Slot Zehra TV3: Cinta Ilahi Episod Akhir...

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google

Pada mulanya, Farah memang tidak mengikuti pun siri Slot Zehra TV3: Cinta Ilahi ini. Tetapi setelah Nek Ma Ash yang "addicted" dengan siri ini, makanya Farah pun terjebak sama. Hua hua hua. Makin ditonton makin menarik pula jalan ceritanya. 

Sedikit sinopsis mengenai siri ini yang dipetik dari SINI

Genre kelakar pun ada, islamik tuh paling utama. Cinta kadangkala mampu mengubah seseorang. Itulah yang terjadi kepada Hud (Johan As’ari) seorang pemuda pada mulanya yang sering lalai dengan duniawi dan berpeleseran yang akhirnya terbuka hati saat bertemu Maryam (Diana Amir) seorang guru mengaji yang baru kembali ke kampung halamannya dah habis belajar katanya huhu. Hati Hud yang pada mulanya hanya cuba mendapatkan perhatian Maryam dengan mendekatkan diri dengan ajaran islam ternyata menemui kemanisan iman dalam epilog pertemuan mereka. Hud mula berguru dengan ayah Maryam, Ustaz Hashim (shamsul ghau2) yang sering memberikannya nasihat tunjuk ajar dalam mendalami ilmu Islam. Dia tanpa disedari pada asalnya nak tengok awek (maryam) dalam surau tuh masa permulaan pernah tolong bayarkan hud beli barang apa ntah. So, bila dia nak confirmkan, kantoi pulak dengan ustaz hashim tuh. Dia bagi alasan nak sembahyang tahajud. Apa kejadahnya sembahyang tahajud siang hari huddd??
Hud yang pada asalnya berwatak sebagai pemuda nakal dan liar sememangnya sukar diterima orang kampung yang mengenali sikapnya. Malah sifat malas, boros dan tidak serius pernah menyebabkan dia hampir dibuang kerja tetapi kehadiran keluarga Ustaz Hashim banyak membuka mata Hud agar menjadi insan yang berguna. Hari demi hari hubungannya bersama Maryam semakin bersemi. Namun disaat Hud mula mencintai Maryam, di saat itu jugalah start bermulalah ujian dan dugaan dengan pelbagai cabaran dari Allah menguji hambanya yang selalu alpa.
Pada masa yang sama, Zara (Ramona Zam Zam) sudah lama menaruh perasaan terhadap Hud mula terasa tercabar. Perubahan Hud yang drastik memang sukar diterimanya apatah lagi sebelum ini mereka berkawan rapat.
Kesan dari itu, zara nekad untuk memporak-perandakan hubungan mereka. Baginya jika dia gagal mendapatkan Hud biarlah Maryam juga berputih mata.

Hud diuji.
Ketika itu juga hati Hud punah dikejutkan dengan hakikat Maryam sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan Basri (Beego) yang baru saja pulang dari Jordan. Ustaz Hashim pula beriya ingin memadankan Hud dengan anak bongsunya Shakira (Shakila Khoriri).
Persoalannya??
Mampukah Hud mengubat hatinya yang kecewa tuh??? Kesan dari itu, adakah Hud akan berubah semula ke perangai lamanya? Biar betik Hud nih betul-betul ikhlas mendalami ajaran agama atau semata-mata kerana cinta?
Malam ini episod penghabisan ataupun episod akhir.... Heee.... Nak tahu apakah pengakhirannya... Hud kahwin juga dengan Maryam tak?

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Aduhhh maakk aiii.. itu trade mark dia yang paling bestt..hehe... dah tamat kan cerita dia...

    ReplyDelete
  2. fulamak..macam pengulas novel..cayalah kak Farah!best penulisan..nice kupasan..aida pun tgk gak citer ni sesikit..sbb suka tengok semua baju n tudung Diana Amir..hehee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !