Seronoknya Santai Di "Roof Top"....

Farah Waheda Wahid
6
Ini adalah kesinambungan dari cerita atau kisah Farah di dobi layan diri malam semalam... Tu Diaaa... Ligat Berputaq Aihhh... Hu hu hu.... Huwaaaa.... kena buli dengan kucing!!! Iya, Farah sememangnya takut kucing... Dah berkali-kali dah Farah maklumkan di Bubblynotes.Com yang Farah ni takut kucing... Sampaikan ada entri khas Farah yang dulu-dulu semata-mata nak ceritakan Farah ni takut kucing tau tak? Antaranya... 

Dia Pun Nak 'Tumpang' Makan Sekali!!!

Bila tiba kepada anak pula, hamboiii kemain kasihnya dia kepada kucing. Sangat kontra dengan Mummy dia... sebagai buktinya... saksikanlah bagaimana dia bermain dengan kucing sampai lunyai kucing tu. Nasib baik kucing tu tak cakar dia ok? Walaupun video ini adalah video ulang tayang di Bubblynotes.Com tetapi "I is" tak kisah ok? 


Jadi, bab-bab kucing ni memang Farah sensitiflah kan? Tapi Farah tak adalah sampai tahap mendera kucing ok? Cuma tak nak kucing dekat jer. 

Malam semalam pula... sedihhh... ha ha ha... selepas mengeringkan pakaian, setelah memasukkan pakaian ke dalam kereta... Aduh makkk.... alahai.... bukan main santai dan seronok lagi kucing duduk atas bumbung kereta... Konon-kononnya dia "fefeeling" menikmati panorama malam dari "roof top" lettew... Dush dush... 


Puas Farah panggil suruh turun... macam-macam cara kot... kalau panggil saja memang kucing tu tak layanlah kan? Guna payung... haippp tapi tak pukul dia ok? Tolak-tolak lembut dengan payung suruh dia  bergerak... tapiiii dia statik sahaja di situ... keraskan badan... lagi dia menggeliat dan kemudian pejamkan mata seolah-olah tidur adalah... simbah air pun tak jalan juga... adoiii.... "I is" nak baliklah... "chill" jer dia kena simbah air... tak adalah simbah air nak bagi dia lemas... waras lagi... curah secara lembut dan tak menyakitkan... 

Jam dah pukul 10 lebih dah ni... ish ish... macam mana nak buat ek? Nak pandu jer... karang tergolek dok dia kat situ, kecederaan menimpa pula.... tak boleh nak jamin walau pandu pelan-pelan dia tak jatuh... Huishhh karang sia-sia jer membunuh kucing... Kepala yang tidak gatal pun digaru... Nak pegang gerakkan dia? Memang taklah nak pegang... Dah kata takut kucing... Huh... lagi mau pegang ke? 

Hurmmm siapa boleh tolong ni? Nak alihkan kucing ni... Tengok sekeliling... haaaa.... ada pun orang di dobi layan diri tu... Dengan perasaan malu yang menebal dan terasa muka ni tebal jugalah... sapa seorang abang di dobi layan diri tu... Dah dia sorang jer ada situ... Takkan nak jalan jauh-jauh sepanjang deretan kedai tu cari orang perempuan pula kot? Minta tolong dengan abang tu... Cakap jer terus terang... Saya takut kucing! Apa nak malu kan? Kenyataan... Mengaku jer... 

Nasib baik abang tu baik hati... Dia senyum jer sambil dia pun tolong alihkan kucing tu walaupun agak susah sebab kucing tu pandai pula keraskan badan sewaktu dia dialihkan... Adoiii... Sedap sangat ke duduk atas bumbung kereta "I is"... Dalam banyak-banyak kereta, kereta putih ni juga yang dia minat...Ahaksss... 

Dah selesai ucapkan terima kasih dan Farah pun baliklah... Suka tau kucing ni buli Farah... Muahahaha.... Haippp... jangan gelak jangan gelak... babap karang... Muahahahaha.... Dan pada yang kata Farah mengada-ngada dan gedik tu... suka hatilah ok? Sebab memang sememang memangnya takut kucing... Bukan cerita yang dibuat-buat... Hu hu hu.... 

Ya ampunnn..... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kelaka la cerita farah ni...sedap sangat ye kucing tu duduk atas bumbung kereta farah sambil layan angin malam...

    ReplyDelete
  2. hehe.. geli kucing smpai cmtu ek.. hehe..

    ReplyDelete
  3. hehehe kucen tu saje nk manjerk2 sb dia tau tuan dia baik hati ;p

    ReplyDelete
  4. Hehehe...lawak la akak.. tp kalau takut sampai tahap tue mmg ssh la kan.. nasib baik ada org kt situ.. kalau tak dak cmne tue akak..hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !