Tips Membeli Alat Solek???

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Alamak!!! Alat solek dah mula nak habis pula... Iya, tengah hari tadi selepas Zohor, belek-belek nak "touch-up" mukalah kaedahnya kan selepas solat... Tiba-tiba terperasan yang kebanyakkan dari alat solek dalam simpanan Farah dah sampai tempoh matang dah perlu di-"replenish"... Hua hua hua... Rasa-rasanya baru 2 bulan lepas kot beli? Mana tidaknya... hari-hari dok menempek bedak dan segala jenis bagai solekan (kecuali Sabtu Ahad...itupun kadang-kadang Sabtu Ahad tempek juga sebab ada kerja kannn? ekekekeke) memanglah cepat habis...Lagi mau cerita... Bukan sebab tak percaya kepada "natural beauty" gitchewss...ihikss... tetapi perlu ada serilah sedikit wajah...Takkanlah nak kelihatan pucat jer... #ehhh lain tau, orang yang sememangnya bersolek dengan orang yang memang tidak bersolek. Orang yang sememangnya bersolek bila tak bersolek, rupanya akan kelihatan sedikit pucat dari kebiasaan walau cantik macam mana sekali pun, orang yang tidak bersolek bila memang tak bersolek... memang nampak biasa jer lah... Hu hu hu... Tapi bila sekali bersolek itu yang jadi umphhh tu... Kalau kenalah gaya solekannya... Perghhh...meletopsss "uolss"... "Don't underestimate ok?"... *_^... 

Nak beli alat solek, semua orang pun boleh beli... memang terbaik kalau dapat beli alat solek idaman hati... Tetapi adakah kita ni boleh dilabelkan sebagai bijak apabila membeli alat solek? Sebenarnya sebelum membeli alat solek ada beberapa aspek dan perkara yang perlu diambil kira. Ecewahhh, bunyi macam pakar solekan jer...tapi sebenarnya tak punnn... Farah pun belajar-belajar dari artikel-artikel yang Farah baca (bunyi macam "so the theoritical" kan?) dan juga dari kawan-kawan yang pandai bersolek. Sedikit tips untuk anda yang bercadang-cadang nak membeli-belah alat solekan dalam waktu terdekat ni dan juga waktu-waktu bila-bilalah... (yang dah pakar tu mesti dah tau kan? ini saja-saja berkongsi kaedahnya)... 

Dari satu artikel di SINI

1. Sebelum anda membeli alat solek seharusnya anda membuat sedikit "research" atau "survey". Internet dan juga majalah merupakan medium terbaik. Layari laman web jenama-jenama alat solek yang ada di Malaysia. Tengok semua jenis produk yang ditawarkan oleh pengedar-pengedar alat solek tersebut. Pastikan anda menyemak produk serta promosi terbaru yang ditawarkan oleh jenama berkenaan.

2. Setelah anda membuat "survey", ambil sekeping kertas dan pen, ataupun buat nota dalam telefon pintar masing-masing, senaraikan barangan yang anda ingin dapatkan. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli "blusher" jenama M.A.C, tuliskan dengan lengkap butiran "blusher" tersebut, "MINERALIZE BLUSHER in GLEEFUL". Catatkan sepenuhnya produk, nama produk, warna dan jika ada kod bagi produk tersebut sila catatkan juga yer?

3. Senarai pendekkan semua senarai produk yang anda mahu dapatkan tadi. Buat pilihan tepat serta terbaik buat diri anda sendiri. Lakukan perbandingan di antara produk-produk tersebut. Mana yang anda rasa kurang perlu, batalkan atau keluarkan daripada senarai tersebut. 

4. Apabila berada di kaunter alat solet yang berkenaan, keluarkan semula senarai yang anda telah draf tadi dan terus minta bantuan dari pekerja yang berada di situ. Adakah anda tahu bahawa senarai yang telah kita buat sebelumnya sebenarnya membantu anda dilayan dengan lebih professional? Ya, bayangkan jika anda masuk ke gedung yang rata-rata harga yang ditawarkan tinggi seperti rusa masuk bandar. Pasti pekerja di situ akan bersifat kurang mesra dengan kita. Makanya, jika kita tahu dengan baik tentang produk mereka, mereka pasti akan berpendapat bahawa kita ni professional. Iyaaa...berlaku ok? Bila tengok pelanggan yang pakai baju biasa-biasa mereka buat seperti nampak tak nampak, tapi bila nampak pelanggan yang pakaiannya dari "designer brand", beg tangan mahal... perghhh...layanan "first class"... Ho ho ho... Pernah terjadi depan mata Farah, dan Farah pernah menyaksikan situasi ini... 

5. Setelah pekerja di situ mendapatkan produk yang anda inginkan tadi. Anda harus mencuba satu persatu produk tersebut. (Kadang-kadang pekerja tu yang tolong sapukan pada kita kan???). Kemudian bandingkan semua produk-produk yang anda cuba tadi. Pada langkah ini, cuba dapatkan pandangan daripada pekerja tersebut adakah produk tersebut benar-benar sesuai atau kena dengan anda. Jika boleh minta pekerja tersebut cadangkan beberapa produk lain yang hampir serupa dengan produk yang anda pilih tadi.

6. Setelah anda mengambil keputusan produk yang mahu anda beli, dapatkan nasihat daripda pekerja tersebut cara-cara terbaik memakai produk tersebut. Jangan cuma pandai membeli tetapi tidak tahu menggunakannya. Ha ha ha, tapi biasanya pandai beli pandai pakai kan? Pasti pekerja itu akan menunjukkan cara yang betul apabila mengaplikasikan produk tersebut.

7. Pastikan anda benar-benar berpuas hati dengan pilihan anda sebelum membuat pembayara dan meninggalkan tempat berkenaan. 

Harap-harapnya langkah-langkah serta tips di atas membantulah kita semua apabila membeli alat solekan serta menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak yer? Ngeh ngeh ngeh... Bila dah biasa membeli alat solek, lama kelamaan, bila pergi jer, dah tau dah apa yang nak dicari dah...cuma macam "blusher", gincu, "eye-shadow" tu, kita kan sukakan variasi...tak suka nak "stick" pada satu warna sahaja...jadi akan ada perubahanlah... Macam "foundation", "loose powder", "concealer", "eye liner", "mascara" biasanya kita akan tahu dan lebih selesa membeli satu-satu jenis jenama yang kita dah biasa pakai kan? 

Oh ya, sebelum tu... sebelum terlupa, alat-alat solek ni sebenarnya mempunyai jangka hayat tertentu yer...Selama mana anda boleh simpan... Kalau nak tahu dengan lebih terperinci bolehlah melawat entri Farah yang terdahulu... Jangka Hayat Ayat Solek... 

*Selepas ini, alat solek pun kena GST... makanya sebelum GST bermula April 2015 ini, hujung bulan ini Farah kena ambil kesempatan membeli alat solek yang mana patut yang dah habis tu... Lepas ni beli alat solek, kenalah GST nampak gayanya...ekekekeke... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Julia setuju artikel ini farah, tips pemilihan alat solek sgt perlu...kalau murah sgt tp merosakkan kulit itu bahaya, setakat ini julia suka jenama Silky Girl sebab contain dia sesuai dgn kulit juju dan murah, suka baca tips ketiga tu farah, buat perbandingan sebelum beli...yeszaaaaaaaaa baru berbaloi2 kan...farah dari farah cerita ni u sgt detail orangnya kan...sungguh bertuah ash ada ibu cm farah sebab x ambil mudah pada satu2 benda.

    ReplyDelete
  2. cn pn lama tak beli makeup, kena beli gak ni sblm gst ;)

    ReplyDelete
  3. sebulan lagi untuk saya shopping barang mekap..hahhaha..selalunya yang paling cepat habis lipstik,lpelembab bibir, dengan maskara..saya selalunya beli lipstik satu2.habis satu baru beli.jadi belum sampai 3,4 bulan semua tu dah habis..hahhaha..kalau ada aneka lipstik rugi.sebab lipstik ni bukan tahan lama pun.

    ReplyDelete
  4. jarang beli alat solek... setakat krim dan bedk je...

    nice tips kak farah... tapi mmg guna jenama yg tahu je la.. tkut nk guna jenama sebarangan atau yg jrg dgr.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !