingkan dengan bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di Amerika adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di Amerika, potongan "top sirloin" merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat "steak". Daging batang pinang biasanya digunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia, iaitu satay.
Dan dari entri yang sama juga... kalau nak tau petua lembutkan daging bolehlah baca entri Farah yang bertajuk Macam Mana Nak Lembutkan Daging?
Ok sambunggg....
Bahan B (dikisar):
3 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
4 sm kunyit
4 sm halia
3 batang serai
2 camca lada hitam
4 camca ketumbar - ditumbuk kasar
Bahan C (sos):
200 gm lada hitam
100 gm daun ketumbar - dikisar
30 gm jintan
150 ml kicap manis
Cara-Cara Memasak:
- Perap daging bersama bahan B selama 1 jam.
- Bakar daging pada suhu 160 darjah celcius selama 25 minit atau sehingga masak.
- Angkat dan tuangkan bahan C di atasnya semasa menghidang.
#ehhh, macam senang jer ni, macam mudah jer ni... Oklah ni kann??? Jumaat malam nanti perap selepas tu tengah hari Sabtu mulakan projek dapur... *_^... Jom??? Kita cuba sama-sama...Ha ha ha...Ini dah bagi idea juga ni kat "uolss" apa nak masak ni.... Kalau ada pemanggang ajaib lagi mudah kannn??? Kata ajaib...semua pun ajaib jadinya...memasak semudah ABC kaedahnya... "I is" tak ada ajaib-ajaib ni "uolss"... pakai cara konvensional ajer.... Untunglahhh siapa ada pemanggang ajaib tu... ekekekeke....
uih...sedap ni...
ReplyDeleteLama tak bakar daging, kena buat nie ^-^
ReplyDeletekenapa sedap sgt nih.....terliur sudah...
ReplyDeletetengok gambar makanan dah ngences.. btw rempah2 mcm ni suka.. sedapp kot..rasa mcam daging ungkep
ReplyDeleteWAHHH . SEDAP NIH .. LAMA XMAKAN .. AUMMM . YUMMY
ReplyDeleteAssalammualaikum... farah,
ReplyDeletesedaap nyer tgk daging nie... meleleh air liur.. yum2..
mselim3
wah kayaknya enak banget nih daging bakar ketumbarnya mbak, boleh cicipi gak?hehehehe
ReplyDeleteoya perdana kayaknya saya kesini,salam kenal ya mbak
ReplyDeleteyaAllah...time hujan..lapar2 ni lah BW sini Nampak segala macam makanan tu..
ReplyDeleteSedapnya walau just tgk gambo!!1
bila dah di potong2,dah di masak.di hidang untuk makan tak tahu pun itu daging batang pinang ke batang kelapa ke..hahahah
ReplyDeleteSedap pulak tengok mlm2 ni.. selera btul.. :)
ReplyDeletewahh mcm best jer..tgk pun dh terasa nak makan hihi
ReplyDelete