Tukang Menghabiskan Makanan Anak???

Farah Waheda Wahid
8

Setiap kali makan di luar, setiap kali buku menu dihantar, memang macam inilah gayanya. Mummy tengok menu, dia pun nak tengok menu sama... Hurmmm... Selepas itu, tengok menu macam faham sangat... Dush dush dush... pengsannn... Yang kadang kala menjadikan hati tercuit dengan telatah dia, dia memilih menu sendiri untuk dipesan... Entah boleh makan, entah tidak yang bersesuaian dengan usia dia, sebenarnya dia tidak tahu pun... Muahahahaha.... Main tunjuk ajerlah... 

Farah tidak mengikut pun rentak dia, tetapi di sebaliknya, memilih menu yang bersesuaian serta mengenyangkan untuk dia. Yang penting anak kenyang... Mummy tak kenyang pun tak apa... Ahaksss... Lagipun Mummy dah cukup tembun dah... #ehhh... Muahahahaha.... 


Setakat ini jerlah pun makannya Ash... Tapi ini pun dah dikira banyak juga makannya... Separuh dari sekepal nasi habis, suku dari sup cendawan habis dan suku dari potongan ayam habis. Selebihnya??? Selebihnya siapa lagi kalau bukan Mummy yang menghabiskan, yer tak? 

Semenjak ada Ash ni, semenjak Ash pandai makan ni, Mummy memang selalunya berkongsi sahajalah dengan Ash. Itu satu, dan lagi satu yang selalunya adalah... menghabiskan makanan Ash... muahaha... Mana tak tembun? Jadi DBKL "uolss"... "I is" bukannya jenis orang yang makannya banyak bertimbun-timbun ataupun berbumbung-bumbung... Makan sedikit pun dah cukup untuk jadi tembun... Hik hik hik... 

Orang-orang yang terlebih dahulu makan garam ada berkata... yang Farah selalu dengarlah ek? Bukan Farah yang keluarkan kenyataan ini... Tidak baik makan sisa makanan anak... dikatakan nanti anak akan melawan ibu atau bapa... Errr... Membazir itu kan amalan syaitan? Hu hu hu... Farah pilih untuk tidak membazir dan Farah pilih untuk habiskan makanan Ash... Semua tu ringgit tu... Dahlah sedap pulak tu...Ahaksss... Kedekut??? Bukan kedekut, tetapi lebih menghargai setiap wang ringgit yang mengalir kaedahnya... Lebih-lebih lagi zaman barang semuanya mahal kan? Buat apa nak membazir... Bukan membangkang atau menidakkan kata-kata orang-orang yang terlebih dahulu makan garam... tetapi setiap individu ada pendirian masing-masing... ^_^ ngee... 

Mungkin ada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan cara atau pendapat Farah... tetapi, pada Farah, pokok pangkalnya kita sebagai ibu bapa yang memainkan peranan di dalam mendidik anak. Ya ampunnn, kalau-kalau ada yang tidak bersetuju ataupun terasa panas dengan kenyataan Farah yer? Tiada niat di hati hendak menimbulkan amarah sesiapa... Sungguh... 

Tetapi, biasalah tu kan? Memang perkara biasa ibu selalunya akan menghabiskan makanan anak-anak yang tidak habis... kadang-kala bapa juga... Bukan sebab apa, tetapi rasa sayang dan tidak mahu membazir begitu kaedahnya kan? 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. order banyak lepas tu tak habis memang membazirkan

    ReplyDelete
  2. sy pun mmg cmtu je.. kongsi mknn dgn ank... diorg bukan byk pun...

    ReplyDelete
  3. makanan ni pun mimin suruh orang tolong habiskan, haha

    ReplyDelete
  4. yelah.membazir kan tak elok.bukan nak pertikaikan kata2 orang dulu2.tapi sayanglah duit..

    ReplyDelete
  5. betul2..tak baik membazir..sedappp tu, rugi tak habiskan..hehe

    ReplyDelete
  6. kalau membazir lagi berdosa ye dak..

    ReplyDelete
  7. sm...klau order mkn kt luar kena cari mknn yg Aqil boleh mkn sama.pstu kongsi2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !