"Tablet" ni rasanya tak sampai setahun pun lagi usianya... Tetapi, semalam dah tamat dah pun riwayatnya... Muahahaha... Ya ampunnn Ashhh... Dibalingnya "tablet" tu sebab angin satu badan sebab tak dapat buka aplikasi yang ada di "tablet" Farah untuk dia... Alaaa... Mummy tak sempat lagi nak muat turun dalam "tablet" Ash... Kejadian berlaku sewaktu Mummy tiada di rumah... Apo nak dikato? Tak mampu nak kata apa-apa...
"Tablet" ni Nek Ma Ash dan Atuk Ash yang belikan. Kalau ikutkan Mummy, memang taklah nak membeli untuk Ash. Pakai ajer yang Mummy punya... kita kongsi... Dari beli untuk Ash, baik beli untuk Mummy yer tak? Ahakss... Walaupun harganya sekadar RM 129.00 tetapi tetap ralat juga, sebab macam mana pun... duit kan? Sayanggg... Tapi, memang tak boleh nak buat apa dah... selepas Ash baling "tablet" tersebut... terus bunyi berdesir dan skrin gelap untuk seketika. Buat apa pun tetap tidak berfungsi...
Biarkan seketika dan cuba buka kembali... harap maaf walaupun skrin telah menyala seperti biasa tetapi fungsi skrin sesentuh telah tiada... sentuhlah berjuta kali... memang tak jadi apa pun... Apa yang berlaku ini telah disampaikan kepada Abah Ash... Komen Abah Ash ringkas jer... "Adalah yang diikutnya tu, bila angin jer habis barang dilempar..."... Sambil gelak-gelak... Ahakss... "uolss" agak siapa? Abah Ash ke Mommy Ash? Kalau betul teka Farah belanja makan aiskrim Magnum... ekekekeke...
Dah rosak ni? Dah tamat riwayatnya ni, nak gantikan yang baru ke? Jawapannya... entah belum ada keputusan lagi... Denggg... Kita tengoklah nanti macam mana... Phewww... mujur bukan iPad ataupun iPad mini ataupun tablet Mommy mencari rezeki... kalau tidak... mau termenung panjang Mommy kan??? Ihikss...
waaaaa,,,
ReplyDeletesekali datang angin boleh tahan gak cuperboy nie..
heheh..
mmg nasib baik bukan ipad mummy dia..
cantik blog aka yang baru :)
Cuba la akk download video psng kat tv atau dlm kereta... Elakkn utk dia ngadap tablet pula...
ReplyDeletemommy ash kot yg suka baling2 brg nih.... hahaha
ReplyDeletekasian si ash laa :(
ReplyDeletemommy ash lettew bila marah baling baling barang..hehehehhehehhee..........nasib baik murah je....
ReplyDeleteAlolo ermm brtabahla je la ya kan sis.
ReplyDeleteHuhuhu... nak wat cam mana kan budak kan... masih tak faham... nak suruh mummy bli yang baru la tu
ReplyDelete