Yang Ada Anak Kecil Lelaki... Jom Kenal Dengan Little Kickers Malaysia...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Huh!!! Gaya terbaiklah kanak-kanak ni, nampak macam dah pakar sahaja... Mereka-mereka ini adalah anak-anak kecil yang mengikuti kelas bola sepak di Little Kickers... Tahu tentang Little Kickers??? Ataupun anda tidak pernah mendengar langsung??? Tak apa kalau tidak pernah mendengar... tak salah punnn... Farah pun baru jer terjumpa dengan Little Kickers ni semalam... Ngeee... Biasalah jadi ibu-ibu ni, salah satu dari aktiviti Farah adalah "survey and research" segala maklumat keibubapaan dan juga "look see look see" sebarang peluang dan ruang yang ada untuk anak... Manalah tahu kan? Kalau-kalau berguna di masa akan datang... 

Lagipun lihatlah gaya Ash... 


Dia memang minat "ball" dan sehingga sekarang ni pun kalau nampak bola walaupun berjalan masih belum nak berapa stabil, dia akan tendang... Ha ha ha... 

Ok sambung... Kalau dari gambar di atas kita dapat lihat yang anak-anak kecil yang mengikuti program atau kelas di Little Kickers adalah gambar anak-anak kecil dari luar negara... Sebenarnya... di Malaysia, sudah terdapat pun cawangan Little Kickers... 

Little Kickers telah dibawa ke Malaysia pada tahun 2013 oleh En. Kalvinder Singh. Beliau telah bekerja selama beberapa tahun sebagai jurutera sivil di England tetapi beliau sangat meminati sukan bola sepak. Sedikit tentang Little Kickers Malaysia yang dipetik dari laman web Little Kickers...

"The Little Kickers methodology of "Play Not Push" appealed to Mr.Kalvinder Singh and have him decided to take the plunge by obtaining the English Football Association (The FA) Coaching badge Level 1 qualification in order to be qualified football coach and bring Little Kickers to Malaysia. He first brought Mr. Marcel Fabian as Operations Manager and Mr Sean Jayabalan as Head Lead Coach to help him spread Little Kickers in Malaysia"
Antara  kelas-kelas yang ditawarkan di Little Kickers adalah: 

1. "Little Kicks" bagi anak-anak kecil sedari usia 18 bulan sehingga 2 tahun 3 bulan.

2. "Junior Kickers" bagi anak-anak kecil sedari usia 2 tahun sehingga 3 1/2 tahun. 

3. "Mighty Kickers" bagi anak-anak kecil dari 3 1/2 tahun sehingga 5 tahun.

4. "Mega Kickers" bagi anak-anak kecil dari usia 5 tahun sehingga ke 7 tahun.

Melentur buluh biar dari rebungnya.... begitulah perumpamaannya... Dari usia yang kecil, anak-anak dilatih dengan skil-skil bola sepak yang sebenar. Secara peribadi, Farah rasakan ini adalah salah satu sumber aktiviti sukan dan aktiviti sihat bagi anak-anak kecil. Cumanya terpulang kepada para ibu bapa untuk menghantar anak-anak masing-masing ataupun tidak... 

Sumber dari SINI
Tiba-tiba berangan sejenak jika Ash berada di dalam kelompok kanak-kanak yang sedang menjalani latihan di atas di Little Kickers... Ahaksss... apasal baru bayang pun dah rasa "melting" ni? Seawal dari 18 bulan tu dah boleh hantar anak-anak... Ash sekarang 16 bulan... Macam ada lagi 2 bulan jer ni dah boleh "enrol" kelas untuk Ash??? Weee weee weee... amboiii macam-macam imaginasi Mommy kann??? "Over" tau tak "over"? 

Yurannya berapa Farah tak berapa nak pasti... Harap maaf tak dapat nak dikongsikan di sini, memang Farah belum sempat nak telefon dan bertanya-tanya... Tetapi kalau ada di antara ibu bapa yang tahu bolehlah berkongsi di ruangan kotak komen. ^_^... Bolehlah kami-kami ni mendapat sedikit panduan kan? 

Untuk Maklumat Lanjut: 


Alamat:
Little Kickers Malaysia
KS Grassroots Sports Factory Sdn Bhd
Mutiara Oriental Condo
Jalan BM 1/8, Taman Bukit Mayang Emas
47301 Petaling Jaya 
Selangor Darul Ehsan

Little Kickers Malaysia, Head Office Switchboard
0179400015 / 0127720015

*Pabila anak semakin membesar, semakin banyak perbelanjaan yang diperlukan... dan bagi memenuhi keperluan... yang betul-betul dirasakan perlu lah... maka ibu bapa ramai yang bekerja keras mencari rezeki demi anak... Kalau sesiapa di antara ibu bapa yang berkemampuan, tidak salah menghantar anak-anak ke kelas-kelas aktiviti yang bercorak sebegini untuk perkembangan anak-anak masing-masing... Rezeki masing-masing dan rezeki anak masing-masing itu berbeza... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Seronok entry ni...kenapa mak rasa berdebar-debar baca...kalau yuran yer berbaloi why not...hwuaaaaaaaaaaa tgk video firash tendang bola mmg ada talent...Qaiser ilman dalam group Junior Kickers...ish nak pi visit web tu...TQ dear...at least berkembang sikit ilmu parenting ni...kalau mak bapak nak masuk best ni farah hahahhaha

    ReplyDelete
  2. wahhh bagus la entry niii..ai is ade abam syahmiiiii ;)

    ReplyDelete
  3. Bila nak bawa ash datang Kota Damansara..?? Redha and Rayyan dalam Team Little Kickers....

    ReplyDelete
  4. best ni kak..
    jom kite bawak anak2 bujang kite join..
    hehe

    ReplyDelete
  5. taman bukit mayang emas ni dah dekat ng rumah mak da nie
    tak prnah tau plak
    tp ayu xsuke la bolaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !